bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Sunday, May 27, 2012

Mengemas


                Baru lepas beli satu lagi rak untuk taruk segala khazanah.Bermodalkan rm15 dapatlah aku kemas kan sikit posisi bilik aku dan beberapa stuff yang berselerak.Rak yang ada 3 tingkat dan 6 basket ni sebenarnya adalah rak yang lebih sesuai untuk letakkan tools macam spanar ke,skru driver ke tapi aku rasa sesuai juga kalau aku lacurkan kegunaan dia untuk meletakkan khazanah2 music aku ni.Nak beli cabinet yang besar2 rasanya macam tak logik sebab bilik kecik je jadi yang macam ni pun dah kira sempoi lah...


NOTA: Bahagian atas je yang penuh bawah belum lagi tu...kira banyak lagi lah pelaburan nak kena keluar lepas ni hahahaha...

Saturday, May 26, 2012

HUMILIATION "From Strength To Strength"


                Andaikata ada mana2 pihak yang sudi memanggil/menjemput aku untuk memberi pilihan band baru manakah yang rasanya patut diberi perhatian nescaya aku akan menyebut kumpulan ini.Atas dasar beberapa faktor yang ditunjang oleh mereka membuatkan mereka begitu penting kewujudan nya pada masa ini dimata aku.
                Tatkala boleh dikatakan MAJORITI band2 yang lahir kebelakangan ini seakan berlumba2 menunjuk kan skill,menunjukkan  technical permainan mereka dengan memacu genre Death Metal dengan selaju lajunya  namun tampil HUMILIATION dengan memberi sedikit solusi buat kita dengan pembawakan Classic Death Metal (old skool Death Metal).Sekaligus memberitahu umum bahawa music sebegini masih ada penggiatnya juga dalam masa yang sama menelanjangkan beberapa fahaman songsang bahawa Death Metal harus laju lintang pukang sampai kita yang minat pun jadi tak faham.
                  Sengaja aku bagi satu introduksi panjang untuk album ni kerana ada aku dengar dari mulut2 longkang yang berkata "alah dorang main music old skool Death Metal ni sebab nak market sebab sekarang ni semua main speed"...mungkin ia juga kata2 dari bahalol ni tapi menurut aku ia bukan dari segi itu namun ianya lebih kepada KECINTAAN pada genre old school itu sendiri.Mereka dah pun buktikan melalui katalog2 yang lepas bahawasanya mereka cukup cinta dengan genre sebegini...bukan kah itu dipanggil die hard??....


                     Katakanlah ia tidak lebih dari sekadar mencuba market aku pasti untuk album ke-3 ini konsep mereka akan goyah dan terus berubah namun seperti yang aku sebutkan tadi ia lebih kearah KECINTAAN pada genre dan mereka buktikan melalui album "From Strength To Strength" ini bahawa mereka masih tetap dengan ikrar mereka.
                      Sebelum terlahirnya album ni disaksikan juga HUMILIATION telah merobek beberapa stage luar seperti Singapore dan juga Thailand dan siapa sangka sejauh Japan juga telah pun mereka jejaki.Album ketiga ini masih utuh dengan konsep yang mereka anuti,terma music mahupun lirikal masih lagi mengetengahkan isu2 peperangan dan ia masih mendominasi dalam setiap karya2 band ini.
                      Melalui label 'Ultra Hingax Production' (UHP) nampaknya susulan2 kreativiti mereka terus bergerak dan bergerak...ya sebuah band yang bagus adalah band yang sentiasa produktif dalam menjana karya,orang jemu ke orang meluat ke semua tu taruk tepi apa yang penting disiplin dalam menghasilkan produk itu adalah kunci utama dan pengukur kemampuan sesebuah band dalam survival mendatang.
                       Perubahan beberapa personal juga rasanya tidak merencatkan sedikitpun bagi album ini.Tidak pasti samada promosi sudah dijalankan atau belum ini kerana jika anda berminat pada album ini anda bukan sahaja boleh berurusan dengan label UHP namun jika anda bertandang ke gig2 yang  mereka turut serta anda boleh mendapatkannya terus dari band member HUMILIATION kerana memang dari dulu mereka lebih selesa berurusan terus dengan penggemar selain dari promosi dari label terbabit.


  1. Set The Fire
  2. Days Of Terror
  3. Artillery Open Fire
  4. Counter Offensive
  5. Blind Bomb
  6. Nassau
  7. Preposition Of Violence
  8. Fastkill
  9. Manifesto Of Lie
  10. Struggle Of Wills
  11. Bukit Kepong.  

Friday, May 18, 2012

Hargai,Menghargai,Dihargai


                 Catatan kali ni agak berbeza sedikit,ini disebabkan beberapa bulan ni aku telah dikepit sekaligus terpalit sekali dengan isu yang menjadi tajuk posting kali ini.Erti "hargai","menghargai" mahupun "dihargai" adalah satu perbutan yang mana ketiga2 nya menjurus kearah yang cukup positif(jika jalan nya betul).Baik dalam bidang pekerjaan,pendidikan,politik,sukan mahupun music ketiga2 perkataan ini akan mengekori...kerana apa??kerana sudah menjadi lumrah bagi manusia apa juga perbuatan harus ada pulangan setimpal,tak kisah lah pulangan itu berbentuk rupa,wang mahupun pujian..tapi jika ada yang berbuat IKHLAS tanpa ada sekelumit niat yang tu memang aku respect. 
               Begitu juga dalam perhubungan kekeluargaan,persahabatan dan persaudaraan tiga perkara tu pun tetap harus ada selain dari istilah "tolak ansur","timbang rasa" dan "menghormati".Masih segar dalam ingatan aku semasa aku menghadiri sebuah kursus lebih kurang 4-5 tahun lepas dimana motivator kursus berkenaan acap kali menyebut "puji TUNJUK-TUNJUK dan tegur SOROK-SOROK" ...ini sekaligus membuktikan betapa pentingnya nilai "hargai","menghargai" dan "dihargai" itu harus diserap dalam satu pasukan mahupun dalam ertikata lain harus diserap dalam kehidupan.
               Mungkin pada sesetengah individu ia adalah wajar,tapi bagi aku pula bagaimana??..aku bukan lah orang yang baik/mulia tetapi dari dulu lagi aku CUBA didik diri aku agar apa juga yang aku buat mahupun lakukan biarlah ia berguna untuk diri sendiri dan juga orang ramai,dan aku juga sentiasa CUBA untuk melakukan apa juga perkara agar ia mampu dimanfaat dalam masa yang panjang...andaikata apa yang aku buat selama ni ada mata2 yang MEMUJI pada aku ia tidak lebih dan tidak kurang sekadar satu BONUS sahaja dan ia bukan TARGET sebenar dalam hidup aku!!

Wednesday, May 9, 2012

HAYAGRIVA "Descendant Xll"


             Tahun lepas aku ada membuat ulasan mengenai mini release dari band ini yang berjudul EMPEROR AWAITS iaitu sebuah mini album dimana ia memuatkan beberapa track untuk album penuh yang bakal HAYAGRIVA keluarkan...setelah hampir setahun maka full album terbaru mereka telah pun beredar dan diberi tajuk "Descendant XII" yang memuatkan 12 lagu baru termasuk beberapa track yang telah pun mereka lepaskan pada mini album mereka itu.
              Masih mengekalkan line-up yang sama pada mini album tersebut ternyata langkah disusun cukup teratur.Pendekatan juga sedikit lain dari segi musicalnya berbanding album sebelum ini iaitu RED HEAVEN.Aku berpendapat yang album ni adalah sebuah album yang mungkin cukup teliti perancangannya baik dari susunan lagu,lirik hinggalah ke ilustrasi yang dipamerkan pada CD ini.Ia datang dalam sebuah pakej yang cukup solid dan hampir sempurna.
              Walaupun secara peribadi aku cukup kagum dengan album mereka sebelum ini (Red Heaven) namun yang terbaru ini juga punya kesan yang tersendiri,terutamanya pada bahagian lirik2 nya.Boleh dikatakan pendekatan HAYAGRIVA pada album kali ni tampak lebih bersih dan kemas namun masih dalam landasan extreme itu sendiri.


               Positifnya album ini yang membuat ia harus dipandang adalah kerana mesej2 yang cuba disampaikan.Ini adalah pendekatan yang cukup BERBEZA bahkan ia juga terlalu ASING apatah lagi ia dibawa oleh sekumpulan entiti Metal extreme (Hayagriva bermain konsep 'Dark Shadow Metal') dan secara tak langsung mereka telah menelanjangkan tohmahan2 selama ini yang kerap dituding pada pemuzik/peminat irama sebegini.Aku tak nak beritahu mesej sebagaimana yang mereka cuba ketengah dan kalau nak tahu korang dapatkan dulu album ni kerana untuk rilisan sehebat ini hanya bermodal RM35 sahaja.
               Tapi ada beberapa perkara juga yang rasanya harus HAYAGRIVA betulkan disini terutama dari segi susun atur lagu.Ada beberapa track yang panjangnya melebihi 5 minit,dan untuk lagu sebegitu seharusnya HAYAGRIVA mesti menyusun atur sekurang kurangnya 3-4 melodi dalam satu lagu.Ini kerana bagi sesebuah band yang membawa term sebegini (melodic) permainan melody adalah kunci utama dalam sebuah struktur lagu2 yang berdurasi panjang.Andaikata lagu yang panjang namun melodi yang terbentuk hanya ada 1-2 dan kemudian diulang semula boleh mendatangkan sedikit kebosanan buat pendengar (terutama pada mereka yang tak berapa into dengan style Metal yang melodic) dan diharap ia dapat diperbaiki.


                Artwork bagi album ni aku bagi 5 bintang..baik dari segi logo mahupun cover layout ia tampak begitu modern sekali rupanya.Sekaligus HAYAGRIVA telah melangkah kepada satu pembaharuan dimana umumnya cukup tahu rata2 band sebegini selalunya menggunakan permainan warna hitam dan putih sahaja sebagai hiasan album dan HAYAGRIVA telah memecah ruyung.

track:

  1. Descendant XII (Instrumental)
  2. Is It Time For Me to Die?
  3. Heavenly Of Red Heaven
  4. Poem Of My Return
  5. Forgotten Soldiers
  6. Deep Breath Before The Plunge (Instrumental)
  7. Unseen Planet
  8. Al Masihks Magic
  9. Arrival Of The End
  10. Emperor Awaits
  11. Supreme Deception Order (instrumental)
  12. Syurga Di Hujung Jarum (SYJ/SOFEA cover) (Album Bonus) 
untuk sebarang pertanyaan ataupun perkembangan HAYAGRIVA sila tekan link di bawah:
http://www.facebook.com/myhayagriva 

korang boleh klik dekat SINI untuk menonton video klip mereka iaitu 'Emperor Awaits'

Monday, May 7, 2012

CROMOK on ROTTW


           Ini entry terakhir perihal Cromok Thrashing KL Live 2012 yang telah pun berlangsung pada April lepas.Ok seperti media2 lain mag Rottw juga memaparkan CROMOK sebagai front page untuk bulan April sebagai penghargaan dan juga sempena Konsert mereka.


            Seperti majalah lain sudah pasti disertakan juga poster kepada artis/band yang menjadi front page selain dari interview yang diketengahkan.Sebut tentang interview rasanya Rottw ada sedikit pendekatan berbanding majalah2 lain yang menemuramah mereka,selain dari persediaan konsert segala cerita jerit perih CROMOK disusun atur dengan baik sekali bagi kepuasan semua pemuja band ni yang menatap naskah yang dikeluarkan.

Majalah ni sekaligus menambahkan lagi koleksi majalah2 yang ada didalam simpanan aku yang mana CROMOK menjadi front page (klik SINI kalau nak baca)...

Sunday, May 6, 2012

Sepetang di Kajang

           Mintak maaf dah lama update..faktor masa,faktor kelembapan internet semua menjadi punca blog ni terbengkalai sekejap....and now i'm back!!
           Ok,petang tadi macam biasa seperti hujung minggu yang lain iaitu aku akan bawa ayah aku makan/minum petang diluar dan lokasi kali ini adalah di Kajang Selangor.Lokasi ni dipilih kerana aku memang dah teragak makan satay dari bulan lepas lagi dan rasanya Kajang adalah lokasi pemilihan yang tepat untuk mencari sesuap satay hahaha.

                                  satay ayam dan satay perut

                                  ABC special sebagai pelengkap

                    Kalau korang yang diluar lembah klang nak try satay yang terbaik (orang selangor dah muak kot hahaha) sila lah bertandang ke Kajang,perniagaan satay sudah sinonim dengan bandarnya bahkan siap ada MEDAN SATAY mereka sendiri..harga dan rasa selaras makanya tak rugi ataupun tergugat perbelanjaan bulanan anda jika bawa satu keluarga sekalipun makan disini...
           

NOTA: Banyak album2 baru dari local band  seperti HAYAGRIVA,VISITANT,HEREAFTER yang dah sampai ketangan aku....tunggukan reviewnya...thank you!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...