bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Thursday, March 31, 2011

HAYAGRIVA 'Emperor Awaits'


                     Aku tak pasti kalau masih ada mat metal (terutama newcomer) yang masih tak tahu akan JENAMA dari Ipoh Perak ni,satu nama yang telah lama bertapak dalam ruang litup seni bawah tanah melayu raya yang cukup istimewa ni.Awal March menyaksikan HAYAGRIVA telah merilis kan mini album yang bertajuk 'Emperor Awaits'.Sebuah manifesto mini bagi menyambut full album mereka yang bakal terbit tidak lama lagi.Mini album ni memang menarik kerana ia mengandungi advance track yang diperdengarkan bagi peminat menilai halatuju direksi music mereka pada full album nanti.
                   Selain dari itu terdapat juga cover dari kumpulan lagenda SYJ iaitu 'Syurga di Hujung Jarum' dibawa dengan style mereka sendiri.Bila dengar versi cover ni dah rasa macam dengar Children Of Bodom cover lagu Europe 'final countdown' hahaha.Tapi HAYAGRIVA sampai kan dengan cara mereka sendirilah. Yang lebih menarik ianya disampai kan dengan style clean vocal.Selain dari mempromosikan album baru mereka nanti,mini album ni boleh juga lah kalau nak dianggap sebagai album ANNOUNCE yang kembali nya Aavimarga ke posisi Vocal HAYAGRIVA semula.


                        Ini aku rasa adalah kali kedua formula sebegini dipakai oleh HAYAGRIVA bagi mempromosikan album mereka sebelum ni iaitu 'Red Heaven'.Iaitu sebelum Red Heaven menjengah pasaran mereka telah keluar kan advance track dalam mini album 'Jahanamiyun' yang mana setiap pembelian disertakan dengan sticker.Walaupun Emperor Awaits ni adalah mini album,namun ianya adalah produk yang cukup menarik kerana ianya datang dengan produksi yang cukup professional.Ni yang buat aku cukup respect dengan HAYAGRIVA.Keluar dengan material yang sempurna,hebat dan menarik.
                       Nak aku ulas ke semua track dalam mini cd ni??aku memang TAK NAK ulas..sebab apa?? sebab harga bagi mini cd yang hebat ni harga nya hanyalah RM9 je,jadi kepada korang yang nak tahu macam mana bentuk rupa seni mereka kena beli,duit yang nak beli Dunhill RM10 tu korang tukar dengan beli album ni.Bukan mahal RM9 jelah,profesional cd pulak tu.Lagi satu jangan nak fikir2 rembat je album ni...woii,ni HAYAGRIVA punya album lah,bukan kecik2 band woii...  


nota : macam mana HAYAGRIVA boleh jual album ni dengan harga RM9 tapi dalam rupa profesional CD, sedangkan HAYAGRIVA ni band yang dah punya nama,letak RM15 pun orang beli...tapi band baru pulak sibuk nak record pakai format kaset,kalau kaset pro takpelah,ni kaset record,pastu jual RM25...aku pelik lah..

2 comments:

  1. satu produk dari otai yg sangat berbaloi, rm9 harga yg sangat munasabah. mengingatkan kembali kepada cassette The Bollocks-Revolution yg di jual dgn rm3.

    ReplyDelete
  2. yes halil...sngt2 berbaloi..ni bukti yg kita mampu jual produk hebat dgn harga yg logik..saya punya pengalaman beli kaset band grindcore dr johor 'parkinson' dgn harga rm5

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...