bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Sunday, March 6, 2011

SATRYCON 'The Age Of Nero'

                      kalau nak diikutkan bukan je DARK THRONE yang dah malas nak mencipta bunyi2an yang grim pasca kegemilangan seni hitam 90an,malahan kita sendiri umum nya tahu berpuluh lagi band yang berstatus legend berbuat demikian,dan termasuk lah yang satu ni.Tapi aku rasa SATRYCON ni berubah hala bukan kerana 'fahaman' dorang atau 'pegangan' dorang tapi lebih kepada faktor eksploitasi music barangkali...factor meneroka pasaran baru pun boleh jadi juga.Jadi jangan lah marah andai kata SATRYCON yang kita kenal dulu jauh betul dorang berubah.
                     Album 'The Age Of Nero' ni adalah album ke 7 band gergasi dari northern ni.Album yang dirakam kan di Sound City Studio (studio yang digunapakai METALLICA bagi album DEATH MAGNETIC) ini diedar dibawah label ROADRUNNER RECORD dan telah dirilis pada tahun 2009.Apa yang menarik pada aku tentang album2 baru SATRYCON ni adalah dasar eksperimentasi yang tak pernah GAGAL.Mereka tak tersesat sepertimana CRADLE OF FILTH misalnya.Walaupun rata2 agak kurang senang dengan seni komersial mereka mutakhir ni namun aku lebih suka lihat dari sudut keberanian mereka mencipta sesuatu bagi meneroka pasaran metal global (terutama pasaran AMERICA) yang sekarang ni mereka cuba tawan.
                    Kita lihat bagaimana band2 gergasi lain yang cuba masuk ke pasaran music AMERICA pasti akan goyah sama sekali pegangan dorang,sebagai contoh HIM misal nya.Anda bandingkan album2 mereka yang dulu dengan album2 mereka setelah mengecap kejayaan di pasaran AMERICA..jawapan dia pasti anda cukup2 kecewa bukan??tapi SATRYCON masih lagi utuh dengan nilai2 METAL gelap walaupun mereka cuba mencapai cita2 tersebut.Bahkan album ini masih lagi boleh dihidu kekerasan karya mereka melalui sorotan naungan genre HEAVY METAL MODERN (agak nye lah..)

               
                      Aku memang tak reti nak letak pegkelasan khusus bagi konsep album dorang kali ni.Mungkin BLACK HEAVY METAL jelah kot.Sebabnya lagu2 mereka pada album ni memang banyak bunyian2 dari band2 gergasi genre tersebut telah diadaptasi mereka dengan sedikit campuran progresif  dan patern Old skool Black.Kalau BLACK SABBATH tu mungkin dari influence album SABOTAGE banyak SATRYCON praktik kan dalam ni.Selain lagu2 yang pada mereka memungkin kan memasuki pasaran mainstream yang betul2 mainstream.Masih dikepalai oleh dua jiwa hitam iaitu semestinya SATYR dan FROST.
                     
                      Ianya bukan lah album yang terlalu berat,namun tak juga terlalu ringan untuk dilayan.Sekadar sebuah album METAL yang baik dari segi produk mahupun dari terma2 METAL itu sendiri.Apatah lagi ianya adalah hasil dari OTAI metal yang dah membuktikan kejayaan mereka dan melepasi relevan music yang hampir masuk ke generasi ketiga.Jadi pastinya bukan lah picisan sangat...dan lebih penting ianya jauh lagi bagus dari album baru HIM...hahahahaha

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...