bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)
BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!
Wednesday, March 16, 2011
otai metal Thai kembali ke tanah melayu
Minggu ni atau bulan ni perbualan mungkin tertumpu pada tarikh 3/4/2011 ni.Sebab apa?? sebab gergasi Black Metal Thai dijadual kan akan beraksi di Malaysia.Kalau tak silap dah 6 tahun juga dorang tak jejak kan kaki ke sini.Rasa nya kali terakhir adalah pada sebuah gig yang berlangsung di KL dan mereka pada masa tu menjadi opening bagi show IMPIETY di Malaysia yang pada waktu itu IMPIETY sedang rancak mempromosikan album 'PARAMOUNT EVIL'.
Surrender Of Divinity adalah simbol music extreme thai selain dari heretic angel dan sebagainya.So,kehadiran mereka kesini pastinya menjadi peluang bagi generasi baru (macam aku ni) untuk melihat kehebatan mereka yang mana tatkala mereka menjengah kemari dulu kami terlalu keanak anakkan untuk menjamu music yang berat sebegini.Jadi ini peluang.Dan peluang selalu nya tak kan datang dua kali.
Aku sebenarnya tak pasti dapat ke tak untuk hadir.Kalau diikutkan memang nak datang.Tahun ni pun memang belum ada lagi aku menonton sebarang persembahan live.Sangap jugak sebenarnya,tapi waktu keje yang makin hari makin tak fleksibel menyebabkan aku terpaksa gadai kan sebarang bentuk riadah mahupun aktiviti yang aku minat.Aku memang berharap sangat kalau dapat peluang untuk lihat mereka bermain disini.
Mungkin kehadiran mereka kemari sedikit sebanyak dapat mengubat luka aku yang telah dikecewakan dengan pembatalan gig IMPIETY yang direncanakan bakal berlangsung di perak akhir tahun lepas..perghh pedih!!pedih..smua ni gara2 terlalu ramai laksamana metal melayu yang dok hiruk pikuk tak bagi dorang datang bermain disini.Aku tak nak komen sangat pasal laksamana metal melayu ni..dah penat..dah bosan dan dah jemu..terlalu pandai sehingga aku tak mampu nak berhujah.Tapi aku yakin IMPIETY tetap akan turun juga kemari satu hari nanti.
Apapun sesiapa yang dah set date untuk ke gig ni aku ucapkan selamat menikmati muzik metal lazat dari Thailand ni.Aku tak pasti dapat turun ke tak..macam alasan yang aku sebut kan tadi,pekerjaan membunuh waktu riadah ku :(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment