Telah kupeluk telah ku dakap cita-cita...telah ku genggam kau dengan cerita lara......
bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)
BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!
Saturday, October 29, 2016
Sunday, October 16, 2016
Rotting Evil Issue #5
Edisi ke-5 zine Rotting Evil (RE) ini bermakna aku dah terlepas 4 siri zine yang bermula dari tahun 1998 ni,edisi ke-4 ada terlihat beberapa tahun dulu disekitar gig-gig atau kedai music yang familiar dengan barang2 extreme metal sekitar KL ni,tapi tak tau apa sebab aku tak beli cuma bilamana edisi ke-5 ni keluar baru ada sikit inisiatif nak memiliki...boleh jadi sebab Necrotic Chaos menjadi tangkal penarik untuk edisi ni maybe ....
brother bob (Damokis)
Sebelum aku meraban jauh jom kita selidik latar belakang orang yang bertanggungjawab dalam pembikinan zine ni.Brother Bob Agigi adalah individu yang bertanggungjawab dalam 98% pembikinan zine R.E,sememangnya beliau cukup2 layak untuk membuat atau memikul tanggungjawab sebagai editor.Ini kerana beliau sendiri adalah saksi pergerakan awal underground temasik.Bukan itu sahaja malah beliau juga terlibat dalam beberapa band besar extreme metal temasik seperti Beheaded dan juga Demisor (jika tak salah) sebelum lebih selesa mencurah kreativiti seni beliau kepada bandnya sendiri iaitu Damokis yang masih aktif sehingga sekarang.
Jadi menurut pendapat aku beliau bukan sahaja peminat,penggerak atau aktivis dalam dunia underground Singapore dan Malaysia tapi beliau juga adalah pemain dalam pergerakan yang dipanggil "Scene" itu sendiri.Jadi sudah pasti bro bob mampu menjana penulisan2 hebat berkenaan sejarah susur galur music extreme metal lampau,bahkan mampu mengulas baik band2 generasi baru kerana beliau masih aktif sehingga sekarang.
Oleh sebab itulah menurut pendapat aku R.E ini begitu istimewa.Informasinya berkenaan sesuatu isu itu cukup menarik untuk dibaca bahkan ada beberapa perkara yang kita (atau aku je kot) tidak tahu namun diselongkar satu persatu oleh saudara bob....ini punya style interview hanya orang lama je boleh bikin kawan hahaha.Jika korang dah ada zine ni atau bakal membelinya nanti boleh korang lihat bagaimana sejarah pergerakan music extreme temasik dikupas halus satu persatu,ia bukan sahaja dititipkan dengan tulisan malah artifak2 purba extreme metal seperti gambar klasik band dan juga demo2 meraka melalui satu rekaletak yang menarik dan tidak merimaskan mata melihat sambil membaca informasi yang terdapat dalam ruangan tu.
Nama2 jaguh dunia seperti Possessed ,Necrophobic,Cianide dan juga Vulcano ada dalam sesi interview beliau selain lagenda Malaysia sendiri iaitu Necrotic Chaos dan juga Thrash Metal band wanita dari Singapore iaitu Tormentress yang menjadi front cover untuk isu kali ni.Selain itu banyak nama2 hebat dari Singapore seperti Sadiztik Impaler dan juga Vrykolakas juga diberi ruang dalam penulisan beliau....selain band2 baru seperti Vault (Thrash metal dari kajang,Selangor),Deathevoker (Death Metal dari Sabah) dan Nekrad (Melodic Black Metal dari Perak) dan ini hanya beberapa nama dan banyak lagi sebenarnya...malah band Death Metal baru dari Thailand iaitu Savage Deity juga ada diberi slot....

Kalau tak silap tahun lepas (2015...magazine ni release dah setahun) brother bob ada menyatakan beliau ingin menganjurkan sebuah gig sempena keluarnya isu R.E yang terbaru ni.Yang mana jika ia jadi kenyataan nama2 penggempur klasik dari Singapore seperti STUKAS,NUCTEMERON,IMPIETY dan yang paling menggoncang iman aku iaitu ABHORER akan bermain di gig itu.Berita berkenaan gig tu betul2 mengoncang media sosial berminggu2..sapa yang tak terkejut jika nama2 sebegitu lama berkubur diseru semula untuk sebuah persembahan.Harus kita ingat takde benda yang mustahil dalam hal sebegini,kerana sekitar tahun 2010-2011 sapa menyangka nama2 besar dalam extreme metal Malaysia seperti BLACKFIRE,RATOR dan NEBIRAS mampu membuat persembahan walau sekadar one night show dan tidak mustahil jika keajaiban ni mampu dicipta pula oleh lagenda2 Singapore.
Namun berita tinggal berita dan sehingga ke hari ni gig tersebut belum berlangsung,aku positif dalam hal ni kerana aku yakin gig ini tidak menjadi kenyataan kerana pada tahun lepas saudara bob terpaksa berperang dengan penyakit beliau (semoga beliau kembali sihat) dan itu mungkin menjadi salah satu sebablah....takpelah nak buat macam mana...lagi satu zine ni ditulis 100% menggunakan bahasa penghantar Inggeris,namun jangan risau ia lebih kepada lingua English ala America bukan bahasa Inggeris England...kalau England punya speaking memang masaklah orang yang gagal spm macam aku ni nak baca hahaha..
Aku tak pasti samada dah sold out belum zine ni,tapi kalau korang nak cuba2 merisik bolehlah contact terus editornya dekat SINI ...tapi don't worry lah aku yakin benda ni belum sold out walaupun dah setahun keluar sebab orang kita ni bukan jenis membaca punya genetik hahahaha..
Monday, October 10, 2016
Cassette Store Day 2016
Blog ni hidup lagi erk??...hahaha..blognya aja slow tapi tuan empunya akaun Alhamdulillah still alive and well bak kata orang rembau....so mukadimah sebelum kembali menulis aku post gambar dulu.....andaikata dalam sehari dua takde juga posting that's mean korang tunggu jelah tahun 2017 kalau panjang umur...
Subscribe to:
Posts (Atom)















