bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Sunday, October 21, 2012

Cerita plastik Republik Cinta

               
       Aku dapati ada beberapa album lama yang dalam format cd dah mula berhabuk,misi untuk selamatkan segala harta benda ni bermula pada minggu lepas dimana aku rasa dah sampai masa untuk seal semua cd yang ada dalam simpanan aku supaya dapat tahan lama.....punya lah sayang dekat cd sampai sanggup beli itu ini,dulu masa zaman bercinta pun takde aku sayang awek aku sampai macam ni kahkahkahkah!!!..ok ni adalah plastik yang sesuai untuk disarung pada album2 yang dalam bentuk jewel case dalam tu ada 500 helai dan harga hanya rm15 aku beli di Plaza Low Yatt..


                  Suku dari koleksi dah pun aku bubuh menatang plastik ni,lagi beberapa hari rasanya settle lah kot kerja2 pembungkusan.Koleksi aku tak banyak jadi rasanya takdelah nak ambik masa lama nak bubuh plastik untuk semua cd,kalau macam brother berteromber ke atau brother deaf ke mungkin makan masa juga nak buat kerja2 macam ni sebab koleksi dorang semua ribut2 belaka.


                 Minggu lepas juga akhirnya dapat aku complete kan semua versi album 'Republik Cinta' dari band favorite aku iaitu DEWA 19...jadi dari studio album hingga ke vcd karaoke dari cd hingga ke kaset semua dah lengkap.... 

Monday, October 15, 2012

DAMOKIS "Grinding Mother Whore"


                 Pada waktu ini jika kita bersembang perihal grindcore pasti nama yang akan disebut adalah Wormrot ini dek kerana kejayaan band muda tersebut yang telah dipancing oleh label yang cukup berpengaruh dalam dunia extreme metal iaitu Earache Record.Tapi takpelah kita simpan dulu cerita tentang kejayaan anak2 muda yang hebat dari temasik tu...kita patah balik ke Malaysia,ada ke band2 grindcore yang hebat dari Malaysia ni??...jom baca catatan ringkas aku ni sekaligus review album mereka.
                  Ok,band yang bergelar DAMOKIS ni adalah band grindcore generasi kedua selepas terjahan irama itu menerjah melalui pendedahan dari band otai iaitu INFECTIOUS MAGGOT dan DAMOKIS boleh dikatakan second wave grindcore Malaysia sama umurnya dengan nama2 klasik seperti NEGATION,SPERMBLAST,PARKINSON dan juga TORTURE INCIDENT.Secara jujur aku bukanlah orangnya yang mampu membahas dengan detail akan kehebatan music sebegini cuma dengan sekelumit minat yang ada maka mampu jugalah aku menulis.
                  DAMOKIS (menggunakan nama DAMOKLES pada awalnya) mendapat nama unik berkenaan atas dari sumbangan idea dari Tom Angelripper (SODOM...believe it??) band yang ditubuhkan oleh guitarist yang cukup humble pada aku iaitu saudara Bob yang mana pernah memberi khidmat bakti pada nama2 besar di Singapura seperti DEMISOR (lagenda grindcore S'pore),BEHEADED (ex-PROFANCER) dan juga CASTIGATE,maka dengan pengalaman beliau yang pernah bermain dengan barisan band2 hebat pastinya DAMOKIS juga akan terkena tempias kreativiti beliau.


                Album ini adalah album pertama mereka...mesti korang tertanya kenapa dah lebih dari 13 tahun band ini wujud tapi takde release album penuh??....mereka memang belum ada rezeki untuk kearah merakam full album tapi itu bukan kerana MALAS tetapi lebih kepada penumpuan pada projek2 luar,mereka cukup aktif dalam produk2 seperti split album mahupun memasuki segala macam compilation dari dalam mahupun luar negara,bahkan jika dikumpul segala lagu yang telah mereka sumbang dalam rilisan2 yang telah DAMOKIS joint rsanya lebih dari satu album pun boleh,dan aku percaya nama DAMOKIS ni sahaja telah pun beredar sehingga ke pelusuk benua dunia kerana aktifnya mengeluarkan split & compilation album dengan band2 luar.
                Mengguna pakai nama "Grinding Mother Whore" (maaflah kalau title agak kasar,standard lah grindcore hehehe) maka 17 track dihembur melalui album ini.Berbeza dengan band2 grindcore diluar sana special nya DAMOKIS ni kerana lirikal mereka tidak berpegang pada mana2 ideologi,jika band2 sealiran dengan mereka cukup selesa dengan laungan Anarcho-Punk dengan membidas segala macam bentuk sistem namun DAMOKIS lebih selesa bercerita tentang apa sahaja dalam lirik mereka,baik tentang perkara mistik,alam sekitar,haiwan mahupun makanan (makanan memang sinonim dengan band ni hahahaha)

      

       Kepuasan yang aku dapat melalui album ni adalah kerana DAMOKIS cukup setia pada proksi Grindcore yang asli,mereka tidak pernah mencuba-cuba untuk kearah grindcore yang lain seperti crusty mahupun noise seperti kebanyakkan band2 grindcore sekarang lakukan.Mengambil nama2 klasik irama sebegitu seperti NAPALM DEATH,CARCASS,REPULSION mahupun BIRDFLESH maka rasanya album ni memang telah masuk kearah tradisional grindcore yang tepat...sound juga kedengaran lebih kepada  mono dan mengingatkan kita (kalau korang minatlah) dengan demo2 klasik lagenda grindcore dunia. 

sebarang info dan pertanyaan korang boleh klik link dibawah: 

Sunday, October 7, 2012

Second Anniversary Of Rock N Roll Writing & Special Review for LAVATORY,DEATHEVOKER&NIGHTWOLF

                               profile pertama untuk blog ni masa tahun 2010 :) 

           Aku sendiri pun tak sedar dah 2 tahun blog buruk ni aku kelolakan.Faktor lupa ni berlaku kerana tahun ni adalah tahun yang paling sulit buat aku terutama dari segi pengurusan masa,bahkan percaya atau tak bahawa pada tahun lalu dah terdetik dah dalam hati aku untuk stop berblog ni,namun masih punya kudrat maka 2 tahun dah pun dicapai.....
           Tiada jaminan apakah ada lagi entry dalam blog ni pada masa mendatang,almaklumlah untuk menulis dalam keadaan berlelah lelah berkejar dan berlari mencuri masa bukan satu benda yang mudah.Tapi jauh disudut hati rasa sayang pada blog "langit mendung" ni masih membuak-buak cuma ada kalanya semangat tinggal semangat.......
           Sekali lagi diingatkan bahawa ni bukan webzine mahupun total 100% blog music tapi ia adalah blog peribadi sebab tu blog ni berkecamuk sikit posting nya,ni wajib aku tegaskan sebab masih ada beberapa teman2 dan kawan2 yang menganggap ni blog music yang 100%...jadi jawapannya "bukan"..kalau ada review album mahupun gig/konsert ia adalah berkaitan dengan minat aku...harap maklum...
            Jadi terima kasih pada sesiapa yang sentiasa sudi dan tak jemu nak masuk kesini membaca benda merapu yang aku tulis,tanpa perlu aku tulis nama blogger mana sekalipun sekali imbas aku tahu korang ni cukup loyal dan aku hargai......memandangkan dah hampir sebulan blog ni terbengkalai maka aku cover balik kekhilafan tu dengan review ringkas untuk band Lavatory (Transgression),Deathevoker (Eternally Rot) dan juga Nightwolf (Bite Em'Dead)...kesemua album ni adalah produk2 yang rilis pada tahun ni dalam format kaset/tape..aku ucapkan terima kasih pada mana2 band/label yang masih setia keluarkan produk dalam format ni....only tape is real....analog sound rulez!!!  

      Disaat kepesatan retro-thrash melanda pelusuk tanahair namun masih ada lagi beberapa produk yang lain dari itu yang mampu buat aku tersenyum.Jika sebelum ni HUMILIATION dengan gahnya melaungkan "Death Metal Still Alive And Well" kali ni muncul pula Lavatory yang menzahirkannya melalui "Transgression".
        Berbeza dengan Humiliation maka Lavatory lebih selesa dengan style "Swedish" Death Metal.Walaupun dalam beberapa temuramah ada dinyatakan bahawa mereka cuba untuk membuat lagu2 mereka agar tidak terlalu kedengaran "swedish" namun hakikatnya ia masih lagi sendat dengan riffing dan beat Death Metal dari benua tu.
           5 track ditembak tepat dikepala menerusi tape ni...warkah2 bernama seperti "transgression","side of sin","breathing for possession",raise the dead" dan juga "blinded by darkness" adalah diantara bahan tembakan yang cukup memuaskan jika anda adalah "ol'skool Death Metal Maniac".
           Jika anda adalah pemuja nama seperti KRISIUN mahpun ANGEL CORPSE maka duit dalam poket tu eloklah beli rokok je,tapi jika anda adalah pemuja karya2 klasik Death Metal seperti ENTOMBED,DISMEMBER mahupun NECROPHOBIC maka ini adalah rilisan yang wajib ada dalam simpanan longgokan kaset Death Metal anda.

sila klik link dibawah jika berminat:
http://www.facebook.com/MorbidInvasion?fref=ts


         Jujur aku katakan bahawa apa2 juga produk yang datangnya dari Sabah mahupun Sarawak belum pernah mengecewakan aku,sebutkan saja mana juga band mahupun apa juga genre yang digalas pasti mereka mampu deliver dengan cukup cemerlang.Rasanya lepas ni Sabah mahupun Sarawak akan masuk dalam list sebagai negeri2 yang akan aku kunjungi jika ada rezeki.
        Masih lagi dengan Death Metal dan kali ni giliran Deathevoker pula menerjah buas dengan album "Eternally Rot" mereka.Jika sesetengah band selesa dengan terma catchy mereka pula menggasak dengan liar setiap inci lagu yang yang dipersembahkan.Gambar depan album ni terus mengingatkan aku pada gambar pada album "cult" dari MORBID ANGEL iaitu "Altar Of Madness" hahaha.
         Untuk pengetahuan bahawa Deathevoker adalah 2 piece band jika dilihat dalam cover hanya ada Iwan diposisi guitar & bass manakala Mann sebagai tukang pukul...di bahagian vocal mereka mengundang Cozzen (Demizer) dan juga Adiek dari kumpulan Inside (arghhhhh!!)..teringat kata2 band Death Metal dari Sarawak iaitu kumpulan LARRONG dengan slogan "Agi Idup Agi Death Metal"...hailz!!

sila klik link dibawah jika berminat pada kaset ni:
http://apocalypsevenomousrecords.blogspot.com/



       Rilisan ni adalah rilisan yang seakan-akan sebuah rilisan yang mencabar ketamadunan METAL alaf baru (Modern Metal)..yelah masakan tidak,disaat kebanyakan diluar sana menyatakan bahawa 'Evenged SevenFALSE' itu adalah METAL (???) namun NIGHTWOLF tetap utuh dengan style pembawakan HEAVY METAL yang primitif dan klasik.
       Mendengar lagu2 mereka dapat dihidu bahawa METAL anutan mereka pastinya datang dari golden era seperti MOTORHEAD,JUDAS PRIEST selain dari ABIGAIL,GEHENNAH mahupun METALUCIFER.
               Track2 seperti "bite them dead","Heavy Metal Slut","woman from blackhell","satanik metal f@%king hell"(Abigail Cover) dan juga "be ready to roll" pastinya mampu mencapai tahap kepuasan yang paling max jika kalian sememangnya adalah HEAVY METAL FREAK!!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...