Setelah berbulan tak menulis tiba2 hari ni rasa kecanduan nak menulis itu datang dengan sendiri tanpa diundang hahaha..siap lupa password lagi tu kahkahkah..maybe keinginan ni muncul bilamana pada waktu ni keluarga semua dah balik ke kampung bercuti dan aku pula tinggal sorang dirumah...nak keluar rasanya tak sesuai sebab perhimpunan bersih tengah menuju kemuncak..jadi buka laptop dan kembali menulis lah gamaknya huhuhu..
Untuk permulaan ni (cewah rasa macam baru buka blog pulak :p) kita sembang berkenaan format music....ye format music tak kiralah kaset ke cd ke vinyl ke asalkan ianya format,namun kita bicara perkara ni dalam setiap sudut yang berbeza2 diantara kehendak kita sebagai peminat,pengumpul mahupun penggiat music itu sendiri...yelah dah namanya pun sembang jadi kita kaji dari segenap sudut lah ye...
Dekat Malaysia ni ada macam2 perangai peminat musicnya,ada yang meminati dan sanggup berhabis duit demi memenuhi kehendak @ nafsu @ ketagihan @ kecanduan @ keinginan mereka pada music...ada pula sekelompok lagi mengaku minat sangat pada music tapi langsung tak membeli dan buta format tapi tetap mengaku peminat haaaa yang jenis ni memang parah.Tapi kita cerita tentang kelompok yang pertama tulah iaitu kelompok yang menyokong dalam bentuk pembeliaan kerana kelompok inilah yang mendukung hala tuju sebuah kumpulan/artis melalui saluran yang tepat (membeli)
Aku pernah bersembang dengan seorang kawan yang mana ia cuma minat membeli kaset sahaja,berjumpa dengan lagi sorang pula dia cuma berminat pada lp saja,datang pula lagi sorang yang dia hanya beli cd dengan syarat cd tu mestilah "ori,first press,bukan cd-r".Woww ini pegangan masing2 (rata2 adalah peminat dan bukan pemuzik).Dan kesemua ini adalah demand dari sudut peminat..bagaimana pula dengan band??..
Sebenarnya kehendak diantara peminat dengan pemuzik memang TAK PERNAH SELARI dari dulu lagi...dari segi sudut apapun ia tetap tidak selari baik dari keinginan music hinggalah kepada format...disini aku cuba gambarkan.
Ada band yang mempunyai kemampuan kewangan yang mampu mendanai band mereka dengan teratur.Mereka mampu mencetak cd yang pro print dari kilang dalam kuantiti yang besar walaupun mereke bukanlah band yang dikenali.Contoh yang lain pula ada band yang memang dikenali dalam pergerakan music tapi mempunyai modal yang terhad maka mereka hanya mampu mengeluarkan dalam format cd-r..jadi apakah kita nak marahkan mereka hanya kerana kita minat membeli cd ori??...kalau macam tu pegi keluar duit korang pastu DERMA dekat band berkenaan habis cerita.
Contoh lain pula ada band yang mana kita rasa music mereka cukup sesuai kalau diabadikan dalam format kaset namun mereka pula selesa me release dalam format cd,ada pula yang kita rasa dah sampai masa mereka mengeluarkan music mereka dalam format cd tapi dia dok syok juga keluarkan kaset hahaha apa nak buat itu cara mereka,
Jadi disini andaikata anda (sebagai peminat) menghadkan satu2 format sebagai penanda aras sokongan anda maka anda tergolong dalam golongan yang rugi.Yelah kalau korang meminati satu2 band tapi band tu pula mengeluarkan album dalam format yang korang tak suka jadi rugilah kan.Tapi seeloknya wajiblah mana2 label mengeluarkan dalam format yang utuh dan tahan lama supaya dapat disimpan dengan elok dan mampu mengeluarkan bunyi dengan sempurna walau dah 20 tahun sekalipun,tapi ia tetap kontra dan bergantung dari kehendak band dan label juga macam yang aku tulis dekat perenggan awal tadi....

