Ini berkait rapat dengan cerita yang aku nak sampaikan dimana satu lagi kedai music menyembah bumi iaitu Rock Corner di The Curve damansara...sesiapa yang biasa dengan tempat ni pasti tahu Rock Corner yang ada disitu antara yang gah juga disaat beberapa tahun kebelakangan ni satu persatu branch mereka tutup (terakhir cawangan di KLCC kalau tak salah) namun di The Curve nampak masih mampu bertahan...
Tapi tulah,panas yang disangka ke petang akhirnya hujan jua di tengah hari dan akhirnya Rock Corner disitu juga bakal melaburkan tirainya dalam bidang perniaagaan.Pada aku mereka tutup bukan kerana "business matter" semata-mata namun lebih dari itu....ye minat membeli music fizikal sebenarnya dah masuk fasa akhir dan dah disifatkan pupus sama sekali...zaman ni bukan lagi zaman orang mahu menjengah kedai music,zaman ini bukan lagi zaman dimana bentuk fizikal di lestarikan sebagai koleksi.
Mungkin ada yang kurang setuju kan??...anda mungkin kurang setuju kerana anda sendiri duduk didalam circle pembeli tegar,maka anda rasa music fizikal masih relevan...sedangkan populasi korang dan kawan-kawan korang yang membeli tu adalah kurang dari 8% dari penduduk tanah melayu ni dan sebab tu kita tidak sedar.Dan ia terbukti selepas satu persatu record store menyembah bumi..
Agak lewat juga dapat tahu perkabaran tentang jualan clearance sales ni maka jangan haraplah nak dapat album2 dari Metallica ke Megadeth ke...tapi masih ada saki baki juga yang menarik untuk aku rembat...dan antaranya check lah gambar dkat bawah ni
owhh ya sebelum terlupa nak bagitahu yang aku suka album Search Fenomena yang baru release semalam...tak sabar nak tunggu punya pasal sanggup pi kedai Dream Studio terus hehehe...






