bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)
BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!
Wednesday, June 29, 2011
Napalm Death di depan mata aku
Selepas beberapa bulan berita tentang kedatangan mereka kesini buat kali ketiga keluar,mungkin ada diantara anda yang langsung TAK MINAT nak ambik tahu,mungkin kerana sudah jemu ataupun sudah melihat siri2 konsert mereka yang lepas,namun tidak pada aku.Semua siri2 mereka sebelum ini aku dah terlepas peluang,makanya berita yang suam2 kuku pada anda ni aku sambut dengan penuh teruja.Persiapan tiket,tarikh cuti dan sebagainya diatur sebaik mungkin bagi MEMUNGKIN kan aku untuk melihat lagenda Grindcore ini beraksi di depan dua biji mata aku.
Macam biasa,aku ajak teman rapat aku Idham (thanks bro!!) untuk menemani aku melihat Napalm Death kali ni dan beliau setuju...satu yang menarik pasal kawan aku ni,dia memang tak kan menolak kalau diajak teman kan aku menghadiri mana2 event..sebab tu aku cukup hormat dan hargai mamat ni.
Official Napalm Death Tour Tee In KL
Akhir nya tarikh 27/6 pun tiba.Lebih kurang pukul 5.30 petang aku ke wangsa maju untuk mengambil Idham dan terus ke 1pub cafe.Selepas jenuh merempuh trafic jam akhirnya kami sampai ke venue lebih kurang pukul 7.10 petang,kalau diikut kan dalam flyer show akan bermula pada pukul 7.30 petang,namun kami cukup masak dan paham dengan gerak kerja organizer2 show mahupun gig di Kuala Lumpur ni,makanya kami memilih untuk pekena teh tarik dulu sebelum dentuman utama yang bakal kami saksikan nanti.
Mr Idham dengan Tee Impiety nye
Macam yang aku jangka kan,memang show bermula lewat.Kami terpaksa menanti lebih kurang 45 minit,itu pun baru melihat kelibat Danny naik ke stage sebentar untuk tunning set drum nya.Crowd makin ramai,dan venue 1pub cafe memang tak sesuai untuk anjuran bagi sebuah band besar sebegini.Aku memang cukup tak setuju,namun apakan daya nak lihat Napalm Death redah jugak lah.
Lebih kurang 45 minit jugak lah dok terpacak tunggu,akhirnya baru Napalm Death naik ke pentas.. Shane dan Mitch masing2 selesa mengena kan Tshirt band REPULSION ..korang kenal tak band REPULSION ni??ok REPULSION ni adalah lagenda Grindcore dari U.S dan mereka juga adalah pelopor bagi subgenre Grindcore iaitu Goregrind boleh dikatakan jugak yang dorang ni seangkatan dengan NECROPHAGIA.
Berbalik pada Napalm Death,mereka memulakan setlist dengan seleksi lagu2 terbaru mereka.Sound cukup balance walaupun pada tanggapan awal aku mungkin mereka akan menghadapi bunyian over boose terutama di bahagian bass (merujuk pada venue yang kecil) namun ternyata mereka mampu mengimbang semua sound agar tidak terlalu kuat dan dalam masa yang sama tidak lari dari trademark noisy mereka.Jadi satu ucapan tahniah buat sound engineer yang bertugas.
Kosentrasi aku dah mula hilang sikit bilamana penghawa dingin dalam venue dah TAK TERASA,ni adalah kesan daripada penonton yang ramai,peluh dah mula melimpah,bukan sahaja aku malahan semua merungut akan isu ini.Jadi aku pohon jasa baik organizer2 show yang bakal nak bawak band2 gergasi masuk kesini,TOLONG lah jangan buat di venue yang sebesar kangkang monyet ni. Dan kesan dari PANAS yang tak tertahan ni sehingga mendesak NAPALM DEATH untuk berhenti seketika bagi mengambil sedikit angin (barangkali)..punya lah panas sampai muka putih si Mark Barney bertukar menjadi merah..hahahDi set yang kedua ni baru nampak ada sikit hidup,ini kerana NAPALM DEATH membawa kan lagu2 klasik mereka sebagai hadiah sebelum mereka menutup tirai show di Kuala Lumpur ni dan terbang ke Indonesia pada esok nya.Kali ni aku dah mula nampak muka2 metalhead yang otai2 mula ber moshpit dan aksi stage diving mula kelihatan.Jika diawal tadi (seleksi lagu2 baru) hanya budak2 muda je yang terhangguk2 melayan,dan sekarang brother2 pulak yang naik sheikh...ini semua dek pukulan NAPALM DEATH membawa kami mengembara semula kepada kenangan di era pasca SCUM mahupun FROM ENSLAVED TO OBLITERATION.
Pada jam 10.40 malam selesai lah sebuah persembahan dari mereka.Aku tak pasti samada sesi bergambar ada atau tidak,apa yang pasti lepas habis show aku terus cabut sebab dah tak tahan panas.Apapun ia tetap menjadi salah satu show yang paling best dalam diari music aku.Walaupun ada beberapa aspek yang aku kurang berkenan dan kurang setuju dengan penganjuran show ini namun ia tetap menarik. Apa yang pasti penantian aku selama lebih dari 10 tahun untuk menyaksikan mereka sudah pun tertunai.
Wednesday, June 15, 2011
EDANE 9299
Bila kita bercakap tentang perjalanan music Rock (80an/90an) di Indonesia,aku yakin yang pasti melintas di kepala kita adalah nama2 seperti GODBLESS,SLANK,JAMRUD mahupun BOMERANG bahkan aku juga yakin ada lagi ratusan nama2 Rock hebat dari sana namun kurang diberi perhatian disini kerana tiada rilisan dari mereka yang masuk menyeberangi tanah melayu.Namun tahukah anda bahawa antara ratusan band2 Rock hebat itu ada satu lagi nama yang cukup dekat dengan pecinta2 music Rock Indonesia yang mana impak music mereka menerajang terus akan kehebatan pemuzik2 Rock di Malaysia yang tatkala itu cukup mendominasi pasaran mereka??Ya mereka adalah EDANE..sebuah entiti muzik berat yang cukup2 akronim dengan sayembara perjuangan music keras Indonesia.
Aku mengenali kumpulan ini melalui pendedahan dari rakan2.Pada awal nya aku agak sedikit sinis dengan mereka kerana pada aku mana kan mungkin band2 dari sana mampu menyaingi kehebatan pemuzik rock di Malaysia,namun selepas aku dengar lagu2 mereka menerusi album keramat mereka yang berjudul JABRIK semua pandangan awal aku terhadap mereka telah terlanjang bulat serta merta.Ya mereka mempersembah kan music yang cukup berselera di bawah naungan Hard Rock yang sebenar.Dan mulai dari saat itu aku mula perlahan2 mencari akan album2 dari EDANE ni.Tapi sayang nya cukup sukar untuk aku dapat kan.
Cari punya cari akhirnya dua tahun lepas aku dapat kaset ni.Sebuah album kompilasi dari EDANE dari tahun 1992-1999 iaitu melalui formasi line up tersolid dan bersejarah buat pecinta music mereka iaitu tatkala IWAN,EET,HERI dan juga FAJAR mendukung watak2 disebalik music2 hebat dari EDANE.Album ni yang menampilkan lagu2 terbaik dari album2 hebat mereka seperti dari album JABRIK,BORNEO dan juga THE BEAST.Turut menampil kan 2 lagu baru sebagai hadiah.Harus diingat bahawa album ini bukan lah sebuah kompilasi yang biasa,namun ianya lebih berbentuk seperti portfolio bagi EDANE yang umum nya tahu bahawa mereka adalah jagoan Hard Rock Indonesia,kerana selepas pada era kompilasi ini EDANE telah menukar habis konsep mereka dan mereka lebih selesa bermain music yang bercorak MODERN ROCK.
Antara yang menarik tentang EDANE pada aku
- Andaikata dibuang vocal pada lagu EDANE,pasti nya anda akan merasakan lagu yang sedang didengar adalah lagu yang dimainkan oleh pemuzik2 Rock barat.Ini kerana EDANE telah mendapat struktur bunyi yang moden yang pada aku sama level dengan Rock oversea
- Guitarist mereka iaitu EET SJAHRANI adalah guitar hero buat negara Indonesia.Semasa awal karier beliau,kumpulan Rock gergasi GODBLESS pernah menggunakan khidmat nya dalam beberapa siri album (ketika IAN ANTONO meninggal kan group tersebut).Selain dari itu karektor EET SJAHRANI yang gemar mengikut aksi pemain guitar AC/DC (Angus Young) antara perkara paling menarik tatkala melihat beliau beraksi
- Pada aku EDANE adalah satu2 nya band music ROCK yang mampu membuat gubahan music ala2 VAN HALEN dengan cukup kemas dan bergaya.Ada beberapa band tempatan dulunya menciplak riff2 dari VAN HALEN namun nampak cukup gonjeng.Tapi tidak pada EDANE mungkin kelebihan ini terletak pada fungsi sound mereka yang betul2 tepat buat frequency music sebegitu.
Lagu2 dalam album ni
- Rock On
- Dengarkan Aku
- Ikuti
- Big Town
- Pancaroba
- The Beast
- Untuk Dunia
- Borneo
- Free Granny
Tuesday, June 7, 2011
SEARCH "sebuah perjalanan"
Tahun lepas aku menutup buku bagi tahun 2010 dengan menyaksikan persembahan SEARCH & WINGS dalam siri DOUBLE TROUBLE yang berlangsung di Sunway.Selain dari menyaksikan buat kali pertama dua band yang diangkat sebagai Hero Rock Melayu ni,aku ada juga membeli beberapa benda untuk dibuat kenang kenangan,almaklumlah bukan nya senang untuk orang yang macam aku ni dapat peluang beriadah sebegini,mana lah tahu mungkin ni juga adalah kali terakhir aku dapat saksikan mereka beraksi dek kerana lepas ni sibuk dengan kerja harian.Antara yang aku beli adalah Tshirt,Tag,dan juga dua naskah majalah rasmi perjalanan setiap band iaitu SEARCH & WINGS.Tapi kali ni aku snap beberapa gambar dari naskah SEARCH jelah dulu ok.
Inilah dia gambar depan untuk buku kronologi SEARCH yang rata2 nya gambar diambil dari siri konsert mereka pada tahun 2009 iaitu konsert SEARCH DI AWAN BIRU yang telah berlangsung di dua lokasi iaitu di KUALA LUMPUR dan juga di JOHOR BHARU.
Perkara paling menarik dalam buku ni adalah dikempil kan sekali tiket2 konsert pada waktu2 dulu,baik di era 80an mahupun 90an.Dekat atas ni adalah antara gambar2 tiket yang disertakan.
Ketika dalam BUS TOUR ...perghh Rockstar habis beb!!...
Candid di belakang pentas
sebelum show
Berakhir sebuah penantian penonton
action start
NOTA : Maaf lah ye kalau gambar memeritkan mata anda untuk melihat...saya orang susah,tak mampu nak beli kamera mahal..pakai kamera handphone jelah.. ;p

Friday, June 3, 2011
Au Revoir "Engine Of My Heart"
Lepas ditunda dari beberapa tarikh jangkaan dirilis akhir nya album terbaru dari band Speed/Rock (aku rujuk dari term album yang baru ni) yang datang dari Perlis ni sudah sedia beredar untuk penggemar music beraliran kiri sebegini.
Pada aku sendiri album ni memang aku nantikan setelah mengukur setiap inci karya yang telah mereka tempa melalui mini cd "Su'ul Khatimah" yang keluar sekitar awal tahun 2010.Pada pendapat aku 'Su'ul Khatimah" memang lain dari yang lain,pola music nya cukup berselirat tanpa ada struktur yang boleh dikategori dengan tepat dan mapan dan itu yang buat kan mini cd tu cukup TERBAIK buat aku.
So,bilamana mendengar yang mereka telah kembali untuk merekod lagu2 baru bagi dimuat didalam album ini aku memang sentiasa mengikuti apa juga perkembangan mereka melalui Fan Page Facebook mereka sendiri mahupun melalui blog.Beberapa bulan lepas Au Revoir ada melepas kan satu single yang bakal terkandung dalam album ni iaitu lagu 'Be My Woman' dan lagu tu cukup tangkap dalam otak aku walaupun baru sekali dengar..ya memang ada kesan.Dan beberapa minggu sebelum rilisan ini keluar satu lagi single dilepaskan iaitu lagu 'Shattered' yang mana mengingat kan aku akan beberapa riff Heavy Metal klasik yang dimainkan dengan mood Au Revoir sendiri.
Sekarang album sudah ada dalam tangan,tinggal nak halusi je satu persatu samada ianya lebih tinggi nilai psychotic nya berbanding Su'ul Khatimah ataupun sekadar satu hidangan lagu2 baru sahaja.Kalau tanya aku,kira 2 single dari album ni (Be My Woman,Shattered) memang dah lulus dan masih utuh lagi trademark Au Revoir dalam kedua2 single tu,tapi lagu lain macam mana pulak???
Bila aku dengar keseluruhan lagu2 dalam 'Engine Of My Heart' ni aku berani katakan yang mereka masih kekal kan segala bentuk bunyi yang kalau kita dengar kita akan tahu yang itu adalah bunyi yang datang dari Au Revoir.Masih awal lagi rasanya kalau aku nak bandingkan album ni dengan album2 mereka yang lain seperti 'Su'ul Khatimah' mahupun 'Key Of Misery' dek kerana masih awal dan aku pun belum puas dengar.Tapi serious aku cakap melalui album ni mereka telah masuk pada satu tahap yang mana mereka telah dapat apa yang dipanggil TRADEMARK walaupun bukan 100% tapi ia memang sudah kearah itu,dan kita harus ingat,ada band yang telah wujud hampir 20 tahun pun masih kabur dan terkapai kapai dalam memasuki status sebegitu,mungkin ni lah dia result dari mencipta sesuatu yang menongkah arus dan JUJUR!!
Track :

- Engine Of My Heart
- Shattered
- Edul Fitri Night
- Be My Woman
- Perisher
- I Came From The North
- Five-A-Night
- Walk Me Astray
Subscribe to:
Posts (Atom)