bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Wednesday, June 15, 2011

EDANE 9299


                 Bila kita bercakap tentang perjalanan music Rock (80an/90an) di Indonesia,aku yakin yang pasti melintas di kepala kita adalah nama2 seperti GODBLESS,SLANK,JAMRUD mahupun BOMERANG bahkan aku juga yakin ada lagi ratusan nama2 Rock hebat dari sana namun kurang diberi perhatian disini kerana tiada rilisan dari mereka yang masuk menyeberangi tanah melayu.Namun tahukah anda bahawa antara ratusan band2 Rock hebat itu ada satu lagi nama yang cukup dekat dengan pecinta2 music Rock Indonesia yang mana impak music mereka menerajang terus akan kehebatan pemuzik2 Rock di Malaysia yang tatkala itu cukup mendominasi pasaran mereka??Ya mereka adalah EDANE..sebuah entiti muzik berat yang cukup2 akronim dengan sayembara perjuangan music keras Indonesia.
              Aku mengenali kumpulan ini melalui pendedahan dari rakan2.Pada awal nya aku agak sedikit sinis dengan mereka kerana pada aku mana kan mungkin band2 dari sana mampu menyaingi kehebatan pemuzik rock di Malaysia,namun selepas aku dengar lagu2 mereka menerusi album keramat mereka yang berjudul JABRIK semua pandangan awal aku terhadap mereka telah terlanjang bulat serta merta.Ya mereka mempersembah kan music yang cukup berselera di bawah naungan Hard Rock yang sebenar.Dan mulai dari saat itu aku mula perlahan2 mencari akan album2 dari EDANE ni.Tapi sayang nya cukup sukar untuk aku dapat kan.


             Cari punya cari akhirnya dua tahun lepas aku dapat kaset ni.Sebuah album kompilasi dari EDANE dari tahun 1992-1999 iaitu melalui formasi line up tersolid dan bersejarah buat pecinta music mereka iaitu tatkala IWAN,EET,HERI dan juga FAJAR mendukung watak2 disebalik music2 hebat dari EDANE.Album ni yang menampilkan lagu2 terbaik dari album2 hebat mereka seperti dari album JABRIK,BORNEO dan juga THE BEAST.Turut menampil kan 2 lagu baru sebagai hadiah.Harus diingat bahawa album ini bukan lah sebuah kompilasi yang biasa,namun ianya lebih berbentuk seperti portfolio bagi EDANE yang umum nya tahu bahawa mereka adalah jagoan Hard Rock Indonesia,kerana selepas pada era kompilasi ini EDANE telah menukar habis konsep mereka dan mereka lebih selesa bermain music yang bercorak MODERN ROCK.

Antara yang menarik tentang EDANE pada aku

  1. Andaikata dibuang vocal pada lagu EDANE,pasti nya anda akan merasakan lagu yang sedang didengar adalah lagu yang dimainkan oleh pemuzik2 Rock barat.Ini kerana EDANE telah mendapat struktur bunyi yang moden yang pada aku sama level dengan Rock oversea 
  2. Guitarist mereka iaitu EET SJAHRANI adalah guitar hero buat negara Indonesia.Semasa awal karier beliau,kumpulan Rock gergasi GODBLESS pernah menggunakan khidmat nya dalam beberapa siri album (ketika IAN ANTONO meninggal kan group tersebut).Selain dari itu karektor EET SJAHRANI yang gemar mengikut aksi pemain guitar AC/DC (Angus Young) antara perkara paling menarik tatkala melihat beliau beraksi 
  3. Pada aku EDANE adalah satu2 nya band music ROCK yang mampu membuat gubahan music ala2 VAN HALEN dengan cukup kemas dan bergaya.Ada beberapa band tempatan dulunya menciplak riff2 dari VAN HALEN namun nampak cukup gonjeng.Tapi tidak pada EDANE mungkin kelebihan ini terletak pada fungsi sound mereka yang betul2 tepat buat frequency music sebegitu.   


Lagu2 dalam album ni

  1. Rock On 
  2. Dengarkan Aku
  3. Ikuti 
  4. Big Town
  5. Pancaroba
  6. The Beast
  7. Untuk Dunia
  8. Borneo
  9. Free Granny

2 comments:

  1. dulu masa aku kemaruk nak dengar Jamrud dan Dewa 19...ada member aku kasi cd MP3 dorang yang dalamnya ada jugak lagu2 dari album Edane ni...tapi aku dengar gitu2 jer...bunyi macam lagu2 modern rock ajer...terus tak berminat nak layan...

    tapi setelah baca entri ko ni...mungkin aku patut cari balik cd tu dan cuba dengar sekali lagi...

    ReplyDelete
  2. EDANE selepas dari kompilasi ni mmg bertukar pada MODERN ROCK bro..sila rujuk balik mp3 tu..kalau ia album2 yg baru mmg bukanlah EDANE yg cuba saya ceritakan..yang saya sampaikan ni adalah kompilasi EDANE melalui 3 album awal mereka..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...