bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!
Showing posts with label Magazine. Show all posts
Showing posts with label Magazine. Show all posts

Sunday, October 16, 2016

Rotting Evil Issue #5


                            Edisi ke-5 zine Rotting Evil (RE) ini bermakna aku dah terlepas 4 siri zine yang bermula dari tahun 1998 ni,edisi ke-4 ada terlihat beberapa tahun dulu disekitar gig-gig atau kedai music yang familiar dengan barang2 extreme metal sekitar KL ni,tapi tak tau apa sebab aku tak beli cuma bilamana edisi ke-5 ni keluar baru ada sikit inisiatif nak memiliki...boleh jadi sebab Necrotic Chaos menjadi tangkal penarik untuk edisi ni maybe ....
           
                                                       brother bob (Damokis)

                              Sebelum aku meraban jauh jom kita selidik latar belakang orang yang bertanggungjawab dalam pembikinan zine ni.Brother Bob Agigi adalah individu yang bertanggungjawab dalam 98% pembikinan zine R.E,sememangnya beliau cukup2 layak untuk membuat atau memikul tanggungjawab sebagai editor.Ini kerana beliau sendiri adalah saksi pergerakan awal underground temasik.Bukan itu sahaja malah beliau juga terlibat dalam beberapa band besar extreme metal temasik seperti Beheaded dan juga Demisor (jika tak salah) sebelum lebih selesa mencurah kreativiti seni beliau kepada bandnya sendiri iaitu Damokis yang masih aktif sehingga sekarang.
                              Jadi menurut pendapat aku beliau bukan sahaja peminat,penggerak atau aktivis dalam dunia underground Singapore dan Malaysia tapi beliau juga adalah pemain dalam pergerakan yang dipanggil "Scene" itu sendiri.Jadi sudah pasti bro bob mampu menjana penulisan2 hebat berkenaan sejarah susur galur music extreme metal lampau,bahkan mampu mengulas baik band2 generasi baru kerana beliau masih aktif sehingga sekarang.
                           



                                   Oleh sebab itulah menurut pendapat aku R.E ini begitu istimewa.Informasinya berkenaan sesuatu isu itu cukup menarik untuk dibaca bahkan ada beberapa perkara yang kita (atau aku je kot) tidak tahu namun diselongkar satu persatu oleh saudara bob....ini punya style interview hanya orang lama je boleh bikin kawan hahaha.Jika korang dah ada zine ni atau bakal membelinya nanti boleh korang lihat bagaimana sejarah pergerakan music extreme temasik dikupas halus satu persatu,ia bukan sahaja dititipkan dengan tulisan malah artifak2 purba extreme metal seperti gambar klasik band dan juga demo2 meraka melalui satu rekaletak yang menarik dan tidak merimaskan mata melihat sambil membaca informasi yang terdapat dalam ruangan tu.




                                  Nama2 jaguh dunia seperti Possessed ,Necrophobic,Cianide dan juga Vulcano ada dalam sesi interview beliau selain lagenda Malaysia sendiri iaitu Necrotic Chaos dan juga Thrash Metal band wanita dari Singapore iaitu Tormentress yang menjadi front cover untuk isu kali ni.Selain itu banyak nama2 hebat dari Singapore seperti Sadiztik Impaler dan juga Vrykolakas juga diberi ruang dalam penulisan beliau....selain band2 baru seperti Vault (Thrash metal dari kajang,Selangor),Deathevoker (Death Metal dari Sabah) dan Nekrad (Melodic Black Metal dari Perak) dan ini hanya beberapa nama dan banyak lagi sebenarnya...malah band Death Metal baru dari Thailand iaitu Savage Deity juga ada diberi slot....



                                 Kalau tak silap tahun lepas (2015...magazine ni release dah setahun) brother bob ada menyatakan beliau ingin menganjurkan sebuah gig sempena keluarnya isu R.E yang terbaru ni.Yang mana jika ia jadi kenyataan nama2 penggempur klasik dari Singapore seperti STUKAS,NUCTEMERON,IMPIETY dan yang paling menggoncang iman aku iaitu ABHORER akan bermain di gig itu.Berita berkenaan gig tu betul2 mengoncang media sosial berminggu2..sapa yang tak terkejut jika nama2 sebegitu lama berkubur diseru semula untuk sebuah persembahan.Harus kita ingat takde benda yang mustahil dalam hal sebegini,kerana sekitar tahun 2010-2011 sapa menyangka nama2 besar dalam extreme metal Malaysia seperti BLACKFIRE,RATOR dan NEBIRAS mampu membuat persembahan walau sekadar one night show dan tidak mustahil jika keajaiban ni mampu dicipta pula oleh lagenda2 Singapore.
                                Namun berita tinggal berita dan sehingga ke hari ni gig tersebut belum berlangsung,aku positif dalam hal ni kerana aku yakin gig ini tidak menjadi kenyataan kerana pada tahun lepas saudara bob terpaksa berperang dengan penyakit beliau (semoga beliau kembali sihat) dan itu mungkin menjadi salah satu sebablah....takpelah nak buat macam mana...lagi satu zine ni ditulis 100% menggunakan bahasa penghantar Inggeris,namun jangan risau ia lebih kepada lingua English ala America bukan bahasa Inggeris England...kalau England punya speaking memang masaklah orang yang gagal spm macam aku ni nak baca hahaha..

                              Aku tak pasti samada dah sold out belum zine ni,tapi kalau korang nak cuba2 merisik bolehlah contact terus editornya dekat SINI ...tapi don't worry lah aku yakin benda ni belum sold out walaupun dah setahun keluar sebab orang kita ni bukan jenis membaca punya genetik hahahaha..

Saturday, August 10, 2013

Metal Hammer Iron Maiden Gift Pack

                Saja nak bagi sedikit hiburan yang lari sikit dari term raya.Kali ni sekali lagi majalah metal gergasi dunia Metal Hammer memberi hadiah buat the real readers mereka dengan beberapa merchandise sempena keluaran Iron Maiden "Maiden England"..jika sebelum ni Metal Hammer telahpun mengeluarkan isu khas berkaitan album ni (Klik SINI ) tapi kali ni ia lebih kepada collection item dimana disertakan buku tambahan (keluaran sebenar gambor depan dorang letak Evenged Sevenfold) dimana disertakan dengan giant poster juga alas cawan...alas cawan dia memang lawa boleh guna untuk raya ni kalau tetamu datang hahahaha...jom tengok gambar

                                korang carilah yang depan dia gambar band ni!!!

                              bahagian belakang ada buku bonus sekali dikempil dengan lain2 merchandise

                                 bahagian belakang giant poster + gambar depan buku bonus

                                 bahagian depan giant poster + gambar belakang buku bonus

                                          gambar belakang tempat alas cawan

                                         gambar depan tempat alas cawan

Ok sekarang jom tengok antara gambar2 menarik yang terdapat dalam buku bonus..

                                                            gambar depan

                                                    gambar belakang












                         Ikutkan memang malas nak beli memandangkan perbelanjaan raya ni,tapi bila tengok dah tinggal seketul ni je terus lah aku rembat...harga rm29.90...tapi puas hati...

Sunday, June 2, 2013

Soylent Zine #1


               Aku tak ingat bila kali terakhir aku membeli sesuatu yang dipanggil "Zine"...mungkin kali terakhir adalah pada tahun 2001 dan lepas dari itu biji mata lebih tertarik untuk baca majalah2 music yang lain pada ketika itu seperti majalah 'Konsert' majalah 'Kugiran' mahupun 'Rottw'....sekarang dah masuk tahun 2013 dan apa reason aku untuk beli Zine ni??..sebab kali pertama ia dipromosikan dan aku lihat ilustrasi mahupun cara rekaletak zine ni adalah berbeza dengan zine2 lain yang sedia ada.
                Bagi isu yang pertama Soylent Zine Ironworx Gravefix  diberi kepercayaan untuk membuat cover art.Pada mereka yang belum tahu Ironworx Grave adalah individu yang banyak membuat ilustrasi bagi band2 extreme Metal tempatan dan antara band yang pernah menggunakan khidmat jasa beliau adalah seperti Neftaraka,Deathevoker dan banyak lagi dan yang terbaru boleh dilihat hasil tangannya pada demo tape band Impious Blood.
                Soylent Zine lengkap dengan kata2 permulaan dari tuan editor dan juga pengenalan ringkas akan isi kandungan,sarat dan penuh dengan temuramah2 menarik bersama dengan MACHETAZO,KAM LEE,HOODED MENACE,POSSESSED dan banyak lagi.Harga yang ditawarkan untuk normal version yang macam aku punya ni hanya rm8 + rm4 (kos penghantaran) dan untuk yang Die Hard Version (zine + limited edition Fondlecorpse 2-song single cd) berharga hanya rm 10 + rm5 (kos penghantaran)

sebarang pertanyaan untuk pembelian boleh klik pada link dibawah :
https://www.facebook.com/deadbeatshop   
             

Saturday, March 16, 2013

METAL HAMMER special IRON MAIDEN

                 Lama tak beli majalah music omputih yang mahal2 ni...niat sebenar aku nak cari mag 'Terrorizer' yang mana dalam issue bulan ni adalah Darkthrone dalam rangka promosi album terbaru mereka tapi nyata kecewa bila naskah tu masih tiada dijual dekat kedai yang biasa aku dapatkan majalah2 music oversea ni..masa dah nak melangkah keluar terpandang pula mag 'Metal Hammer' yang mana bulan ni ada special issue perihal band Rock papan atas dunia iaitu IRON MAIDEN...tak sempat baca pun lagi so aku ganti beberapa gambar yang ada jelah dulu sebagai tatapan korang semua ok...


                 Orite..ni lah dia special issue untuk Metal Hammer bulan ni...pada sesiapa yang biasa beli Metal Hammer pasti tahu majalah ni disisip rapi dengan pembungkusan khas yang dah jadi trademark majalah Metal Hammer kan??..namun untuk keluaran kali ni mereka tidak memasukkan naskah majalah didalam bungkusan tetapi dimasukkan kedalam sebuah envelope keras yang cantik artwork nya iaitu Eddie tengah menunggang kuda...menariknya lagi envelope berkenaan di embossed sebanyak tiga lubang (1 lubang dibahagian atas belah kiri dan 2 lagi dibahagian bawah kiri dan kanan)...maka menerusi lubang embossed tu terteralah muka2 Eddie yang sebenarnya wajah tu adalah front cover majalah yang ada di dalam sampul..


                  Jadi ni lah dia majalah sebenar dan juga envelope untuk keluaran khas kali ni...nampak tak tiga lubang pada envelope berkenaan??..itulah dia yang aku maksudkan dengan embossed tadi tu..bila dimasukkan majalah kedalam keluarlah muka eddie yang terpampang pada muka depan kulit majalah tu..




                    Ni jelah yang sempat aku snap sikit2 buat tatapan kengkawan (aku tahu ramai kawan2 blog aku ni yang die hard dengan jenama IRON MAIDEN)....harga dia masih sama iaitu rm28..aku syorkan pada mereka2 (especially Maiden Collector) agar dapatkan melalui kedai (by hand ) bukan melalui pos untuk mengelakkan envelope dia rosak semasa dalam proses penghantaran..kang bila dah rosak tak syoklah korang nak buat collection item kan??...

Wednesday, February 6, 2013

ROTTW (Comic Series For Collector)


              Dalam tahun 2008/2009 barangkali komik ni dikeluarkan...aku pun tak berapa pasti apa sebab musababnya aku beli komik ni sebab aku bukan penggemar komik (kecuali Dragon Ball...hehehehe)...

Wednesday, July 4, 2012

Metal Hammer Special Tribute To "Black Sabbath"

                    Revolusi bagi genre Heavy Metal pasti akan sedikit terencat (lewat) andaikata tidak muncul sebuah entiti pemuzik dari Birmingham lewat 60'an dulu.Black Sabbath adalah satu nama yang cukup WAJIB diperkatakan jika kita sedang berdebat tentang susur galur genre berat berkenaan.Ada yang kata Heavy Metal tidak akan wujud jika tiada mereka namun pada aku sendiri Heavy Metal tetap akan muncul tapi tidak seawal yang dunia kecapi sekarang ni dan dari situ lah kepentingan nama Black Sabbath mula timbul kerana menjadi batu loncatan awal bagi sebuah revolusi Heavy Metal dunia.Mungkin kerana kepentingan itu juga majalah Metal popular seperti Metal Hammer mengangkat mereka sebagai front page bagi isu mereka kali ini.

                                cover Metal Hammer + koleksi Black Sabbath aku!! 


                   Beberapa editor dikumpulkan bagi mengulas dengan terperinci perihal sejarah group band lagenda ini.Ada yang bagus dan ada juga yang rasanya macam copy&paste dari artikel2 lama.Beberapa individu penting dalam arena music Doom (Black Sabbath juga diangkat sebagai pelopor Doom) dipanggil untuk mengulas setiap inci kepentingan pada setiap riff yang dicipta Black Sabbath sehingga riff2 berkenaan seakan membiak menjadi molekul pada band2 yang lahir selepas era berkenaan.




                  Selain dari rentetan sejarah dan juga cerita2 dalam kelambu Black Sabbath disertakan juga dengan satu ruangan khas bagi nama2 besar dalam arena Metal global untuk menceritakan betapa besarnya pengaruh Black Sabbath samada dalam diri mereka sendiri mahupun band yang mereka tubuhkan.Antara "Metal ghost" yang memberi komentar pada ruangan berkenaan adalah seperti Gene Simmons (KISS) , Alice Cooper , Nergal (Behemoth) dan berpuluh lagi nama2 Metal generasi dulu sehingga kini.Dalam ertikata lain ini adalah keluaran khas jika anda sememangnya mengagumi akan prestij Black Sabbath.Sepertimana keluaran2 special sebelum ini adalah kebiasaan nya majalah mahal macam ni (rm28 kira mahal bagi orang yang macam aku) disertakan sekali cd didalam keluaran nya.Dan menariknya cd mereka kali ini adalah sesi tribute dari pelbagai band yang cover semula lagu2 Black Sabbath mengikut sound mereka sendiri...

Monday, June 4, 2012

Buku "Koleksi P.Ramlee"


                 Terjumpa buku ni semasa nak beli rokok.Dari segi kulit bukunya tampak seperti sebuah buku yang cukup picisan tapi lepas aku belek2 isinya maka terus aku bawak buku ni ke kaunter untuk membayar.Kenapa aku beli buku ni??apa alasan aku sampai nak beli??


  1. Kerana aku adalah peminat seniman agung ni... 
  2. Buku ini padat dengan info 
  3. Ia adalah buku yang disusun atur oleh individu yang menyelenggara laman web muzium siber P.Ramlee (The P.Ramlee Cyber Museum) iaitu saudara Zaedi Zolkafli..maka aku yakin maklumat yang disusun dalam buku ini adalah dari bahan2 yang dikumpul dan dikaji.. 
                  Ia disusun dengan cara cukup bersahaja,dan menjadikan buku ni duduk dalam kategori lite dan sesuailah untuk orang2 yang malas membaca macam aku ni.Tapi ia bukan bermakna ini adalah produk berbentuk cut & paste kerana segala informasi adalah berdasarkan bahan2 simpanan seperti majalah,poster dan temuramah pada rakan2 dan ahli keluarga terdekat seniman agung ni...diingatkan semula bahawa orang yang menulis buku ni adalah orang yang menjaga artifak2 penting seniman agung.
                  Hanya bermodalkan rm28 buku yang sarat dengan informasi ni akan anda miliki.Rahsia2 P.Ramlee,jumlah sebenar karangan lagu2 yang beliau cipta,jumlah filem (yang diterbit dan tak sempat terbit) dan macam2 lagi.Menariknya lagi di setiap penghujung bab dalam buku ini ada disertakan soalan2 bagi memapankan daya ingatan kita pada satu2 topik yang dibaca...(kalah buku latihan SPM..hahaha)

Monday, May 7, 2012

CROMOK on ROTTW


           Ini entry terakhir perihal Cromok Thrashing KL Live 2012 yang telah pun berlangsung pada April lepas.Ok seperti media2 lain mag Rottw juga memaparkan CROMOK sebagai front page untuk bulan April sebagai penghargaan dan juga sempena Konsert mereka.


            Seperti majalah lain sudah pasti disertakan juga poster kepada artis/band yang menjadi front page selain dari interview yang diketengahkan.Sebut tentang interview rasanya Rottw ada sedikit pendekatan berbanding majalah2 lain yang menemuramah mereka,selain dari persediaan konsert segala cerita jerit perih CROMOK disusun atur dengan baik sekali bagi kepuasan semua pemuja band ni yang menatap naskah yang dikeluarkan.

Majalah ni sekaligus menambahkan lagi koleksi majalah2 yang ada didalam simpanan aku yang mana CROMOK menjadi front page (klik SINI kalau nak baca)...

Sunday, March 18, 2012

Cromok "Special Interview With Original Line up"


               Special nya edisi Majalah Karisma pada bulan ini adalah mereka membawakan Interview eksklusif bersama CROMOK (original members Karl,Sam,Miji) bersempena dengan Konsert Reunion mereka pada April ini iaitu "Thrashing Kuala Lumpur 2012"..sebelum2 ni pun Karisma ada membuat interview namun untuk Line up super classic ni ia baru pertama kali..bahkan aku rasa semenjak Reunion ini adalah interview pertama Cromok.
              Pada sesiapa yang bakal bertandang pada konsert mereka nanti tu apakata korang rembat senaskah majalah ni bagi penaik semangat kalian sebelum korang menyaksikan aksi sebenar CROMOK pada April ni nanti.Aku mungkin pergi dan mungkin juga tidak,faktor masa masih lagi kabur namun aku cuba sedaya upaya juga lah untuk turun sebab dinyatakan ni mungkin konsert terakhir mereka.
              Kepada sesiapa yang terlepas pandang,aku pernah juga menceritakan perihal CROMOK sebelum ni (click kat SINI kalau nak baca ok)...selain dari CROMOK ada juga kupasan2 menarik disertakan,antaranya penjelasan  sebenar Rosdan mengenai namanya yang diuar2 kan bakal beraksi bersama Bloodshed walaupun beliau sendiri terkejut dan menyatakan bahawa beliau tidak akan beraksi pada Konsert berkenaan..juga perkembangan terbaru dari lagenda Brutal Death negeri Perak iaitu NECROTIC CHAOS turut disertakan.Dan macam2 lagi lah (malas nak menaip!!)

sesiapa yang nak mengetahui perkembangan Konsert CROMOK bolehlah keep in touch melalui link ni :
http://www.facebook.com/pages/Cromok-reunion-thrashing-KL/230098253737356

dan kalau korang nak order naskah Majalah Karisma ni cuba berhubung melalui Facebook mereka :
http://www.facebook.com/pages/MAJALAH-KARISMA/169638825869

Monday, December 19, 2011

METAL HAMMER vs TERRORIZER

              Seingat aku kali terakhir aku memanjakan diri aku iaitu dengan membeli bahan bacaan music yang mahal seperti BRUTALLICA dan lain2 adalah lebih kurang 4-5 tahun yang lalu...lepas pada itu tiada lagi bahan bacaan mahal seperti METAL HAMMER ataupun TERRORIZER menjadi tatapan aku.....kenapa???....tak mampu ke nak langgan??....bukan itu persoalannya...jawapan nya ialah aku KECEWA dengan music Metal Global...aku KECEWA tiada lagi new gen yang betul2 mampu menjana music keras dalam landasan yang tepat (melalui pendengaran aku secara peribadi)...jadi aku berpendapat tiada apa lagi yang perlu diteroka melalui majalah sebegini...pada aku semua band Metal sekarang bunyi mereka semua SAMA....sebab itu aku hanya meminati Band2 yang aku tahu akan kehebatan mereka...tiada lagi istilah explore terhadap music modern dalam diri aku.....
                Dipendek kan story semalam ketika pulang dari menghadiri undangan majlis kahwin aku telah singgah ke satu kedai untuk photostat kad pengenalan ayah aku,kedai ni banyak menjual pelbagai majalah yang menarik...dari majalah politik,hiasan rumah,penjagaan haiwan sampai lah berita hiburan dunia Hollywood..sedang aku tengah syok tengok mamak tu dok photostat terpandang aku akan satu sisi rak yang dipenuhi majalah music....dan apa yang aku nampak dan aku beli???.....korang baca lah sedikit review kat bawah ni...


                     The reason aku adalah kerana front page bagi METAL HAMMER pada isu kali ni adalah DAVE MUSTAINE yang berbicara soal album studio mereka yang ke-13 iaitu 'THIRT3EN'...album nya aku dah beli beberapa minggu lepas (ada masa aku review) jadi adalah menarik juga kalau dapat baca pula pandangan peribadi mamat ni tentang album yang menaruh luck pada angka bertuah dia konon2..hehehe..menariknya Dave Mustaine secara exclusive membawa krew2 METAL HAMMER kerumah dia dan sekaligus memberi kebenaran untuk mengambil gambar2 menarik di home studio beliau...jadi kepada die hard MegaDAVE jangan terlepas isu ini...ini koleksi peribadi anda kalau betul korang adalah MEGADETH collector!! 
                  Sisipan2 yang lain adalah biasa ja...seperti yang kita sedia maklum katalog album memang berlambak2 selain review2 kecil dari editor yang datang dari pelusuk mana aku pun tak tahu..berita2 tentang album baru dari nama2 besar seperti VENOM dan CATHEDRAL (Doctor bagi genre DOOM) juga ada diselitkan...interview ringkas bersama Lemmy (Motorhead)....berita akan kemunculan semula PENTAGRAM juga ada dimuatkan...arghhh senang cakap apa yang korang nak tahu pasal berita Metal semua ada dalam ni...sediakan jelah duit...dalam keluaran ini ada juga disisipkan satu lagi majalah kecil yang mengetengahkan band Operatic Goth Metal gergasi dunia iaitu NIGHTWISH yang bercerita tentang sejarah pahit manis mereka berjuang dalam scene GOTHIC internasional....aku akan review juga pasal majalah kecil ni sebab menarik cerita NIGHTWISH dalam tu...tunggu lah ye ;p


                  Ok...lepas dah confirm nak beli METAL HAMMER mamak tu dia offer pula aku dengan TERRORIZER ni...dia cakap yang dia boleh bagi diskaun sebab ni adalah isu bulan lepas (november)...hmm..dengan sedikit rezeki yang ada di dalam dompet rasanya tak salah kalau aku nak manjakan diri sekali sekala dengan bahan bacaan macam ni...so aku pun ambil lah dua2 majalah ni..
                  Hampir 5 tahun tak beli TERRORIZER ni nyata ia tidak berubah....masih keras,masih extreme dan masih tak jemu2 nak promote kan band2 baru selain biggest name dalam arena Metal yang semestinya ada mereka punya special slot dalam kolum2 majalh seperti ini...perkara ni tak berubah mungkin kerana editor nya adalah muka2 lama yang pernah bertugas 4-5 tahun dulu kot...
                   Front page adalah wajah Shagrath tukang pekik yang mewakili hero Black Metal bermelodi iaitu DIMMU BORGIR...dalam ni diceritakan semua perkara yang membelenggu beliau sehingga menubuhkan beberapa project band dan sebagainya....ada juga disentuh berkenaan beberapa pihak (dominator besar extreme metal) yang kurang senang dengan band nya dan macam2 lagi hal2 dalam kelambu DIMMU BORGIR dikorek....jadi peminat DIMMU BORGIR nak tunggu apa lagi??...rembat lah satu
           

Sunday, September 25, 2011

Magazine Still Rulez!!!

                       Dulu aku ada cerita pasal rak kaset yang aku beli dekat pasaraya di Shah Alam,so sebenarnya ada satu lagi rak yang aku beli pada waktu tu bagi tujuan menyelamatkan beberapa helaian naskah majalah music yang ada dalam simpanan aku.


               Hehehe ini lah dia rak tu (macam reban ayam kan??) bagi mengisi atau dalam ertikata lain menyusun agar lebih terurus lah bilik tidur aku.Sebenarnya ni rak kasut dan bukan lah rak majalah,tapi masalah bagi aku sekarang ni iaitu rak2 yang diciptakan khas untuk majalah selalunya adalah rak yang jenis berkain,mana lah dapat nak tampung majalah2 aku (kerana majalah music selalunya tebal!!) jadi aku pilih lah rak kasut ni sebagai jalan akhir...rak kasut pun rak kasut lah,janji orang tua aku tak bising sebab bilik bersepah dah lah!!


                      Sebelum ni memang banyak yang aku simpan,tapi ada yang dah kena rembat dengan member2 yang datang melepak dalam bilik dan ada yang aku dah jual,tapi mana2 isu yang special tu masih aku simpan dan jaga dengan rapi.Sedikit menyentuh perihal majalah ni,ada yang kata sekarang ni info apa juga (termasuk music) boleh didapati dihujung jari,tapi itu korang bukan aku.....aku masih suka membaca,aku suka liputan penuh,aku suka ulasan yang detail dan aku juga suka membaca komentar dari editor yang berpengalaman bukan ulasan dari web master yang dok belasah bagi info.
                      Lagipun aku suka kan feel membaca dengan memegang bukan menatap.Cuba bayang kita baca majalah sambil baca review2 informasi yang kita suka sambil dengar radio,dalam masa yang sama pekena kopi o panas bukan kah menarik???mungkin aku budak kampung sebab tu mentality kurang rugged tapi macam yang aku sebut aku masih suka cari informasi melalui pendedahan zine bukan web....

Monday, September 19, 2011

BERSAMA SELAMANYA "The Album"

      Masih ingat tak dengan majalah komik Bersama Selamanya yang pernah menjadi tatapan kita dulu?? sedih untuk aku ceritakan bahawa aku dah hilang semua koleksi komik berkenaan semasa banjir besar melanda Kuala Lumpur pada tahun 2003 dulu.Semua simpanan aku lesap macam tu je.Yang tinggal hanya babak2 dalam kronologi kisah2 nya sahaja yang masih ada dalam ingatan aku.
      Tapi selain dari itu,ada satu lagi cebisan khazanah dari komik berkenaan yang masih sempat aku selamatkan semasa banjir dulu,iaitu kaset Bersama Selamanya "The Album Vol.1".Perghhh kalau yang ni pun hanyut dulu memang meleleh lah aku.
            Kaset ni aku beli pada tahun 2002 kot (dah tak ingat!!) masa tu kalau tak salah ada karnival jualan di   Central Market secara besar-besaran untuk majalah2 seperti Ujang,Lanun,Apo..dan juga dua majalah komik ni iaitu Bersama Selamanya dan juga Blues untuk aku.Yang menariknya bagi dua majalah komik berkenaan disertakan setiap pembelian dengan sebuah kaset.Jadi aku yang masa tu memang kerap lepak di Central Market (port kutu2 Rock sekolah melepak) terus sambar kedua dua sekali majalah komik berkenaan.
           Aku tak nak cerita pasal majalah Blues untuk aku sebabnya aku memang kurang sikit follow jalan ceritanya,barangkali tidak cukup Heavy Metal untuk aku..hahaha.Tapi untuk Bersama Selamanya ia memang seronok dibaca kerana ia kena dengan aku yang tatkala tu cukup rebel dengan pegangan Metal Extreme nya..hahaha.Mana tidak nya,setiap karikatur,setiap dialog,setiap situasi keadaan yang berlegar dalam plot2 komik berkenaan semuanya berkisar tentang Rock/Metal mau nya tak seronok aku baca..


                Aku tak nak ulas perihal album ni,memadailah ia diangkat sebagai karya Heavy Metal Modern yang kena dengan Plot cerita dalam komik berkenaan.Ketika aku masih memiliki majalah komik berkenaan,aku akan pasang kaset ni semasa membaca nya,cukup nostalgik dan menarik sekali mood pada waktu tu (masa muda!!).Ini bukan sebuah album picisan,kerana ia dipersembahkan dengan cukup baik sekali bagi setiap lagu.Dan satu lagi kita harus tahu bahawa setiap petikan guitar dalam album ni adalah dari hasil tangan Hillary Ang (Ex-Search,Cromok) ..jadi nak pertikai apa lagi kalau guitar hero malaya yang main dalam album ni kan??Pada sesiapa yang masih memiliki album ini,putarkanlah semula tatkala ada kelapangan,kerana saya pasti ia akan terbangkan kita semula kezaman muda kita dahulu dimana sel2 Heavy Metal berselirat dalam urat nadi kita.....Heavy Metal Till Die!!!!arghhhhhhhh!!!!

Thursday, August 25, 2011

WINGS "Pengembaraan Sebuah Lagenda"

                Hari tu aku dah tunjukkan buku perjalanan SEARCH,so seperti yang aku janji untuk review pulak satu lagi buku tentang perjalanan dan liku2 sebuah Rock band yang akronim di hati rakyat Malaysia iaitu WINGS..

                                 Rupa bentuk kulit hadapan... 


           Buku yang setebal lebih kurang 40 muka surat ini sarat dikempil dengan sejarah2 ringkas WINGS dari saat penubuhan hingga lah ke saat ini.Walaupun ia tidaklah sebuah nota yang lengkap jika disingkap sejarah sebenar mereka,namun ia cukup untuk memberi penerangan kepada kita sejarah WINGS yang betul mengikut kronologi..selain dari itu turut disertakan biografi line up WINGS iaitu Awie,Joe,Eddie dan juga Black. 


                                WINGS itu adalah MEREKA BEREMPAT!!!! 


                                           AWIE 


                                                JOE 
                                             EDDIE 


                                           BLACK 


              Menariknya lagi tentang naskah buku ni kerana ia turut memaparkan gambar WINGS dari zaman dulu sehingga yang terkini.Dari zaman Sham yang jadi guitarist hinggalah Mel mahupun Mus yang menjadi penyambung nadi tatkala Awie melangkah keluar dari WINGS satu ketika dulu...lupa pulak lagi satu tukang ketuk WINGS iaitu bro Jojet..hehehe





                                 ketika sidang akhbar anniversary mereka ke 21 


                                 Antara katalog album mereka turut disertakan!! 


                                 juga katalog album mereka 


              Buku ringkas tapi sarat dengan monumen2 pada sebuah kumpulan yang telah terbang dengan SAYAP mereka untuk menghiburkan anak bangsa.Pada peminat2 WINGS yang ingin memiliki buku ini aku tak pasti mana nak dapatkan buku ni sebab nya aku pun tak pernah nampak kat mana2 kedai buku,tapi kalau anda bertandang ke show mereka pasti buku ini dijual di booth merchandise mereka,sebab nya aku beli pun masa menyaksikan DOUBLE TROUBLE tahun lepas....

NOTA : Semua gambar2 dalam buku ni menarik sebenarnya,cuma ia tidaklah menarik jika dilihat dalam blog aku ni,sebab nya aku tiada kamera digital dan ia diambil melalui kamera telefon je...so maaf lah kalau gambar yang diposting ni MEMERIT kan mata anda....nanti kalau aku dah kaya aku belilah kamera2 mahal untuk tangkap gambar2 lagi ok,niat aku hanya nak berkongsi apa yang aku ada...itu je...sekali lagi aku pohon maaf!!!


pada readers yang ingin melihat buku SEARCH yang pernah aku posting dulu,sila klik link di bawah
http://darkshahrulez.blogspot.com/2011/06/search-sebuah-perjalanan.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...