Sebenarnya dah takde idea nak tulis so cerita jelah benda yang bukan2..haha..ok..minggu lepas aku baru je bawak kawan aku pegi jalan2 kat AMCORP MALL,seperti sedia maklum AMCORP MALL ni adalah sebuah shoping mall dimana setiap hari ahad akan ada seperti temasya jualan barangan yang unik2 bahkan cukup antik..dari pinggan magkuk,hingga lah baju2.Dan tak kurang juga rekord2 lama seperti kaset,cd,mahupun vinyl ada turut dijual.Pendek kata memang menarik untuk dikunjungi.
Aku cerita tentang benda ni bukan sebab ni adalah pengalaman pertama aku datang,kalau nak diikut kan aku ni adalah antara pengunjung yang mula2 tahu akan keunikan tempat ni.Pada tahun 2002 lagi aku memang dah kerap datang (masa tu mat metal yg selalu lepak kat situ pun tak tahu lagi) tempat tu untuk mencari stuff2 yang menarik.
gadget2 menarik untuk dimiliki
AMCORP MALL yang terletak di Petaling Jaya Selangor ni bukan lah jauh sangat dari kediaman aku,tak sampai 15 minit pun dah sampai,cuma kebelakangan ni aku agak jarang datang menjengah dek kerana terlalu ramai yang telah tahu akan kewujudan pasar karat disini,makanya terlalu sesak.Tak seperti di tahun2 yang dulu,orang masih ramai yang tak tahu.So nak membelek2 barang pun best tak payah nak bersesak2.
memang menarik dan tertarik!!hehehe
Kalau dulu tiap2 minggu wajib turun melepak sehari suntuk untuk cari stuff rock/metal sekarang ni dalam 2 bulan sekali je kot aku datang.Lagi pun bilamana satu tempat tu dah famous,confirm barang2 yang unik ni dah takde lagi sebab dah ramai pengunjung yang beli.Jadi memadai lah aku cuma datang 2-3 bulan sekali kesini.Ada kala ada jugak rezeki terpijak jumpa kaset2 atau cd2 yang best dan harga pulak murah.Dan kadang2 hampeh jugak.
pelbagai bentuk record termasuk vinyl ada untuk dijual
hasil dari selama 8-9 tahun aku datang ke pasar karat AMCORP MALL ni,iaitu dari zaman bersekolah lagi sampai dah bekerja ni,macam2 jugak lah barang yang aku beli (selalu beli kaset/cd).Antara yang aku dapat adalah macam album2 dari SLAYER,VINCE NEIL,DEEP PURPLE,MEGADETH,METALLICA,SKID ROW,dan berlambak lagi lah album2 metal yang aku sempat beli kalau ada luck tak dirembat pengunjung yang lain.
kaset owh kaset....best!!best!!best!!
Pada para kolektor record (kaset,cd,vinyl) boleh lah datang kalau nak mencari sampah sarap untuk memenuhi rak album anda.Tapi aku tak janji korang boleh dapat apa yang korang cari,sebab nya macam yang aku sebutkan tadi,tempat ni dah tak macam 8 tahun lepas.Dah ramai yang datang untuk mencari barangan mereka.Tapi kalau korang nak cari barangan2 antik yang lain Insyaallah aku yakin hasil nya masih lumayan....chow!!!




hampir tiap2 minggu aku gi tempat ni, memang best.
ReplyDeletedulu aku pun sama..skang ni je jarang dah
ReplyDeleteaku baru tau tempat ni bulan lepas itu pun sebab hantar barang trade... huhu,
ReplyDelete