bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)
BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!
Monday, April 4, 2011
SURRENDER OF DIVINITY 'Death Just Beginning'
Seperti yang aku pernah tulis sebelum ni,yang aku memang nak sangat tengok SURRENDER OF DIVINITY (SOD) punya live.Jadi peluang ni datang tatkala mereka hadir kesini bagi sebuah gig yang dinamakan 'Death Just Beginning'.Ini adalah persembahan mereka setelah 6 tahun tidak kesini bagi apa2 persembahan.Sekarang masalah nya adalah aku sendiri,samada mau tengok atau tidak persembahan mereka. Kalau tak tengok rasanya cukup rugi,bukan senang mau seludup band2 extreme metal elit kesini,tapi dalam masa yang sama aku juga memang dah takde selera sebenarnya nak singgah kemana2 venue atau event gig. Aku bukan pembenci gig tapi aku benci dengan suasana sekeliling..ya,sekeliling yang datang hanya untuk tujuan2 yang kabur dan memang tiada niat untuk menikmati adrenalin music.Ini menyebabkan aku cukup tidak suka untuk singgah kemana2 gig.
Mahu atau tak akhirnya aku akur juga untuk pergi,apatah lagi kawan baik aku idham memang nak sangat tengok SOD.Dialah mastermind untuk mendapat kan tiket,oops sebelum terlupa,kami berdua membeli tiket gig ni dengan pembelian secara pakej,iaitu RM50 untuk tiket + tshirt + poster.Pembelian secara pakej ni menjimat kan duit kami sebanyak RM10.Yang best nya,aku yang tak berapa minat nak pergi ni,tapi memegang tiket dengan no '0002'..wahahaha..maksudnya aku adalah pembeli terawal lah,mengalah kan big fan SOD yang lain pulak..hahahaha
nampak no tiket tu??
3/4/2011 aku menunggu idham di station LRT Kerinchi,kami makan dulu isi perut di restoran Mahbub di Bangsar sebelum pergi ke One Pub cafe (tempat gig berlangsung).Kami tiba lebih kurang dalam pukul 6.15 petang.Sesampai nya disitu seperti biasa adegan shopping pun bermula,apatah lagi table yang menjual barangan metal dari label In-Coffin Prod (label thai yang diliki oleh Whatayakorn guitarist SOD) ada dibuka,seperti sedia maklum yang In-Coffin Prod ni adalah antara label yang masih setia mengeluarkan album2 dalam format kaset (tape) sehingga SEKARANG (yeahh..tape rulez!!),jadi ni lah peluang untuk membeli barangan mereka dalam harga yang cukup murah.
Aku masuk kedalam venue pada pukul 6.30 petang,time tu Claw yang tengah main,tak sampai pun 5 minit aku masuk aku dah rasa BOSAANNNNNNnye..terus cari tempat untuk duduk bagi hilangkan boring aku pada suasana gig ni.Lepas pada Claw main,naik pulak band ketiga (band pertama tak sempat tengok) iaitu MG-34.
MG-34
Walaupun band ni pada aku menarik untuk dilayan,tapi macam aku cakap kan tadi,suasana membunuh kenikmatan tu,aku masih lagi duduk di tepi menghabis kan berbatang2 rokok untuk menghilangkan kebosanan.MG-34 menghentikan persembahan kira2 pukul 7.15,kemudian gig diberhentikan bagi laluan hormat pada waktu maghrib,aku sekali lagi keluar untuk minum.Masa ni niat memang nak cabut balik dah.Tapi cuba bertahan,sebab membayangkan tiket yang dah dibeli.
Pukul 8.00 malam tiba masa SOD mengambil alih pentas,terdetik kat hati aku,aku berharap sangat agar SOD dapat membayar segala kebosanan aku ni dengan persembahan mereka,andaikata mereka gagal,ini bermakna aku telah menghabiskan hari cuti aku pada satu perkara yang sia-sia.
Sound check
War Begin!!!!
War Machine of SOD
Whathayakorn
Avaejee
Army Of The Darkness
Selektif lagu2 wajib mereka dihembur satu persatu,lebih dari 7 lagu dilontar dengan cara yang cukup epic,mereka tahu peminat mereka di Malaysia memang rindu akan kelibat SOD,makanya tatkala mereka sudah turun kebawah selepas selesai persembahan,namun mereka naik semula bagi memenuhi kehendak fan mereka...tq SOD.Aku yang dari awal tadi hanya duduk ditepi,namun sekarang aku dah mula bersama2 crowd untuk merasai kuasa music gelap dari SOD.Secara purata SOD memang dah menyelamat kan keKESALan aku untuk datang berhari minggu kat gig ni.Balik dengan penuh senyuman,walaupun rasa macam rugi sebab tiket RM30 tapi layan hanya satu band je.Apapun ni adalah peristiwa yang cukup indah kerana dapat menjadi saksi SURRENDER OF DIVINITY bermain di sini pada tahun 2011...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









No comments:
Post a Comment