bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Saturday, April 23, 2011

Perlukah sebuah badan pemikir untuk music Msia?

                    Beberapa minggu ni aku memang ada terdengar rumors mengatakan yang akan ada sebuah badan induk untuk jadi tempat daya pemikir halatuju music Malaysia.Aku tak tahu samada berita ni benar atau saja nak buat gempak suasana.Namun andai kata ianya BENAR ini adalah satu petanda besar...ya,petanda besar yang kita mahu atau tidak mahu terpaksa juga mengakui yang kita memang tenat/nazak dalam menjana sebarang bentuk seni bunyian yang berstatus KELAS 'A'.Kalau tidak masa kan hingga tertubuh nya badan berkenaan.
                   Apa pendapat aku kalau berita ini benar??pada aku program/projek ini memang bagus tapi kalau ia dilaksana kan pada 20 tahun dulu dan bukan sekarang.Sekarang ini semua nya dah terlambat.Ianya ibarat cuba memberi rawatan pada mereka yang telah nazak,bukan kah molek rawatan itu diberi tatkala tengah sakit dahulu dan bukan keadaan tenat sebegini.Apapun daya usaha mereka2 yang cuba merawat industry ini tetap aku ucapkan jutaan terima kasih kerana anda berani merubah,walaupun pada hakikat nya aku tahu hasil nya nanti adalah SAMA.


              Kenapa aku berpendapat sedemikian??yang pertama siapa DIA itu yang bakal menjadi ahli jawatankuasa pemikir berkenaan??apakah tokoh music negara??apakah mereka2 yang menjadi pengkritik rancangan realiti tv??jawapan dia simple kita memang takde sebarang tokoh yang mampu memikir jauh sekali untuk membimbing seni kita agar pergi jauh ke kemuncak.Kenapa aku cakap macam tu??sebab siapa dia pejuang seni kita yang dah berjaya tawan eropah??jadi??..fikir2 kan..
              Di England misalnya,pusat pemikir ini telah pun terwujud di zaman lewat 70s lagi.Namun beza nya dengan kita,mereka menubuhkan badan berkenaan diwaktu mereka sedang rancak melahir kan produk dan bakat2 yang memang KELAS 'A'.Tapi kita pulak tubuhkan diwaktu masyarakat dunia memang TAK TAHU yang Malaysia ni sebenarnya ada artis/band,ada music dan ada album..harap anda terang dengan apa yang saya maksudkan.
Pendapat aku bagi meleraikan kekusutan pada isu ini

  1. Tidak perlu adanya pusat/centre of thinking untuk music Malaysia,memadailah sediakan kemudahan atau bantuan untuk mereka bermain di gelanggang luar negara.
  2. Apa pun masalah jangan tuding sesiapa tapi lihat balik diri kita sebagai pemuzik.Apa kita dah lakukan tugas dengan sempurna sebagai pengkarya?apakah kita dah membuat rujukan tahap quality music yang kita cipta??jadi isu ini berbalik pada kita sendiri,bukan pemikir2 yang lain.
  3. Siapa diantara kita ni yang mampu menjadi pengkritik pada karya kita sendiri??kita tak mampu adili nya bukan??jadi wujudkan Q.A bagi setiap rilisan2 yang bakal lahir ke pasaran.Ini dapat menjamin yang hanya mereka yang betul2 berkualiti sahaja mampu bermain dalam padang music.
  4. Ini yang paling penting...Orang seni jangan SOMBONG...kerana sombong ini kunci pada setiap kegagalan.Bila kita suruh belajar dari business trick komposer2 Indonesia,mereka cakap 'ah,tak payah,kita lagi hebat',ok kau hebat kan?abis mana hasil hebat kau?..kita belajarlah dari rakan2 seberang kita macam mana mereka serious dalam menjual/melahir kan karya2 mereka yang gempak dan hebat (baik mainstream @ Underground).Kalau benda baik kita ambil,yang buruk letak tepi..itu je. 
                        Isu remeh ni rasanya tak perlu dipolemik kan,kita main music sebab apa?sebab kita cinta music kan?jadi tanggungjawab kita apa??tanggungjawab kita adalah buat jelah music yang bagus dan bagus dan bagus,itu je..apa nak pening sangat..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...