bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Thursday, April 21, 2011

Ygwie Malmsteen "Magnum Opus"


                  Bila kita bercerita tentang Malmsteen ni rasanya terlalu panjang nak dihuraikan.Mana tak nya pelbagai jenis zaman dia dah lalui.Bermula dengan bermain untuk sebuah band Pop Hard Rock (sedikit 'stoner') yang bernama ALCATRAZZ,kemudian pulak berkhidmat untuk band Hard Rock yang bernama STELEER.Semua nya pada tahun dan pasca zaman yang berbeza walaupun dalam senario music era 80s.Setelah itu barulah muncul akan sebuah entiti iaitu RISING FORCE,dimana RISING FORCE ni adalah sebuah wadah rejim untuk beliau sendiri...wahahaha
                 RISING FORCE ni pun ada aliran2 zaman nya juga,dari zaman Glam era2 album 'Marching Out' mahupun 'Trilogy' hinggalah ke zaman Malmsteen ni sibuk nak jadi macam dia punya icon iaitu Ritchie Blackmoore dimana dia sibuk nak koloborasi dengan orchestra.Tapi diantara kesemua zaman tu aku rasa waktu RISING FORCE bersama Mike viscera adalah waktu paling best dimana quartet line up RISING FORCE yang paling solid pernah terhasil.Ini dimana peranan Mike Viscera dalam penciptaan lagu (terutama bahagian lirik) telah menjelmakan satu keunikan yang menyelamatkan Malmsteen dari jatuh ke dalam sindrom music TEPU.Sapa yang berani menidak kan kehebatan album SEVENTH SIGN???
                 Album Magnum Opus yang terbit pada tahun 1995 ni juga adalah bukti yang mereka diambang kehebatan berkarya.Mereka mengolah genre Neo Classical Metal mereka kearah yang lebih fresh.Walaupun vinnie Moore pernah melakukan nya pada album 'Time Odyssey' namun ianya lebih kearah Neo Classical Pop Rock.Jadi Malmsteen telah mengubah SEDIKIT bentuk agar ianya tidak nampak sangat yang dorang telah MELACUR kan lagu,sebalik nya ia masih kekal dengan genre berkenaan sambil diberi sedikit sentuhan modern.

                                           Malmsteen & Mike Viscera 

                            Pada aku sendiri ianya album yang boleh dikategori sebagai album yang bagus juga lah.Kalau aku nak ulas rasanya tak payah kot,sebab nya kita sedia maklum mamat gemuk ni punya teori bukan susah sangat nak faham,dia cuma selit kan Track2 lagu yang Speed + Instrumental + Ballad..hahaha. Pada kaki2 Malmsteen tak kan tak faham kot dengan teori mudah ni..hahaha.Aku syorkan pada sesiapa yang bukan peminat Malmsteen agar beli album ni,sebab nya ianya agak berbeza dengan Malmsteen yang sedia maklum..kalau nak layan album Fire n Ice pun boleh,tapi rasa macam pondan sikit lah album tu..hahaha..

Track
  1. Vengeance
  2. No Love Lost
  3. Tomorrow's gone
  4. The Only One
  5. I'd Die Without You 
  6. Overture 1622
  7. Voodoo
  8. Cross The Line
  9. Time Will Tell
  10. Fire In The Sky
  11. Amberdawn
  12. Cantabile
 

Nota: Ini posting paling mencabar iman,dek kerana Internet yang memang slow dan dah masuk dalam status service yang memang Fvck Off N Die!!!

2 comments:

  1. ..aku paling suka album Trilogy Suite dorang...lagu2nya sume best,cam Crying dan lein2...:0)

    ReplyDelete
  2. Malmsteen ni kalau kita mmg minat smua album dia best..tapi sesetengah yg kurang minat dorg mmg memilih skit nak dngr album mn satu..tq for your komen bro..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...