bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Thursday, April 14, 2011

PSYCHOTRAIN 'Crossing The Threshold Of Hell'


                   Rasanya tak sampai kot 5 tahun aku BUKA hati aku untuk terima apa juga rilisan dari ASIA,bukan nak mengecil kan bakat2 asia cuma mungkin ruang untuk mengetahui tu terhad (alasan),jadi hanya band2 oversea yang famous jelah aku layan.Tapi macam aku sebut kan tadi beberapa tahun kebelakangan ni aku memang obses untuk TAHU dan AMBIK TAHU pasal nuansa music dari rumpun asia. Apa jua bentuk band sekali pun asal kan ianya seni yang JUJUR dari asia pasti aku cuba juga untuk mengetahui.
                  So rilisan tahun 2010 dari kelompok komuniti 'Bangkok Thrash' yang bernama PSYCHOTRAIN ni pada aku adalah sebuah rilisan yang baik untuk aku refer sebagai pendengar baru musik berat nusantara.Album yang diberi title 'Crossing The Threshold' ni aku beli dalam 4-5 bulan lepas,pendapat aku pada mulanya (tatkala melihat cover album) mungkin ni adalah sebuah band Thrash Metal yang memainkan sound2 yang agak sedikit 'kotor' dan 'Raw' sepertimana kebanyakkan band Thrash Metal dari negara mereka (Thailand) lakukan misal nya seperti KILLING FIELD,tapi tanggapan aku meleset sama sekali.
               Walaupun Album ni diangkat sebagai album Thrash Metal namun pada pendapat aku sendiri ianya bukan lah terlalu Pure dengan genre tu,elemen2 bunyi yang dicedok dari Iron Maiden,Judas Priest,Scorpion menjadikan ianya lebih condong kepada Heavy Metal,cuma mereka menambah kan sedikit sentuhan dari Destruction,Metallica dan juga drumming pattern ala2 Megadeth (versi melodik..hahaha) yang mungkin menjadikan album ni dikelas kan sebagai album Thrash Metal.
                Menzahirkan 10 buah track yang cukup bagus,mereka mengguna pakai fomula pasca album2 Heavy Metal 80s dimana setiap lagu dimulakan dengan verse yang laju selain vocal yang tidak terlalu growl  kemudian solo dan diikuti mainan riff2 simple (refer pada album Quite Riot )dan diselang seli dengan dengan riff2 melodik yang berlawanan.Jadi takdelah lah sakit sangat otak nak layan.Album ni didatangkan dengan cara produksi yang berkualiti.cover juga adalah booklet dan bukan nya creasing paper (kulit lipat).Dalam nya disertakan gambar2 mereka sedang Jamming,Menonton Konsert Dream Theater & Megadeth di Thailand.Melalui foto2 ni rasanya dorang ni pemuzik2 yang berpengaruh juga lah kot kat Thailand,sebab macam rami je yang nak tangkap gambar dengan dorang..hehe,muka2 line up pun semua nya cutting muka cikgu disiplin,tapi bila main muzik..tu kau!!hahahaha  

Track :
  1. On The Threshold Of Death 
  2. Soul Destination
  3. The Promised Land 
  4. The Underdog 
  5. Spirit Medium
  6. Flash Before Your Eyes
  7. Neurotic Blind
  8. Burn In Hell 
  9. South Of Fire
  10. Thrash Attitude 


                                             Promotion Flyer Album dorang!!  

             Apalagi kawan2..kasi angkut lah ini album kalau terjumpa,harga murah beb RM15 jer.Tapi puas hati dengan produk dorang.Aku tak pasti lah yang ada lagi ke tak album ni,tapi kalau korang ni jenis suka pergi tengok show2 kat luar negara try lah datang ke konsert 'Bangkok Thrash'.Sebuah event tahunan bagi irama Thrash Metal di thailand,mana tahu ada peluang tengok PSYCHOTRAIN ni perform....

I'm Going Off The Rail But A PSYCHOTRAIN..wahahahaha...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...