Andaikata ada mana2 pihak yang sudi memanggil/menjemput aku untuk memberi pilihan band baru manakah yang rasanya patut diberi perhatian nescaya aku akan menyebut kumpulan ini.Atas dasar beberapa faktor yang ditunjang oleh mereka membuatkan mereka begitu penting kewujudan nya pada masa ini dimata aku.
Tatkala boleh dikatakan MAJORITI band2 yang lahir kebelakangan ini seakan berlumba2 menunjuk kan skill,menunjukkan technical permainan mereka dengan memacu genre Death Metal dengan selaju lajunya namun tampil HUMILIATION dengan memberi sedikit solusi buat kita dengan pembawakan Classic Death Metal (old skool Death Metal).Sekaligus memberitahu umum bahawa music sebegini masih ada penggiatnya juga dalam masa yang sama menelanjangkan beberapa fahaman songsang bahawa Death Metal harus laju lintang pukang sampai kita yang minat pun jadi tak faham.
Sengaja aku bagi satu introduksi panjang untuk album ni kerana ada aku dengar dari mulut2 longkang yang berkata "alah dorang main music old skool Death Metal ni sebab nak market sebab sekarang ni semua main speed"...mungkin ia juga kata2 dari bahalol ni tapi menurut aku ia bukan dari segi itu namun ianya lebih kepada KECINTAAN pada genre old school itu sendiri.Mereka dah pun buktikan melalui katalog2 yang lepas bahawasanya mereka cukup cinta dengan genre sebegini...bukan kah itu dipanggil die hard??....
Katakanlah ia tidak lebih dari sekadar mencuba market aku pasti untuk album ke-3 ini konsep mereka akan goyah dan terus berubah namun seperti yang aku sebutkan tadi ia lebih kearah KECINTAAN pada genre dan mereka buktikan melalui album "From Strength To Strength" ini bahawa mereka masih tetap dengan ikrar mereka.
Sebelum terlahirnya album ni disaksikan juga HUMILIATION telah merobek beberapa stage luar seperti Singapore dan juga Thailand dan siapa sangka sejauh Japan juga telah pun mereka jejaki.Album ketiga ini masih utuh dengan konsep yang mereka anuti,terma music mahupun lirikal masih lagi mengetengahkan isu2 peperangan dan ia masih mendominasi dalam setiap karya2 band ini.
Melalui label 'Ultra Hingax Production' (UHP) nampaknya susulan2 kreativiti mereka terus bergerak dan bergerak...ya sebuah band yang bagus adalah band yang sentiasa produktif dalam menjana karya,orang jemu ke orang meluat ke semua tu taruk tepi apa yang penting disiplin dalam menghasilkan produk itu adalah kunci utama dan pengukur kemampuan sesebuah band dalam survival mendatang.
Perubahan beberapa personal juga rasanya tidak merencatkan sedikitpun bagi album ini.Tidak pasti samada promosi sudah dijalankan atau belum ini kerana jika anda berminat pada album ini anda bukan sahaja boleh berurusan dengan label UHP namun jika anda bertandang ke gig2 yang mereka turut serta anda boleh mendapatkannya terus dari band member HUMILIATION kerana memang dari dulu mereka lebih selesa berurusan terus dengan penggemar selain dari promosi dari label terbabit.
- Set The Fire
- Days Of Terror
- Artillery Open Fire
- Counter Offensive
- Blind Bomb
- Nassau
- Preposition Of Violence
- Fastkill
- Manifesto Of Lie
- Struggle Of Wills
- Bukit Kepong.


back to roots..great music is just great music
ReplyDeletesekali dah terjerumus dgn ol skool death metal..nescaya tiada jalan pulang hahaha
Deletekau very positif ngan release band local yang bukan under any major label atau lagi teruk lagi yang jenis kena keluarkan cd sendiri. bagus kau.
ReplyDeletethanks bro...sebab adakala rilisan mereka ni jauh lebih berkualiti dari yg duduk bwh major label
Deletesekolah lama yang terbaek!
ReplyDeleteantara band yang produktif dan berkomitment tinggi di malaysia selain hereafter.. cepat jer rilis album...
ReplyDeleteantara band yang produktif dan berkomitment tinggi di malaysia selain hereafter.. cepat jer rilis album...
ReplyDelete