bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Sunday, September 4, 2011

Beraya Bersama DOKKEN !!!

             Hari jumaat lepas,semasa sesi kunjung mengunjung sempena hari raya yang mulia ni,aku sempat curi2 sedikit masa untuk keluar minum teh dengan idham.Asalnya nak pekena roti bakar tapi sayang kedai tu masih tidak beroperasi jadinya plan bertukar ke kedai mamak yang berhadapan dengan Campbell Complex menjadi sasaran.Jadi bila dah berdekatan dengan Campbell ni pastinya satu penyakit adalah MESTI nak masuk ke kedai cd.Pada awalnya konon2 nak masuk hanya cuci mata namun berakhir dengan satu pembelian istimewa.


             Ni dia album DOKKEN series 5 album dalam satu digipack set.Album ni dah pun aku usyar sehari menjelang Syawal lagi sebenarnya,namun bila memikirkan balik akan perbelanjaan untuk persiapan raya untuk keluarga tu lebih penting maka aku tinggal kan juga lah album ni (walaupun dipujuk keras oleh tawkey)..jadi bila singgah semula selepas raya aku lihat album ni masih ada dan yang lebih sadis ia tinggal hanya satu copy je lagi,tanpa bicara basah basi (cewah!!) terus bayar dan sah jadi milikku...hahaha


                  Pandangan dari sisi tepi...ia diletakkan di dalam satu envelope keras yang tercetak cover asal setiap album.Tiada Inlay disertakan,ialah memandangkan ianya bukanlah special boxset tapi hanya satu set digipack version.Dari segi penjagaan mungkin leceh sikit memandangkan cd hanya diletak dalam sebuah envelope keras,tapi apa nak heran janji murah,janji ori yang lebih penting janji jimat sudah lah kalau ada rezeki terletak esok aku belilah balik versi original album yang siap Inlay.

                                Album "BREAKING THE CHAINS" 


                                Album "TOOTH AND NAIL" 


                                Album "UNDER LOCK AND KEY" 


                                Album "BACK FOR THE ATTACK" 


                                Album "BEAST FROM THE EAST" 


                 Jadi inilah dia peneman aku semasa raya ni rasanya.Dah beberapa hari beli baru dua album je sempat layan,almaklumlah rumah masih ada yang berkunjung.Apapun pada sesiapa yang terjumpa album ni boleh lah asingkan sedikit duit merokok anda memandangkan ianya cukup istimewa dan harga juga murah iaitu RM55.90 sahaja bagi 5 buah album..berbaloi bukan?? walaupun ia bukan didatangkan khas dengan packaging yang best (tiada inlay) namun bagi yang terhad pendapatannya ia pastinya sudah memadai,kerana anda tetap memiliki sebuah album yang ori bukan cetakan CD-R atau yang sama jahanam dengan nya....

6 comments:

  1. 5 album awal ni memang paling terbaik dari Dokken...



    (err...aku ada semuanya dalam versi cd ori...riak dokkenwi...heheh...)

    ReplyDelete
  2. Dr.Ben > mujurlah ada seketul lg...DREAM THEATER pn ada jgk versi ni tp dah xde stok..kalau ada keberangkalian besar dua2 saya ambik sbb murah..

    berteromber > sebelum ni hanya sempat mentelaah album "under lock n key" je...yg lain xpnh dengar lagi...so skang ni syukur lah dah boleh dengar semua....

    (eleh...eksyen!!!hahahaha)

    ReplyDelete
  3. aku dulu pernah nak try kumpul album2 dokken (zmn awal ebayholic) tp xjadi hehehe

    tp klu aku TERjumpa versi ni dgn harga yg sama, mmg aku TERbeli jugak (kot)

    ReplyDelete
  4. abang shahrul nak pinjam leh..hehehe

    ReplyDelete
  5. bro Ijau > kalau terjumpa memang wajib rembat!!

    Idham > mai datang umah ambik sendiri album ni..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...