bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Saturday, October 15, 2011

Darah Tinggi...

                  Walaupun 2011 ni belum menutup tirai,namun macam2 benda menarik aku dah tempuh...ada yang manis,ada yang lucu,ada yang indah dan macam2 lagi lah..tapi yang satu lagi ni adalah benda yang tak berapa menariklah buat aku iaitu awal tahun ini aku di "SAH" kan ada DARAH TINGGI..sebenarnya dari tahun 2009 lagi doctor dah beritahu yang aku memang dah ada sikit sign mengenai darah tinggi namun ia masih lagi di border (belum mencapai kiraan darah tinggi yang sebenar) namun pada awal tahun 2011 baru ianya disahih kan..

                                 Kad bacaan tekanan darah aku!!! 


                       Bermula dari Januari (waktu disahkan) 2-3 kali dalam sebulan aku harus datang menerima rawatan dan counseling.Buat masa ini aku masih tidak mengambil sebarang ubat,ini kerana doctor sendiri tidak menggalak kan untuk aku bergantung dengan ubatan kerana faktor usia aku yang masih muda,jadi hanya aku kena pandai manage waktu tidur,makan dan sebagainya agar tekanan itu dapat dikurangkan.Sedih juga dihati bila mengenang nasib badan,mana tak nya,kawan2 lain semua seronok dok baham manakan2 yang best2 aku pulak dah start kena pantang itu ini.Tapi aku redha dengan apa juga dugaan ni..ada hikmah barangkali.
                   
P/S : Ada tak apa2 petua yang boleh korang suggest kat aku mengenai penyakit DARAH TINGGI ni??  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...