bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Saturday, November 20, 2010

THE DIO YEARS...


               Aku masih ingat lagi dalam sebuah rancangan musical tentang 'Heavy Metal Journey' yang mana mereka ada menyebut bahawa andaikata Black Sabbath tidak mampu menjana muzik hebat lagi (waktu ozzy telah dipecat) nescaya Judas Priest akan diangkat sebagai The Heavy Metal God.Tapi, no..no..no.. siapa Judas Priest untuk impikan tempat tu??
              Betul Black Sabbath memang hampir2 paralyze tatkala Ozzy dipecat akibat drug addicted yang beliau alami..tapi takkan kita semua lupa sejarah kot??takkan tak ingat sape yang masuk menggantikan Ozzy pada waktu itu??...ya..sang pemilik suara bagi album2 keramat Rainbow iaitu Ronnie James Dio.Kemasukan beliau ke dalam Black Sabbath umpama penyelamat dalam menyelamat kan kapal yang hampir karam.Memang tepat pemilihan beliau dalam menggantikan Ozzy yang pada itu mula mengorak langkah sebagai solo artist.
             Direksi muzik Black Sabbath yang terkenal dengan elemen2 Heavy Metal Doomy sikit demi sikit telah berubah tatkala Dio menjadi penjana pada kumpulan berkenaan.Ini dapat disaksikan dalam karya2 Black Sabbat dimana lirik2 yang bertemakan fiksyen2 mahupun fantasy mengambil alih konsep lirikal puitis kejam yang terkenal semasa Ozzy bersama mereka.Maka nya lahirlah album2 berstatus bintang dibuat antara nya Mob Rules,Dehumanizer dan album lonjatan nirwana karya mereka iaitu Heaven And Hell.

                                           sempat aku beli sebelum stock habis....rare ni   

           Album ini dirilis bagi memberitahu bahawa yang kini line up Black Sabbath akan bersepadu bersama Dio diatas tiket projek band The Heaven And Hell.Ada diantara rakan2 aku yang keliru tentang ini.So its a simple beb "Heaven And Hell" adalah album,manakala "The Heaven And Hell" adalah projek band bagi individu2 yang sama semasa merakam kan album "Heaven And Hell".Mereka tidak boleh menggunakan nama Black Sabbath ini kerana Ozzy masih lagi dinobat sebagai vocalist,makanya mereka guna lah nama The Heaven And Hell sebagai penyamaran.
          Album ni boleh lah dikatakan Greatest Hits semasa Dio bersama mereka.Diselit kan sebuah rakaman live manakala dihadiah kan 3 lagu baru (yang mana bunyi 3 lagu baru ini adalah trademark The Heaven And Hell).Jika anda mahu memanas kan badan sebelum memiliki atau menghadam seni2 yang ada pada album The Heaven And Hell 'The devil you know' ada baiknya korang layan dulu album selesktif ni sebagai pengenalan.
                                                       The Heaven And Hell     

               Pada mereka2 yang memang jinak dengan air tangan Dio makanya memang ini album yang harus anda jadikan rujukan muzik anda,namun pada yang sedikit condong pada aliran Ozzy album Black Sabbath 'The Ozzy Years' telah pun rilis. Selain dari The Devil You Know ini juga antara hasil karya terakhir Dio sebelum meninggal kan kita semua... 

       Tq Ronnie for your beautiful Art.....Long Live Rock N Roll!!!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...