Apa gelar yang mereka tak pernah dapat???? the best band??? the legend band??? semua pernah mereka dapat..dan masih berterusan penghargaan itu terhadap mereka..Ya, mereka adalah legenda rock Indonesia,mereka adalah jagoan bagi rakyat nya,mereka adalah suara bagi penggemarnya dan mereka adalah hero bagi Slankers semua.
Ini adalah studio album ke-16 bagi mereka yang telah diterbitkan pada tahun 2007.Aku secara peribadi cukup senang untuk mendengar lagu2 mereka,ini kerana mereka tiada menggunakan sound2 digital mahupun mengambil sebarang jenis software penambahan bunyi,mereka hanyalah kumpulan muzik yang benar2 jujur dengan asas mereka,bakat mereka,kreativiti mereka,lantas hanya bunyian straight rock yang mereka hadiah kan buat pecinta rock n roll tegar.
Album slow but sure ni begitu unik sekali pada pandangan aku,ianya kerana Slank yang dikenali dengan jolokan 'The Indonesia Rolling Stone' cuba berekperimentasi dengan mengubah vibe serta mood karya mereka pada album kali ini..mereka cuba bercatur dengan akustik yang lebih terarah kepada style Bob Dylan juga John Lennon.Lirikal mereka kali ini juga tidak terlalu keras bersuara namun lebih santai selari dengan terma akustik mereka.
1 selalu begitu
2 cinta?
3 sejak kau benci
4 break
5 intros
6 alon 2x asal klakon
7 me & Reny
8 slow but sure
9 sin city
10 my skooter love
11 lapindo
Aku memang tercari2 akan mana2 kumpulan yang mampu mencernakan karya2 mereka dengan jujur sekali,kumpulan ini pada aku adalah kumpulan yang benar2 telah mendapat fomula identiti mereka tanpa berselindung di sebalik idola nya.Aku belum jumpa lagi band dari tanahair yang mampu mengdoctrinkan hasil sebegini kepada umum,di Thailand mereka sudah punya Loso,namun kita???????

No comments:
Post a Comment