bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Thursday, November 4, 2010

choose..HEAVY METAL...or DIE!!!!


                        Aku rasa tak ramai geng2 seusia dengan aku yang punyai selera terhadap muzik2 dari tahun 80s-90s.Aku ni boleh lah kalau ada yang nak cakap ter stuck dengan era tu..hahahaha.Serius,..Sebenarnya aku tak nak jadi hipokrit,so biar lah aku cerita sikit tentang tasted songsang aku ni.Waktu tahun 2000 dulu aku masih lagi bersekolah.Bohong lah kalau aku cakap aku langsung tak terjebak dengan trend muzik global waktu tu.Masa tu seingat aku genre New Age Metal betul2 tengah panas..nama2 band macam Limp biz kit juga linkin park sampailah ke papa roach hingga ke Godsmack semua tu penah menjadi siulan aku.
                       Masih hijau lagi kat memory aku,waktu band2 yang aku sebut tadi tengah top,habis semua geng2 sekolah aku dok sibuk kumpul duit beli topi yang berulis NY..yang duduk kat ceruk kampung kerinchi sampailah ke penghuni rumah flat PPRT semua dok sibuk pakai topi NEW YORK tu..hahaha.Tapi selepas aku berkenalan dengan seorang rakan aku yang cukup2 karib benda ni semua dah jadi kenangan.


                      Aku yang sememangnya tercari2 muzik yang boleh bagi satu keterujaan dalam hidup telah pun dikenalkan oleh sahabat aku ni.Maka bermula dari waktu itu tiada lagi topi NY,tiada lagi LINKIN PARK semuanya seolah bertukar terus.DEEP PURLPLE dan BLACK SABBATH telah menjadi satu yang cukup unik didalam hati muda aku.Pencarian demi pencarian terhadap band2 sebegini terus aku cari.Maka nya nama2 seperti Whitesnake,Led Zeppelin,Rainbow,Rising Force,GnR,Motley Crue dan beribu lagi telah menemani waktu pembesaran ku.

                                                         Steve Vai & Coverdale 

                                Yang menarik nya bila diimbas kenangan lampau ni,boleh kata semua rakan sekolah lain dok sibuk fikir pasal awek mahupun exam tapi aku dengan kawan aku tadi dok sibuk bincang pasal band2 ni.Rasa kegilaan ni mula terus menular bila dah lepak dengan kawan2 yang memang rebel habis attitude dorang.Mereka2 ini lah penggerak2 metal yang selalu menular di area bowling kawasan mid valley sekitar tahun 2002 dulu.Melalui mereka ni lah maka satu lagi irama keras yang cukup lekat di hati..METAL....




                
                       Jadi dari Norwegian Black Metal sampailah sehuru hara Britain Grindcore dah menjadi setlist aku.Kawan2 aku ni ada diantara mereka masih lagi tegar memegang panji dan ada juga diantara nya tumbang dek pukulan pangkat dan wanita..hahahaha..tapi pada aku sendiri muzik sebegini memang dah jadi satu yang harus untuk aku.Aku jadikan ia sebagai therapy selepas seharian penat mencari rezeki,aku jadi kan ia consultant waktu aku dalam kebimbangan dan aku jadi kan dia friend waktu aku kebosanan.
                      Tapi tak semua nya.Mana yang lekat kat otak tu jelah yang aku dengar.Maka nya semua sentuhan rock/metal 80s mahupun 90s memang akan ada dengan aku sampai bila2..
                               

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...