bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Saturday, November 13, 2010

GET THRASHED...


               Dokumentari ni rasa nya dah hampir 2 tahun jugak dalam simpanan aku.Benda yang memang aku akan tonton kalau aku ada masa terluang.OK..ini adalah sebuah dokumentari tentang perjalanan muzik yang paling berpengaruh pada 80an iaitu Thrash Metal.Ianya bukan portfolio murahan untuk tatapan kita tapi ia adalah hasil dari monumen2 yang dikumpul,dikaji dan diselidik dengan cukup rapi lantas dijadikan dokumentasi visual.
              Ianya menarik kerana ia memaparkan perkembangan muzik berkenaan,dimana plot cerita dimulakan dengan bagaimana kumpulan2 seperti Black Sabbath,Judas Priest mahupun Iron Maiden mempengaruhi anak2 muda (waktu itu) untuk menubuhkan kumpulan mereka sendiri.Ini diikuti dengan permulaan Thrash Metal serta mereka menghighlight kan band2 gergasi Thrash sebagai pengetahuan kita.
              Pelbagai band yang boleh kita lihat semasa demam Thrash sedang menular waktu itu.Dari gergasi2 THE BIG FOUR seperti Metallica,Megadeth,Antrax dan Slayer hinggalah band2 seperti Possessed,Hirax Dark Angel,Whiplash,Hallow eve,Exciter,Nasty Savage,Razor,Sacrifice,Prong dan Carnivore juga disertakan bagi melengkap kan perjalanan dokumentari ini.Ianya dilampir dengan cukup kemas dimana setiap band2 yang dipaparkan akan diberi komentar mengenai band tersebut mahupun album2 yang mereka terbit kan..arghhh..ini bukan calang2 punya dokumentari beb..

   Selain itu juga mereka melampirkan sejarah2 tentang scene Thrash Metal seperti L.A scene, New York scene,Bay Area Thrash,Germany Thrash Attack dan puluhan cerita menarik sehingga ke sejarah mengadakan konsert terulung Thrash Metal iaitu Clash Of the Titan. 
     Pandangan dari band2 metal baru juga diambil. Mereka ditanyakan tentang betapa besarnya impak kumpulan2 Thrash ini memonopoli karier muzik mereka.Antara kumpulan2 baru yang ditemuramah ialah Shadows Fall,Lamb Of God,Slipknot,In Flame,Hatebreed. 
     Kalau dah band2 muda pun bagi pendapat mustahil lah otai2 Thrash ni tak kena interview.Ada beberapa Thrash Metalhead juga ditemuramah bagi mendengar dari mulut mereka sendiri yang terlibat secara langsung pada waktu itu.Antara nya ialah Mille Petrozza (Kreator),Scott Ian (Antrax),Tom araya & Kerry King (Slayer),Danny Ulker (Nuclear Assault),Blitz (Overkill) Chuck Billy (testament) dan ramai lagi lah mereka2 yang bergelar Thrash Metal Maniax ni.

      Dilengkap kan lagi plot cerita dimana terdapat juga cerita tentang Fan.Moshpit,Fashion dan code bagi penggemar2 Thrash ini berpakaian.Cukup lengkap semuanya diceritakan.
       Keseronokan bila menonton DVD ni ialah gambar2 klasik yang ditunjuk antara nya rakaman2 live,gambar2 kedai kaset yang menjadi tempat pencarian stuff metal ketika itu,koleksi demo2 terawal band2 Thrash yang masih disimpan oleh peminat(aku rasa band tu pun dah takde simpan) dan macam2 lagi dari patches hingga kan button semua ada untuk dijadikan tatapan anda yang bergelar Thrasher.   


                     Individu2 luar yang pernah mahupun masih menyokong pada genre ini seperti Charles Florio (Thrash Metal Historian),Ian Christe (Author-sound of the beast),Tod Gordon (Torrid Record) Rich Bienstock (Guitar World Magazine) Jon & Marsha Zazula (ex-Megaforce Record)Opie (Metal Dj) dan ramai lagi turut berkongsi pengalaman mereka yang telah menjadi saksi seumur hidup dalam kegemilangan dan sejarah hebat Thrash Metal. 
                    Aku recommend pada sesapa yang pernah merasai ketaksuban genre ini mahupun pada yang sesiapa baru nak bertatih dekat dengan genre Thrash untuk mendapatkan DVD ni.Takkan sampai mati kita nak layan Thrash Band yang Famous je,ada lagi yang hebat2 yang boleh kita layan.Pada mat2 Thrash muda yang sekarang ni dok sibuk recycled balik cultured ni aku rasa korang juga harus ada DVD ni..kalau korang sampai sekarang ni masih tak tau kewujudan DVD ni ada lebih baik korang potong je rambut korang tu dan start layan lagu pop yeh yeh....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...