bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)
BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!
Saturday, January 28, 2012
DIED "Floridian Death Metal"
Unik...itu yang terdetik difikiran tatkala kaset band ni mula mengeluarkan bunyinya di radio cap ayam aku.Mana tidaknya,ia adalah sebuah hasil seni dari sekumpulan peminat fanatik yang menubuhkan kumpulan mereka yang mana bukan saja mirip bunyi mahupun nama namun sampai logo2 sekali dia rembat.Aku pernah mendengar istilah cover band sebelum ni,aku pernah mendengar akan band yang mana ia ditubuhkan semata2 kecintaan mereka pada gergasi pop The Beatles dan aku juga pernah diberitahu ada sebuah band yang dianggotai wanita yang menjadi special cover band kepada Iron Maiden bahkan pernah aku terbaca juga ada band Metal di German yang ditubuhkan semata2 untuk memainkan lagu2 dari pioneer Black Metal dari Temasik iaitu As-sahar tapi tu semua luar negara punya al-kisah.Di Malaysia aku tak pasti ada mahupun tidak band2 yang sebegitu.
Positifnya band sebegini adalah keJUJURAN mereka terhadap satu2 kumpulan yang mereka puja.Walaupun dari sudut yang tepat ia bukan langkah yang wajar,namun macam yang aku sebutkan tadi JUJUR itu lebih tinggi nilainya dari anda berbohong mengatakan bahawa band anda itu sungguh "original & Truely" namun hakikat nya hanya hebat copy & paste band yang korang minat...jadi lebih baik ikut jejak DIED ni sekurang kurang pendengar tahu ia adalah sebuah cover band bagi lagenda DEATH METAL iaitu kumpulan DEATH .
Berbalik pada keluaran ini,ia dikeluarkan oleh label Eastern Myth Record.Kalau tak salah rilisan ini dikeluarkan dengan cukup limited iaitu sebanyak 25 keping kaset sahaja dan dianggap sebagai bahan pra-dengar (pre-listening) kepada umum akan kemampuan mereka sebelum sesuatu yang special bakal mereka riliskan nanti.Pendapat aku tidak ada apa yang mampu dibuktikan lagi,sememangnya individu2 disebalik nama DIED ni adalah mereka2 yang cukup kita kenali dalam seni gelanggang acuan Death Metal tempatan,ada diantara mereka pernah menjadi engineer dalam kumpulan gergasi Death Metal kebanggaan negeri Perak khususnya dan Malaysia umumnya iaitu LANGSUYR.
Bila cerita mengenai DEATH teringat aku pada satu gig tribute kepada mendiang Chuck Schuldiner (Vocalis+Guitarist bagi kumpulan DEATH) dimana gig yang berlangsung pada tahun 2009 itu menyaksikan beberapa band membawakan lagu2 saduran dari DEATH,dan melalui gig itulah pertama kalinya aku menyaksikan BRAIN DEAD (Lagenda Death Metal Taiping) beraksi selepas siri reunion mereka.Namun sayang kalau tak salah ketika itu Brain Dead hanya membawa beberapa sahaja lagu2 saduran dari DEATH selebihnya mereka lebih selesa memainkan lagu2 dari MORBID ANGEL.Oleh sebab itu aku terfikir sejenak,alangkah baiknya jika DIED ni ditubuhkan awal dan dapat bermain pada gig berkenaan kerana aku cukup yakin dan pasti jika DIED terlibat pada gig itu maka merekalah hero dimata fanatik2 DEATH yang hadir pada gig berkenaan.
Dalam siri keluaran ni DIED mempersembahkan 3 track yang segar dengan style & look Death Metal yang mereka dukung melalui idolanya.Trak seperti mutilated,Floridian Death Metal mahupun Die In Pain pasti memaksa anda untuk rewind semula tali kaset anda hahahahaha..
untuk mengetahui aktiviti DIED korang boleh berhubung melalui link di bawah:
http://www.facebook.com/pages/DIED/183776411667089
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



hail's..\\m//
ReplyDeleteHailz Shazwie !!!
Delete