bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Saturday, February 4, 2012

RATOR 'Live Possessed 2010" dvd/vcd

        Rator...sebuah nama yang tidak asing lagi jika anda adalah peminat aliran Thrash tempatan dan lebih eksklusif kiranya anda adalah watak2 utama tatkala music itu sedang berkembang mencari tapak dipersada industri music tempatan.Aku mungkin masih kecil lagi tatkala mereka masih aktif,namun dari segala penceritaan akan kehebatan mereka kerap aku dengar.Bahkan dalam majalah music juga sering diceritakan akan IMPAK dari music mereka.Manakan tidaknya hanya berbekalkan sebuah demo yang cukup nexro (sound rabak!!) mereka mampu membuka mata dunia luar bahawa Malaysia juga punya movement dalam industri Metal berat...kalau band yang sebesar Beherit pun mengaku terasuk dengan demo berkenaan jadi siapa pula kita nak nafikannya??
        Jadi bermula dari situ terdetik juga dihati andaikata dapat berpeluang menyaksikan mereka bermain Live sebelum masing2 gantung instrument.Dan impian itu terlaksana tatkala awal tahun 2010 menyaksikan Rator sudah cukup sedia untuk bertemu dengan mereka2 yang mahu melihat kembali hiruk pikuk mereka mengahancurkan pentas.
       Jadi tarikh 30 january 2010 menjadi satu memory buat pecinta music keras generasi baru seperti aku bilamana Rator telah melunaskan segalanya pada malam itu dan menghiburkan ratusan mata2 yang tidak berkelip menyaksikan aksi mereka.

                                                               VCD
        
                Kenangan malam itu cukup bermakna bilamana ada insan yang sudi merakamkan nya dalam bentuk VCD ni,ia dirakam dan diedarkan secara do it yourself  dan kalau tak salah rakaman dibuat hanya melalui sebuah telephone bimbit (rasanyalah) memandangkan kualiti rakaman yang betul2 hancuss..tapi walaupun begitu,ia tetap menarik kerana baru betul Rator ye tak??..kalau nak kan kualiti yang crystal clean korang bikin lah sendiri..hahahaha

track:

  1. Spell From Fire
  2. Possessed
  3. Holy Sacrifice
  4. Hati Syaitan (cover SYJ)
  5. Blasphemer (cover SODOM)
  6. Outbreak Of Evil (cover SODOM)
  7. Satan Slave
  8. Antichrist War
  9. Countess Bathory (cover VENOM) 


                                                           DVD

                   Setahun selepas itu (2011) terjumpa pula aku akan DVD ni,sekali lagi aku ucapkan jutaan terima kasih pada pihak yang merakamkannya.Kualiti bunyi dan gambar adalah jauh lebih berkualiti berbanding vcd tadi.Dan Istimewanya ia ditampilkan sekali rakaman live bagi band2 yang menjadi opening kepada Rator pada malam itu iaitu DCA,Neftaraka,Infrnal Void dan Silent Death..menarik bukan??
                   Kedua2 versi ni aku akan simpan sebaik mungkin sebagai kenangan menyaksikan Rator beraksi.Dan boleh dijadikan rujukan pada masa mendatang.Aku tak pasti samada ia masih ada atau tidak dipasaran.Tapi untuk versi DVD ni kalian boleh check video rakamannya melalui youtube..
         

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...