bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Monday, January 3, 2011

chronicle live of 2010

                         Tahun 2010 dah pun berlalu walaupun aku rasa macam baru semalam je 2010 ni menjengah. Sekarang ni masa cepat betul berjalan.Antara sedar atau tak tahun tetap jugak berganti.Aku meninggalkan tahun 2010 dengan 1001 cerita.Ada yang best dan ada yang tak.Macam2 dugaan dan cabaran.Aku redha je dengan apa yang dah terjadi.Harap tahun 2011 ni lebih sempurna lah buat hidup aku.Ok..itu cerita pasal aku..macam mana pulak dengan impian aku??..yes impian aku untuk melihat gergasi2 metal untuk beraksi boleh dikatakan telah tercapai..ya..tahun 2010 memberi seribu kepuasan untuk aku dalam segi keinginan untuk menyaksikan persembahan live lagenda2 metal di Malaysia..disini aku cuba buat sedikit catitan2 berkenaan show yang aku lihat dalam tahun 2010.


        Pengkabaran yang menyatakan lagenda Thrash Metal Malaysia ini iaitu RATOR telah di realisasikan pada 30 january 2010.Sebuah event wajib tonton bagi generasi seperti aku yang tidak dapat melihat kehebatan mereka satu ketika dulu.

                                                                         RATOR

           Selain dari RATOR,keistimewaan gig ini ialah dimana aku dapat menyaksikan persembahan sulung dari lagenda Death Metal iatu SILENT DEATH yang telah lama hilang dan muncul semula bersama vocalist asal mereka iaitu bro STONE

                                                        SILENT DEATH 

         Memang cukup seronok bilamana menyaksikan lagenda2 yang sebelum ni sekadar dengar je kehebatan mereka,namun sekarang dah dapat menilai kemampuan mereka kerana aku turut menjadi saksi pada malam berkenaan.

                 Pada 7 march pula telah berlangsung sebuah gig yang mana menampilkan sekali lagi SILENT DEATH sebagai HEAD LINER bagi event tersebut.Disamping beberapa buah band lagi dengan pelbagai genre antaranya Mistik (extreme metal),Antacid (thrash metal)al azazil (black metal) reaper (thrash metal) selain beberapa lagi band terlibat.

             Gig yang boleh dikatakan diantara series yang paling berjaya setakat ini 'KL METALCAMP 3' yang telah berlangsung buat pertama kalinya di 1 pub cafe,jika sebelum ini dua siri sebelum nya berlangsung di dewan MCPA.Kehebatan siri ke-3 KL METALCAMP ini dapat dirasai melalui setlist persembahan dari band yang diundang.Kalau sebelum ini Istidraj (black metal from Spore) pernah mengisi slot METALCAMP yang pertama,namun kali ini lebih banyak band luar yang beraksi antaranya Tormentress (s'pore),Purgatory (Thai),Jasad (Indon) dan jaguh death metal dari negara matahari terbit iaitu Defiled (Japan).
          Selain itu keistimewaan kali ini ialah penganjur telah sedaya upaya cuba mengumpulkan semula nama2 yang hebat dalam sirkit metal kita seperti Reunion METALASIA (original line up) dan paling dinantikan tidak lain dan tidak bukan kumpulan  PUNISHER dan PICAGARI.Sekali lagi peluang untuk menyaksikan jentera lama beraksi dah tertunai.


            Setelah menyaksikan RATOR,SILENT DEATH,PICAGARI dan PUNISHER,terdetik juga dihati, alangkah indah nya manuskrip tahun 2010 ni kalau aku dapat menyaksikan lagenda Black Metal kita iaitu kumpulan  BLACKFIRE beraksi.Aku sempat berbual dengan rakan menyatakan dengan harapan KL METALCAMP 4 dapat lah diundang BLACKFIRE beraksi.Namun tidak perlu hingga tahun hadapan.Selang beberapa bulan sahaja rumor tentang lagenda Black Metal ini bahawa mereka sudah sedia untuk ke pentas semula kuat menyerang dalam laman sosial facebook.
            Persiapan cuti dibuat lebih awal.Aku tak nak terlepas peluang ni,BLACKFIRE hanyalah sebuah nama yang aku kenal melaui bacaan dan cerita2 orang.Kali ni apapun aku mesti nak tengok mereka beraksi.Dan pada tarikh 1/8/2010 tercipta lah lagi satu sejarah yang indah dalam hidup aku bilamana dapat menyaksikan mereka beraksi di VOKILL FEST.
                                                                BLACKFIRE  
             
             Walaupun hanya menampil kan Azmi sahaja sebagai anggota asal namun itu sahaja sudah cukup buat aku yang memang nak sangat melihat BLACKFIRE untuk beraksi semula.Ini adalah penglaman yang paling berharga dan terindah sekali dalam hidup aku.Kalau sebelum ini hanya mengenali melalui cerita dan hanya mendengar album mereka sahaja namun sekarang aku dah mampu tersenyum sebab aku sendiri sudah menyaksikan mereka berkonsert.


            Konsert mini reunion kumpulan meditasi yang berlangsung pada 24 november lepas ada aku review sebelum ni.Antara seleksi konsert yang melengkap kan lagi diary 2010 aku.Selain yang extreme yang Hard Rock layan jugak.


            Dan ini adalah show penutup buat tahun ni.Konsert ni pun ada aku review dalam posting yang lepas. Sebuah konsert yang cukup best dari semua segi.Berbaloi lah pelaburan yang dibuat.Pendek kata 2010 ni cukup indah jugak lah sebab semua kesempatan yang aku sebut tadi dapat jugak aku realisasikan.Aku tak pasti samada tahun 2011 ni apakah tahun yang istimewa untuk aku ataupun tak.Harap2 ada lagi lah benda2 menarik yang dapat aku explore pada tahun 2011 ni.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...