Apa yang boleh diceritakan lagi??aku rasa tak payah satu mukadimah panjang lebar mengenai nama ni.Dari si tua bangka sampailah ke budak kecik yang baru nak kenal dunia muzik pun tahu akan kewujudan band ni.Cakap lah apa jugak tentang band ni..'too mainstream' ke 'too commercial' ke atau korang boleh cakap 'fuck to them' akibat terlalu marah dengan idea2 mereka yang pernah curang lantas meninggalkan tradisi Thrash Metal sebenar satu ketika dulu..mahupun apapun lah..tapi apa yang pasti kata2 korang tu memang takde kesan pada mereka.Hilang 10 orang peminat lama,mereka akan mencipta 100 peminat baru sebagai fan based.Sebab tulah sampai hari ni pun mereka masih mampu mengeluarkan album.hahaha..padan muka korang yang terlalu statik dengan pegangan muzik tanpa mahu menoleh hadapan.
Ride The Lightning ni adalah album yang paling aku minat.Sebenarnya aku memang obses dengan karya2 mereka iaitu sebelum lahirnya The Black Album.Tapi tak tau lah..yang satu ni cukup aku minat.Dan aku berani cakap yang asuhan muzik mereka ni lebih liar dari album Kill em All.Oleh sebab tu makanya entry ini dibuat atas dasar cuba menerokai segenap apa juga yang terzahir bukan sekadar hangguk kepala sahaja.
Ini adalah wadah kedua selepas sukses melestarikan material yang cukup besar impak nya dalam dunia Heavy Metal/Thrash Metal 80an dulu.Jika diamati Kill em All yang begitu sukses pun masih tidak terkesan oleh mereka.Ini kerana masih ada lagu2 didalam album itu yang di cipta oleh guitarist asal mereka yang pernah juga menjadi musuh no 1 dorang iaitu Dave Mustaine (Megadeth).Bahkan Dave Mustaine sendiri ada mengeluarkan komen yang menyatakan Metallica adalah band yang bacul kerana tidak mampu mencipta lagu sendiri dan hanya menggunakan lagu beliau sebagai loncatan untuk kemasyuran.
So,mungkin bengang dengan kenyataan berkenaan (barangkali..hehehe) makanya album ini dikeluarkan pada tahun 1984 dengan cukup hebat.Bukan hebat dari segi lagu namun ia dilengkapi dengan lyric yang lebih mudah difahami dan teratur selain dilengkapi dengan barisan line up yang cukup kuat untuk merobek apa saja yang menghalang perjalanan karier mereka.Ya..didalam album ini 100% hasil dari mereka. Hanya menampil kan dua sahaja lagu yang datang nya dari Mustaine (itupun kerana lagu terbabit tidak dimuat dalam album pertama).Selain nya kita dapat mendengar riff2 liar..tidak lagi straight forward seperti sebelumnya namun lebih kepada heavy riffing,mid tempo and speed riffing,jamm and heavy jamm.
Ianya cukup catchy.Bukan semua band mampu membuat sesuatu muzik dalam bentuk jujur serta bersahaja dan yang lebih penting hasil nya cukup SEMPURNA bentuknya.Ini mereka buktikan melalui album kedua mereka.
Pada aku,magik album ni adalah terzahir kerana pada waktu itu mereka punyai satu team yang cukup kuat.Mana mungkin Megadeth mampu menandingi mereka kerana dalam Megadeth hanya ada Dave Mustaine sahaja sebagai doktor @ dominator,dan sedangkan Metallica pula mampu menggerak kan semua line up mereka.Makanya mereka mempunyai 4 orang doktor kat dalam band.Hey..takyah nak pertikai kemampuan kirk hammet ok..memang lah dia tak boleh nak pukul Dave Mustaine tapi sebenarnya Metallica memang harus ada guitarist yang limited skill nya untuk balance pada muzik speed/heavy dorang. Cuba kita bayang apa akan jadi kalau Dave Mustaine still ada dengan dorang apa yang akan jadi?? sah2 lah kita takkan dapat layan album yang macam Master of Puppet tu kan..dan pemuja Megadeth pula takkan dapat dengar album sebab Mustaine masih dalam Metallica.
antara material album ni yang sempat aku beli
Track album :
- fight fire with fire
- ride the lightning
- for whom the bell tolls
- fade to black
- trappen under ice
- escape
- creeping death
- the call of ktulu



the call of ktulu dgn ride the lightning tu adalah dr dave mustaine laa bro.. cuba check balik..hehehehe
ReplyDeleteyes bro..tp tu smua sbb xdpt nk msk dlm first album..then music company yg taruk dua lg song tu..dua2 lgu tu mmg dh dibuat ms dorg rilis demo track punk compilation lg (metal massacre).. pastu over track plk dlm kill em all..so mau atau x dua track tu ttp tlepas msk skali..yg saya mksudkan disini ialah seleksi lgu yg metallica buat mampu dlm album ni adalah lbh tggi jika nk dibanding kan 2 track berkenaan.. tarck 1,3,5 dan 7 bukan kah lbh tggi estetik nya dr track 2 dan 8???itu mksd saya..btw thank 4 your comment bro..
ReplyDeletetak dinafikan ini album paling best dorang...salah satu all time fav. aku...terbaik!!!
ReplyDeletetapi aku adalah salah seorg yg "terlalu statik dengan pegangan muzik tanpa mahu menoleh hadapan"...heheh...maka album2 selepas AJFL bukanlah lagi sesuatu yang kena ngan selera aku...hihi
Kadang2 Master of Puppets macam lagi best dari album ni....sama best.
ReplyDeleteAntara album terbaik metallica
ReplyDelete