gambar depan..ala2 president
Album ni dirilis pada tahun 1998..sebelum aku review ada baik kita singkap sikit perihal Indonesia pada tahun tersebut.Sekitar 1996 dan keatas,Indonesia secara menyeluruh mengalami masalah dalam sosio ekonomi yang disebabkan oleh pemerintah2 mereka.Tatkala itu Inflasi yang terlalu tinggi akibat dari ketidak stabilan politik menyebabkan rakyat mereka cukup tertekan dan sengsara.Kita boleh lihat pada masa itu juga satu president ke satu president telah bertukar ganti dan tidak dapat memegang lama jawatan mereka.Demonstrasi jalanan,rusuhan dan sebagainya menjadi rutin pada waktu itu sebagai tanda protes rakyat kepada pemimpin yang menyulitkan kehidupan aman mereka.
Kenapa aku menyentuh perihal TEKANAN POLITIK Indonesia??..ini kerana album ni adalah album yang pada aku masuk dalam kategori tipikal provok.Lihat sahaja gambar2 yang terkandung,semuanya menggambarkan aksi2 politik yang digambarkan sendiri oleh Dhani.Walaupun bukan semua lagu2 yang terkandung berbaur protes namun kesan dari isu itu tetap ada.
Bahagian belakang album
Album ni aku suka kerana variasi yang dibawa oleh Ahmad Dhani,dari genre Alternative Rock hingga lah ke Pop bahkan Jazz mayat pun ada.Mungkin eksperimentasi album bagi Dhani barangkali.Selain itu album ni tidak ada bunyi bunyian digital kalau ada pun terlalu terhad,yang lebih menarik kesemua lagu dalam album ni tak kiralah samada yang Rock ataupun tidak ianya dimain dengan set Drum Vintage,teori penggunaan Drum Vintage aku tahu dia curi teori dari band pujaan dia iaitu Queen.
Lagak seolah seperti ahli politik yang diwawancara
Rasanya tak ramai yang tahu perihal album ni,bahkan aku jamin peminat2 baru Ahmad Dhani sekalipun pasti hanya tahu yang Dhani itu DEWA19 dan DEWA19 itu adalah Dhani,tapi walaupun tak semua tahu tentang album ni,tapi aku yakin salah satu lagu dalam album ni pasti ada yang tahu,kerana lagu tersebut adalah paling menonjol berbanding lagu yang lain,bahkan telah menjadi lagu anthem buat Dhani sendiri tatkala menjayakan sebarang konsert tidak kira bersama DEWA ataupun lain2 band projeknya...lagu tu ialah lagu "Aku Cinta Kau & Dia".Lagu ini telah diulang bawa oleh semua band2 yang di tunjangi oleh Ahmad Dhani,namun secara rasmi ianya adalah lagu yang dipetik dari album ini.
Bahagian dalam album
Album ni bukan lah terbaik,namun ia tetap menarik kerana ia dizahirkan oleh bukan sebarangan pemuzik,ia dilahirkan oleh manusia yang digelar musician genius dari Indonesia..bahkan ada yang menggelar Dhani ni sebagai Indonesia song machine kerana kehebatan beliau mencipta deretan lagu2 yang menarik dan hits.Yang lebih istimewa kerana album ni dicipta saat Dhani masih lagi humble,masih lagi seorang music maker yang sanggup struggle demi music bukan seperti sekarang ni.
Track
- Distorsi
- Dimensi
- Bidadari Di Kesunyian
- Sudah
- Dunia Lelaki
- Rahasia
- Impotent
- Aku Cinta Kau & Dia
- Interupsi
- Gairah Tak Biasa
- ODE buat Extrimist




aku suka Ahmad Dhani sebab cinta dia pada puisi Rumi dan tokoh sufi yang lain..
ReplyDeletep.s: album ni belum dengar..
dia mmg taksub dgn aliran sufi,tapi aku minat bkn dr segi tu,aku lbh minat pada arrangement setiap lagu yg dia buat sdiri..album ni lu still boleh dapat kan melalui agen2 kedai dewa19 di Msia bro
ReplyDeleteTq for your comment,visit n follow this blog bro!!