bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Saturday, May 25, 2013

Heaven & Hell Live at Radio City Music Hall

                Sementara line internet tengah cemerlang pagi2 buta ni rasanya elok juga kalau dicampak satu posting baru untuk dibaca dari bersawang blog ni tanpa sebarang new update..hahaha


           Jika ditahun 2006 Radio City Music Hall (RCMH) yang bertempat di New York telah menyaksikan Dream Theater menyambut ulangtahun ke-20 (dirakam dalam dvd yang bertajuk "Score" jika tak salah) maka ditahun 2007 pula sekali lagi bertempat di RCMH menyaksikan pula wajah2 yang pernah mendominasi genre Heavy Metal lama kembali beraksi sebagai band yang dipanggil HEAVEN & HELL
           HEAVEN & HELL yang dianggotai oleh mereka2 yang pernah/masih memegang jawatan eksekutif didalam kumpulan BLACK SABBATH ini cuba mewarnai semula jalur music yang pernah meraka juarai ketika lewat 70'an dahulu dan ia sampaikan dalam look yang moden.Band projek ni diwujudkan sebagai satu signal bahawa karya2 didalam album BLACK SABBATH seperti "Heaven and Hell","Mob Rules" mahupun "Dehumanizer" masih lagi punya pengaruh.
            Maka bertempat di RCMH satu konsert live telah dibuat sebagai memberitahu bahawa mereka masih hidup dan cukup sedia untuk rockin diatas tiket Heaven & Hell...macam yang aku sebutkan tadi bahawa line up band ini adalah muka2 yang pernah ada dalam BLACK SABBATH maka hampir 100% lagu yang dibawa oleh band ini semasa beraksi adalah lagu2 yang dipetik dari band lagenda berkenaan (lagu2 yang mendiang Dio nyanyikan dalam Black Sabbath).


                 Persembahan mereka hebat dan tight almaklumlah sejarah setiap line up dalam band ni pun bukan calang2 kan...Mendiang Dio antara karekter yang membuatkan show ni kelihatan cukup hidup,boleh nampak betapa happy nya dia semasa show ni sebabnya seperti yang beliau pernah sebut dalam beberapa interview yang dia sendiri tidak percaya yang dia akan diberi sekali lagi peluang untuk duduk dan bekerja dengan rakan2 lama yang pernah menciptakan magis pada album 'Heaven and Hell' pada tahun 1979 dahulu maka tidak heranlah kalau mendiang nampak begitu bersemangat sekali dalam konsert ni.
                 Toni Iommi dan Geezer Butler seperti yang kita tahu karekter mereka ni sempoi je masa show senyum pun tidak berinteraksi dengan crowd pun tidak sebab masing2 lebih selesa bermain instrument dan dalam bab2 yang lain serahkan je dekat Dio sebab dia lebih arif dan sajak dalam bab interaksi ni.Vinny Appice pula adalah drummer bagi band ni.Beliau mula berkhidmat semasa dalam recording bagi album "Dehumanizer" pada tahun 1991/92.Dan khidmat bakti beliau sekali lagi diguna bagi project band Heaven & Hell.Pada malam tu beliau menggunakan drum set yang sama digunakan oleh mendiang Cozy Powell semasa dalam Black Sabbath dulu,tapi sayang seribu kali sayang hanya drum set sahaja yang sama namun permainan Vinny Appice adalah jauh panggang dari api kalau nak dibanding dengan mendiang Cozy Powell.Tak tahulah apa sebab dan musababnya permainan beliau malam tu cukup hambar,dan lebih teruk beliau tidak dibuang dan diberi kepercayaan pula untuk merakam album tunggal band ni iaitu "The Devil You Know"..heran betul..
              Apapun dvd ni cukup seronok untuk dilayan pada waktu2 yang bosan dan tak tahu nak buat apa.Sebabnya ia bukanlah konsert dimana terdapatnya lagu2 bosan dalam album "The Devil You Know" tapi adalah lagu2 yang berstatus masterpiece bagi BLACK SABBATH dizaman Dio yang menjadi vocalist.

Track :

  1. E5150/After All (The Dead)
  2. The Mob Rules
  3. Children Of The Sea
  4. Lady Evil
  5. I
  6. The Sign Of Southern Cross
  7. Voodoo
  8. The Devil Cried
  9. Computer God
  10. Falling Off The Edge of The World
  11. Shadow of The Wind
  12. Die Young
  13. Heaven And Hell
  14. Lonely Is The World
  15. Neon Night

1 comment:

  1. Falling of the edge of the world dahsyat best
    Heaven and hell live memang unforgettable. Sabbath terbaik pada aku

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...