Antara salah satu entri dari saki baki tahun 2013 yang tak keluar2 dari draft dan hari ni baru di release dengan harapan boleh jadi bahan bacaan ringan korang (kalau masih ada readers yang sudi bacalah) pada hujung minggu ni..sebenarnya sekadar nak review saja pasal album baru geng2 rock tua miang ni tapi memandangkan biar nampak blog ni masih "still alive and well" maka celoteh2 sikitlah pasal band kesayangan ramai punkers dan metalhead dunia ni...let's gooooo....
Desas desus akan kelahiran album aftershock telahpun berlegar sekitar tahun 2010 lagi yang pada mana ketika itu Motorhead yang masih dalam tour menyatakan mereka masih ada beberapa lagi lagu untuk melengkapkan menjadi sebuah album baru (pre-aftershock)...Ini adalah album ke 21 dari lagenda Rock N Roll dari England ni..
Tinggalkan kejap pasal album baru ni dan kita jengah pula pasal kesihatan Lemmy...Jika tidak silap ketika album ni dikeluarkan Lemmy baru sahaja sembuh dari penyakit yang dia alami..dan atas sebab faktor itu banyak show yang terpaksa Motorhead batalkan.Melihat dari komen2 peminat di laman sosial mereka ramai yang bimbang jika apa2 yang akan terjadi pada Lemmy..andaikata ada perkara buruk kita bukan sahaja akan kehilangan satu figure besar dalam kancah music berat malahan Motorhead sendiri pasti dikebumikan.
Apa yang hebat sangat pasal Motorhead ni sampai ramai sangat yang bimbang apabila Lemmy dikatakan sedikit uzur pada tahun lepas??..lagu2 dia pun bukanlah jenis teknikal maut2 sangat kan??.......jawapan dia adalah Lemmy itu sendiri adalah satu simbol survival dalam music Rock N Roll.Beliau mengabdikan boleh kata hampir keseluruh hidup dan umur untuk mempersembahkan satu manifestasi Rock yang melangkaui zaman mahupun lapisan umur dan generasi.
Tidak pernah tunduk dengan kemahuan sesiapa walaupun nyawa jadi taruhan dan tidak pernah merasa beban walau terpaksa menumpang ke negara lain (German) asalkan Motorhead tidak pernah seinci pun berubah dengan prinsip yang mereka pegang.Dan ini menyebabkan kenapa everybody love Lemmy.Walaupun beliau adalah jenis keras kepala dan paling tak tahan adalah KECELUPARAN mulut namun dia adalah orang yang jenis menghormati karya2 band lain walaupun nyata Motorhead adalah jauh lebih bagus dari band yang dia dok puji2 tu.
Sekiranya anda pernah membeli dvd live mereka yang bertajuk 'Stage Fright' (rakaman live mereka pada tahun 2004-2005) yang mana pada disc kedua (kalau korang beli yang orilah hahaha) ada mempersembahkan sebuah rakaman2 belakang tabir ketika show itu berlangsung.Didalam rakaman tersebut dapat kita saksikan kakitangan2 yang bekerja ataupun crew yang mengiringi Motorhead ada diantara mereka yang telah berkhidmat dengan band ini lebih dari 30 tahun dan bila ditanya apa alasan mereka jawapan mereka hanya satu iaitu mereka cukup senang bermajikan dengan sebuah band yang menganggap orang sekeliling mereka (crew) bagai darah daging mereka sendiri bahkan jenama permainan terbesar dunia seperti LEGO juga sanggup mengeluarkan permainan khas yang dikeluarkan atas susuk tubuh personal2 Motorhead (klik sini )...menarik bukan??
koleksi aku yang tak seberapa
Berbalik pada Aftershock tadi ia merupakan sebuah album yang lahir tepat pada waktu,disaat ramai yang bimbang akan kesihatan Lemmy pada waktu itu namun sebaliknya pula berlaku.Motorhead membayar kegusaran seluruh peminat mereka menerusi album ini.Mendapat ulasan yang cukup positif dari seluruh pengulas2 music dunia dan aku sendiri berpendapat ia adalah antara album yang terbaik berbanding beberapa album mereka yang lepas.
Bila bercakap perihal album baru mereka kita tak payah nak susah2 meneka apa yang bakal ataupun akan dikeluarkan kerana Motorhead adalah satu2nya band didunia yang mana paksi trademark mereka adalah yang paling utuh...masih menggunapakai karya2 klasik dari lagenda pop The Beatles dan disajikan pula dengan terjemahan dalam rupa lagenda music Punk iaitu Ramones.

habis semua koleksi motorhead aku (yg juga tak seberapa) aku lelong pra dan pasca projek mega 2011 dulu... klu nak beli semula, mungkin cuma beli kompilasi sajalah
ReplyDeleteAftershock memang "unsangkarable". Tak disangka sebaik tu.
ReplyDeleteKo borak pasal Lemmy himself ialah symbol survival rock n roll spirit, memang terbaik la tulisan kau.