bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)
BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!
Sunday, May 4, 2014
Iron Curtain "Road To Hell"
Bila bercakap mengenai retro band ia memerlukan satu posting khas bagi membincangkan isu ini dengan lebih dalam.Namun untuk kali ni biarlah sekadar ulasan album saja.Jika kalian adalah pemerhati atau aktivis yang secara langsung atau tidak bagi pergerakan music bawah tanah pasti anda pernah mendengar atau membaca perihal kumpulan retro ini.Sekitar penghujung 90'an membawa keawal tahun 2000 didalam mana2 temuramah bersama band2 besar pastinya si editor akan bertanyakan kepada band tersebut perihal kemunculan kumpulan2 retro ini.Dimata penggerak u/g ketika itu boleh dikatakan AGAK kurang senang dengan kehadiran kumpulan2 sebegitu,kerana barangkali mereka menganggap kumpulan sebegini tidak lebih dan tidak kurang hanya cuba meniru lagenda2 terdahulu demi kepentingan karier music mereka....
Tapi itu mentaliti dizaman lewat 90'an,sekarang band2 sebegini bukan lagi sesuatu yang asing malahan karya2 mereka sudah mula memasuki jaringan2 besar dunia.Dikala band2 lagenda lebih berminat untuk TIDUR namun band2 retro ini lebih agressif mencipta nama walaupun idea mereka berasal dari lagenda2 besar genre tersebut.Sebagai contoh lihat bagaimana Hammerfall menjulang nama Heavy Metal diabad yang mana boleh dikatakan Heavy Metal bukan lagi satu trendy pada kebanyakkan anak2 muda....(korang paham ke tak paham apa yang aku tulis ni???hahaha)
Iron Curtain bolehlah dikatakan antara band retro yang agak menonjol.Melalui full length pertama mereka ini (Road To Hell) apabila ia menampakkan hasil.Berimejkan watak panglima Heavy Metal seperti Judas Priest,Alcatrazz,dan lain2 kugiran diera emas NWOBHM Iron Curtain adalah pemberi nafas baru pada genre sebegini.
Mendengar lagu2 mereka adakalanya seakan2 mendengar lagu2 dari RAINBOW mahupun IRON MAIDEN dan adakalanya seakan mereka menghidupkan semula karya2 lama dari kumpulan STEELER.Seronok sebenarnya bila mendengar karya2 sebegini.Almaklumlah disaat kumpulan2 Metal di seluruh dunia sedang menonjolkan permainan yang music yang laju dan berbelit2 namun tiba2 datang pula kelompok sebegini yang cuba berpatah balik kezaman dimana Heavy Metal itu adalah sesuatu yang mengasyikkan...menarik bukan?
Album yang dikeluarkan pada tahun 2012 ini telah di release dalam format kaset oleh label tempatan iaitu Basement Rekordz dengan harga RM9..murah bukan??dan lebih menarik setiap pembelian akan diberi poster bersaiz A4 secara percuma...tak payahlah bicara soal record store day atau sebagainya kalau RM9 pun susah nak keluar dari kocek...hahahaha jangan marah gurau je!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


kena rembat gak ni.. hehehe
ReplyDelete