bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Saturday, July 9, 2011

Tiket Dah Ada Dalam Tangan


                  Akhirnya kebimbangan sebab takut tak dapat tiket dah berakhir.Dua tiket untuk aku dengan lagi sorang kawan dah ada depan mata sekarang ni...tinggal nak apply cuti je lagi..harap2 lulus lah hendak nya.Bila bercerita tentang konsert LOUDNESS ni,ada baik nya juga kalau aku cerita pasal pengenalan aku dengan jenama dari NIPPON ni.
                   Masa di sekolah menengah dulu,ada seorang rakan yang cukup minat dengan style2 guitar dari Akira Takasaki ni,pendek kata semua solo dan riff dari Akira semua menjadi bahan cerita dia.So satu hari dia bagi lah aku dengar album Thunder In The East dan pada aku pula bagaimana??hmmm boleh lah..banyak riff2 dari corak VAN HALEN ada Akira selit kan dalam permainan dorang.
                   Taring nya LOUDNESS aku masih tak nampak lagi (masa tu) sehingga aku diberi pinjam sebuah kaset dari seorang rakan yang mana ianya adalah album LOUDNESS bersama vocalist mat salleh iaitu Mike Viscera(pernah bersama Malmsteendan album itu adalah album Soldier Of Fortune .Melalui album itu baru aku AKUI yang LOUDNESS memang lain dari mana2 Rock band asia yang seusia mereka.Aku minat semua lagu dalam album tu.Dan melalui album tu juga aku slow2 buka hati untuk telan semua karya2 lama mereka termasuk pada pasca Minoru Nihara .
                   Untuk konsert kali ni aku dah beli siap dah Tshirt LOUDNESS (punya lah semangat) untuk dipakai pada show tu nanti.Aku tahu mesti ramai yang pakai tshirt LOUDNESS yang celoreng2 merah putih tu kan??tapi aku tidak..aku benci dengan corak macam tu,kadang2 aku terfikir takda rasa macam badut ke kalau pakai tshirt macam tu??jadi aku hanya memakai tshirt LOUDNESS dari album Soldier Of Fortune yang tertera gambar askar yang dalam kanta senapang..kenapa Tshirt tu yang aku pilih??ianya simbolik pada cinta pertama aku dengan LOUDNESS....are u ready????

2 comments:

  1. Insyaallah bro..kalau ada rezeki melihat mereka review pasti menyusul

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...