bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Monday, June 4, 2012

Robert Plant & Alison Krauss "Rising Sand"


                Dua hari lepas aku ada bersembang dengan kawan aku Idham,aku bercerita mengenai Moq (ex-vocalist SEARCH dalam album 'selepas banjir') yang mampu menyanyikan lagu2 Led Zeppelin dengan baik (klik SINI dan SINI kalau nak tengok)..jadi dari hasil perbualan tu terdetik pula aku untuk review album ni yang dah bertahun juga dalam simpanan aku.
                 Secara peribadi aku bukanlah peminat kuat Led Zepp tapi satu yang cukup aku akui bahawa Robert Plant adalah antara vocalist Rock yang punya tone paling best pernah wujud.Selain Ian Gillan (Deep Purple) mahupun David Coverdale (Whitesnake) dia ni juga antara vocalist Rock paling aku suka.
                 Aku pun tak ingat rasional apa yang mendorong aku beli album ni.Sebab untuk pengetahuan korang album dia dengan minah cun ni adalah full album yang berkonsepkan Folk/Fushion blues yang sahih2 bukan aku punya bidang hahahahaha...


                 Jika tak salah album ni ada masuk dalam beberapa anugerah music dan menang (hmm..selera mat salleh memang susah nak teka)..pada sesiapa yang punyai sound system yang tiptop mungkin seronok juga lah layan album ni sebab korang boleh dengar overall instrument yang ada selain dari classic drum dan juga stand bass.Walau apapun aku tak berani nak beri jaminan kenikmatan yang paling maksimum pada korang untuk album ni kerana macam yang aku cakap tadi konsepnya adalah asing melainkan memang korang ada pendedahan dengan diksi2 music sebegitu..

  1. Rich Woman
  2. Killing The Blues
  3. Sister Rosetta Goes Before Us
  4. Polly Come Home
  5. Gone Gone Gone (Done Moved On) 
  6. Through The Mourning,Through The Night
  7. Please Read The Letter
  8. Trampled Rose
  9. Fortune Teller
  10. Stick With Me Baby
  11. Nothin'
  12. Let Your Loss Be Your Lesson
  13. Your Long Journey 

3 comments:

  1. aku sedih pasal cd ni sikit sebanyak aku rasa kacau Led Zep reunion world tour yang rumours banyak tu...
    Aku was like berangan...tiga ekor tu datang sini.

    ReplyDelete
  2. Led Zepp kalau datang sini pun time sekarang ni vocalist dia bukan orang tua ni lagi dah..penyanyi alter bridge yang nyanyi..bosan

    ReplyDelete
  3. arise from the grave Bonzo, let all be reunited again..hehe

    masa mula album ni keluar dulu, aku dapat rasa Robert Plant still kickin walaupun lagu2 dia agak mellow..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...