bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Sunday, November 7, 2010

WATAIN 'sworn to the dark'

      Ni adalah album studio ke 3 bagi band black metal Sweden yang ditubuh kan pada hujung 90an sewaktu band2 seperti dimmu borgir dan cradle of filth mula 'melacurkan' diri mereka diatas nama tiket extreme metal.Tapi lain pula dengan Watain ni sebab dorang masih tepu dengan jalur metal gelap sebenar jika nak dibanding dengan band2 black metal seusia mereka.
      Ok..cukup sesi pengenalan sekarang aku nak cerita tentang album dorang ni.Walaupun album ni dah berusia 3 tahun namun aku baru je dapat peluang membeli,al maklumlah duit kat poket ni memang kerap terbatas,so kalau nak mendengar pun hanyalah melalui you tube (saluran dekat di hati..hahaha). Album ni aku miliki dalam format tape,yang dirilis oleh label Evil Dead Prod. 
     Dua lagu pembukaan iaitu legion of the black light dan satan hunger adalah dua track pembuka yang cukup tight dari segi sound nya.Masih lagi belum goyah dengan style besi hitam modern.Kenapa aku cakap untuk dua lagu ni je???hahaha..sebab nya aku nak bagi tau yang lagu2 lain yang ada dalam album ni aku dapat hidu bau aroma dari Rotting christ album 'dead poem' cukup kuat merayau rayau dalam urat sendi setiap lagu ciptaan mereka.
                    Aku memang tak kisah dengan apa yang mereka buat,kalau kita tengok nama2 yang lebih veteran macam Satrycon dengan Immortal  pun dah mula sesat dalam pencarian untuk meneroka skop
muzik yang mereka dokong inikan pula band seperti Watain ni yang cuma meneruskan sisa2 tinggalan lampau.Album ni bukanlah sesuatu yang teruk,ia tetap menepati selera aku untuk terus mendengar namun andaikata lagu2 lain disuntik dengan elemen2 brutal yang asli barangkali lebih tepat.Ini kerana album 'Dead Poem' dari Rotting Christ' yang mereka ciplak ni adalah album dimana Rotting Christ dah mula mengidap penyakit sindrom 'hilang arah tuju'.Meraka dah mula nak berjinak2 dengan elemen folk metal.
                 Tapi aku masih mampu bagi gred sebanyak 4 bintang untuk album ni..

setlist track
1 legion of the black light
2 satan hunger
3 withershins (instrumental)
4 storm of the antichrist
5 the light that burn the sun
6 sworn to the dark
7 underneath the cenotaph
8 the serpent's Chalice
9 darkness and death
10 dead but dreaming (instrumental)
11 stellavore  


                   Album Rotting Christ nilah yang aku maksud kan..so pada sesiapa yang ada kedua2 album ni korang boleh pasang kemudian buat sedikit homework tentang tatacara artwork muzikal mereka.Andai kata betul telahan aku terhadap album ni harap jangan ada peminat kedua2 band kecik hati.Tapi kalau pada korang tekaan aku silap,aku mintak maaf sebab ini hanya pandangan aku 'i'll make mistake coz i'm just a man'...

1 comment:

  1. sworn to the dark antara rilisan yang maut dari watain...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...