Salam tahun baru semua...harap semua yang di impi,di idam dan di ingini korang semua dah pun terlunas dan termakbul..alhamdulillah...ok posting ringan aku kali ni adalah berkisar tentang Live Gig/concert yang aku dapat hadirkan diri melihatnya...kalau tahun lepas aku dah mulakan sebuah posting yang berbentuk aturan acara didalam posting yang bernama Chronicle Live 2010 jadi adalah molek rasanya kalau aku sambung dan share beberapa moment di tahun 2011 ni.
Untuk pengetahuan korang semua,sebenarnya ketika masuk awal tahun 2011 aku telah berazam untuk TIDAK lagi mengikuti apa2 persembahan (gig,show,concert)..tekad aku ini bersebab,antaranya faktor masa yang begitu sulit untuk aku berhibur...adakalanya untuk melihat sesuatu gig aku terpaksa mengambil cuti,kadangkala berkejar berlari mencuri masa..sebab itu aku tekad tiada lagi istilah menonton live dalam diri aku (konon2 lah..hahaha).
Inilah gig yang mula2 menghancurkan TEKAD aku tadi..hahaha..kedatangan mereka (Surrender Of Divinity) bermain disini adalah sesuatu yang pada aku ianya tidak harus DILEPASKAN...jagoan Extreme Metal Thailand ini telah melakukan show mereka yang pada aku cukup tiptop dan sesiapa yang turut hadir pada gig ini pasti setuju kalau aku katakan ini antara gig Extreme Metal yang cukup cemerlang pernah dianjurkan di Kuala Lumpur pada tahun lepas....untuk review penuh klik je di SINI
27 June 2011 akan aku kenang selagi hayat dikandung badan.Tarikh dimana kali pertama aku dapat melihat hero grindcore (sekarang mereka bermain typical Death Metal) dunia NAPALM DEATH didepan mata aku.Gig ini adalah siri kedatangan ke-3 mereka ke Malaysia,kali pertama dan kedua aku hanya mampu "GIGIT JARI DAN TERMENUNG MENGENANG NASIB" yang tiada rezeki untuk melihat mereka beraksi.....namun bak kata orang tua2 KALAU JODOH TAK KEMANA makanya dapat juga aku saksikan salah satu favorite band aku ni bermain live....dulu layan kaset album scum tapi sekarang dah tengok live....syukur.....review penuh korang boleh klik dekat SINI
SEARCH aku pernah tengok,WINGS pun pernah...tapi ada satu lagi kuasa jentera lama yang aku sebelum ni sekadar mendengar kehebatan aksi mereka melalui abang2 dan pakcik2 Rock yang selalu bercerita.Namun tatkala mereka diangkat sebagai opening band bagi kumpulan LOUDNESS maka aku anggap ini satu bonus kerana selain dapat menyaksikan band Jepun tu aku juga berpeluang melihat aksi SOFEA di depan mata aku....jadi kalau ada lepas ni kawan2 dari luar negara yang bertanya Rock Malaysia itu bagaimana rupa bentuk nya nescaya SOFEA lah yang aku akan promote kan pada mereka....ini dia Rock N Roll buatan Malaya beb!!!....review penuh boleh klik dekat SINI
Woowww....satu perkara yang tak pernah terlintas di otak....aku ulang...tak pernah terlintas di otak...sapa sangka LOUDNESS akan berkonsert di sini walaupun usia sedikit senja...sapa sangka legend dari japan ini sudi datang kemari??...dan lebih penting sapa sangka yang mereka dah pun bermain di sini pada 24 July yang lalu....gambaran yang sukar dicerita...antara show yang pasti akan jadi kenangan...dibaris line up klasik yang menggegarkan seluruh nadi pada mereka2 yang hadir di KL LIVE JLN SULTAN ISMAIL dan jika anda salah seorang yang hadir pasti anda akan tersenyum mengenang balik akan konsert ini bukan??dan pada yang tidak ada rezeki hadir korang boleh klik dekat SINI untuk review yang aku buat...
Jujur aku cakap yang kalau aku tak dapat pergi konsert ni aku akan NANGIS...aku akan ambil masa lama untuk pulihkan semula semangat...ini kerana selain dari DEEP PURPLE yang cukup mempengaruhi aku WHITESNAKE juga adalah satu nama yang menjadi penyebab aku fall in love dengan music Rock...pengelan dari seorang teman permainan,membeli kaset pertama mereka (the greatest hits) pada umur 12 tahun,menonton video klip mereka melalui vcd cetak rompak sampailah sekarang ni dah bekerja dan mampu memiliki stuff mahupun merchandise semuanya menjadi kenangan dalam hidup....segalanya telah terbayar pada 30 Oct 2011 apabila dapat menyaksikan sendiri kehebatan WHITESNAKE...ini hadiah terbaik buat diri sendiri pada tahun 2011.....klik SINI untuk review penuh.
NOTA : tahun 2012 ni tak pasti lah kalau masih punya kesempatan untuk menonton persembahan live yang macam ni....so pada kawan2 blogger yang lain tu silalah posting cerita2 menarik korang pada tahun 2011 sebab aku suka baca pengalaman2 menarik kawan2 lain...bro IJAU dah buat dah...yang lain???...





pada ogos 1987, napalm death MENGHURU HARAKAN scence metal dunia dengan album SCUM. lebih 25 tahun telah berlalu dan ia masih terasa hebatnya!
ReplyDeletesofea memang terbaik! selamat tahun baru, keep on rockin..
ReplyDeletelive 2011 = Iron Maiden
ReplyDeletelive 2012 = pencen
dah tua ahhh...heheh...
gayour > album yg hebat pasti melepasi setiap zaman...happy new year
ReplyDeleteKaboi > sofea is the law....happy new year
Berteromber > ish muda lagi kot nak pencen??hahha ..happy new year