DVD ni aku beli masa show SEARCH 'DIAWAN BIRU' tahun 2009.Masa tengah sibuk2 dok mencari tshirt dan merchandise tetiba ternampak pulak DVD ni yang dijual dalam official booth barangan SEARCH.Tanpa cakap banyak dan berbekal kan hanya RM10 DVD ni pun sah lah menjadi milik aku..hehehe..
Ini bukan rakaman rasmi dari SEARCH aku rasa sebab dalam video tersebut menyatakan juga nama pemilik rakaman berkenaan.Jadi memang tahniah lah buat insan berkenaan yang mampu memelihara khazanah seperti ini untuk generasi baru macam aku. Kalau nak diikut kan video ni memang dah masuk status RARE jugak lah..sebabnya yang pertama HARD ROCK CAFE masa tu masih lagi di Taman Tun, Yang kedua dapat lihat aksi Man Keedal bersama SEARCH,dan yang ketiga dapat lah lihat macam mana SEARCH bawak lagu cover.Sebab dalam ni hanya satu sahaja lagu mereka iaitu KEJORA yang dipetik dari album CINTA BUATAN MALAYSIA dan yang lain nya semua cover.Pada otai2 yang memang dah lama follow dengan SEARCH ni memang tak heran lah sebab zaman2 PANGGUNG ANNIVERSARY tengah happening dulu memang SEARCH rajin bukak panggung dengan seleksi lagu cover (menurut cerita lah..) tapi macam aku yang belum lahir time tu macam mana nak tengok.Selamat lah ada insan yang menyimpan khazanah macam ni.
Line up yang main dalam show ni adalah line up yang sama dalam album CINTA BUATAN MALAYSIA.Yang syok tengok DVD ni adalah sebab time ni semua energetic gila.Baik Amy (sampai sekarang energetic) hingga lah ke bro Nordin dan Man Keedal.Yan macam biasalah lah steady je dengan Bass cuma bro Yazid yang tersorok sikit disebalik set drum.Tapi masa tu bro Yazid pun slim lagi..hehehe..
Antara lagu yang dimainkan adalah Empty Room (GARY MOORE),Hallowed Be Thy Name (IRON MAIDEN),Rock You Like Hurricane (SCORPION),Jump (VAN HALEN),Kejora (lagu dorang lah) Heaven And Hell (BLACK SABBATH).
Kita boleh tengok dalam ni bro Man Keedal bermain keyboard masa SEARCH membawa lagu Empty Room dan juga Jump.Kira berstyle jugak lah Man Keedal ni,yang kita tau dengan LEFTHANDED beliau banyak dipengaruhi Ritchie Blackmoore RAINBOW dan sikit macam Malmsteen (pasca ALCATRAZZ) kali boleh lah tengok dia main dalam version rock yang pelbagai.DVD ni memang aku simpan baik2 lah dalam koleksi aku.Bukan senang oii nak dapat.Kalau korang pun ada jaga lah elok2.


upload youtube bro kongsi kawan2 nak tengok ;)
ReplyDeleteni sama macam yg dah ada kat youtube tu ker?
ReplyDeletetu gambo macam x clear jer...
saya x pasti samada ia sama atau tidak dlm youtube tu..tp yang dalam youtube klu x clear tu rs nya hillary ang lah kan??bkn Man Keedal..
ReplyDeleteMan Kidal...track listnya sama...tp kat youtube tu gambo x clear la...
ReplyDeletetu man kidal main keyboard nak jadi Eddie Van Halen la tu...heheh...
uikz! bestnye kalo dapat tengok balik konset ni. man kidal bersama search!
ReplyDeleteyoutube pn ada..sma jgk list nye mcm DVD ni..cuma gambar nya agak menguji keimanan mata..hehehe
ReplyDelete