Diantara penghujung 90an hingga ke awal millenium perasan tak yang mana banyak album2 berstatus 'Tribute' dibuat oleh banyak syarikat rakaman untuk dibarisi oleh band/pemuzik rock mahupun metal??kita buka semula antara yang sukses adalah XPDC dengan 'Metal 60an' nya,selain dari itu kalau tak silap FTG juga ada merakam kan lagu2 yang berkonsep cover juga.Dan banyak lagi lah.Band2 dari gugusan underground pun tak ketinggalan dimana album2 tribute seperti 'underground tribute to WINGS','underground tribute to SEARCH',dan juga 'underground tribute to RUSTY BLADE'..antaranya yang terlibat adalah seperti skinbasher,vociferation eternity,samurai dan banyak lagilah.
Antara lambakan2 album berkonsep sebegitu,perasan atau tak kita tentang satu lagi album yang berkonsep tribute yang dizahirkan pada tahun 1999 yang bertajuk REAL SIFU???sebuah album penghargaan khas buat sifu M.NASIR namun digarap dengan style Japanese Metal.Aku banyak lihat koleksi2 hebat mat rock di facebook tapi rasanya album ni memang tak ramai yang simpan.Bahkan aku sendiri baru je berpeluang untuk memiliki album yang berstatus 'Cult' ni bila aku terjumpa di sebuah kedai muzik lama di (rahsia!!) dengan harga yang cukup murah iaitu RM(rahsia!!)..
Kalau dilihat dari mata kasar pasti kita akan menjangkakan bahawa individu2 yang terbabit dalam album ni adalah mereka2 yang datang nya dari negara maria ozawa tu,yelah bukan je dari segi muzik,tapi bentuk cover album jugak.Bahkan nama2 pemuzik nya pun ala2 Nippon bunyinya.Tapi sebenarnya mereka2 ni adalah pemuzik2 dari band metal mainstream yang dikenali juga.Tapi biarlah aku rahsiakan identiti dorang.Cukuplah lah dorang dikenali melalui Art mereka je dalam album ni.Sebab dorang pun adalah nama2 besar dalam industri muzik Rock mainstream.
Bila cerita tentang re-cycle balik lagu2 M.NASIR ni kita tau mesti banyak artis2 Rock yang pernah buat Tribute untuk dia antara nya SEARCH pernah juga merakam semula lagu 'MALAM',AMY (SEARCH) juga ada cover balik beberapa lagu,tu tak termasuk HATTAN dalam album 'MENTOR' dan 'AKU & MENTOR'.Tapi yang ni memang lain sikit lah..no no..lain banyak sebenarnya..muzik arrangement yang cukup tight,selain penggunaan penyanyi yang tidak banyak guna high pitch (sebab M.NASIR pun tak penah high pitch) secara tak langsung TIDAK merosak kan lagu2 yang digubah.Kalau kita bayang kan Metal mainstream yang best tu datang dari XPDC aku rasa korang mesti try pulak lah layan album ni.Lari sikit dari prinsip METALLICA wannabe..tapi cuba pulak style Japanese Rock..memang album ni berkonsep habis sepenuhnya.
Joekunza Obe (Drum)
Boyima Unawa (Voc)
Bonniekama (Guitar)
Adiqimata (Bass)
selektif lagu :
- Gerhana
- Jangan tak nampak
- Keroncong untuk ana
- Empat penjuru
- Perjuangan
- Malam
- Hati emas
- Lagu untuk seorang ibu
- Duit
- Bunga bakawali
- Balada Osman Tikus
- Disini

ada versi CD ke? Menarik!
ReplyDeletedia mmg ada keluarkan cd..tapi saya tak tahu ada lg ke tak!!!kaset ni pun punya lama cari baru dapat...orang yang main guitar dalam album ni pun ada kaset je..hahaha..ni kan pulak saya yg baru nak mencari..
ReplyDeletedulu pernah nampak kaset ni kat kedai...tapi tak pernah pulak teringat nak beli...walhal belek2 pun tak....baru tau....tribute utk M Nasir rupanya...macam best...teringin jugak nak dengar ni..
ReplyDeletealbum ni antara yg terbaik lah seginya kalau nak dibanding dgn XPDC metal 60an...lama jgk mencari..jumpa pun x sengaja..rezeki terpijak.. kalau ada cd mgkin lg mnarik..sayang kaset je.. tp xpe..janji boleh dengar n rocking sorg2 dlm bilik dah lah!!!hahaha...
ReplyDelete