Mereka2 yang memang kaki Rock mesti kenal lah guitarist band ni iaitu,Nuno Bettencourt,yang merupakan antara guitar hero 90s yang memang cukup bijak menjana sound2 yang berunsur Catchy & Funky.Aku pernah menonton Live Nuno Bettencourt ni dalam satu DVD live yang mana beliau side by side dengan Guitarist MR BIG iaitu Paul Gilbert dalam satu konsert yang dipanggil 'Guitar Wars'.Memang gempak habis lah mamat ni main.Selain dari tu vokalis kumpulan EXTREME ni Gary Cherone juga pernah diguna pakai khidmat dia oleh VAN HALEN dalam siri2 akhir kehebatan VAN HALEN..hahaha..
Back to this album,aku pernah baca satu artikel tentang 'The making of ' untuk album ni,dimana dorang betul2 all out untuk second release mereka kerana album pertama dorang dulu telah mendapat kritikan dan kutukan pada kebanyakkan pemuzik waktu itu,dan antara yang paling kuat mengkeji album pertama mereka tu ada lah Ygwie Malmsteen (mamat ni memang negatif je komen dia).Jadi album kedua ni kira macam nak tebus balik maruah lah.
Jadi atas segala keringat makanya target dorang pun menjadi dan album ni memang BOMMMM!! habis,jadi satu fenomena baru dalam Industry Rock America.Apatah lagi konsep lirikal bagi album ni cukup dengan terma2 (porno) yang mungkin antara pemangkin kejayaan album ni.Tapi aku lihat bukan dari segi itu,aku lebih minat melihat kelebihan keselarian mereka dalam mengenakan konsep lirikal sebegitu dengan style yang solid dengan istilah Funky.
Boleh kata semua lagu dalam ni memang Trendy habis,bahkan aku cukup yakin belum ada lagi quartet band Funky lain yang boleh pukul album ni..serious memang layan giler!!.Sape yang tak tahu dengan lagu ballad 'More Than Words'?? diantara lagu ballad akustika yang memang gempak tu juga lahir dari album dorang ni.Lagu tu aku sendiri pun tak tahu dah bape ramai artis satu dunia cover,dari artis Rock sampailah ke R&B pun ada cover lagu tu.Penyanyi Malaysia Sarimah Ibrahim pun pernah jugak bawak lagu ni dalam album dia.Dekat situ je kita dah tahu macam mana kuat nya penangan album ni bukan??
Lagu2 yang terkandung
- Decadence Dance
- Lil Jack H@rny
- When I'm President
- Get The Funk Out
- More Than Words
- Money (In God We Trust)
- It ('s A Monster)
- P@rn@graff!tt!
- When I First Kiss You
- Suzi (Want Her All Day What?)
- He-Man Women Hater
- Song For Love
- H@le Hearted

ni aku pernah cerita kat http://berteromber.blogspot.com/2010/07/pornograffitti.html
ReplyDeletenuno mmg best...dah pernah dengar album comeback dorang..Saudades de Rock...boleh tahan jugak la..
ok saya akan check bro nye review...album comeback dorang saya masih belum punya rezeki utk beli..tapi dah dengar dah..
ReplyDeletehai, aku cuma tahu extreme bila tengok dorang perform kat Freddie Mercury concert bawak lagu2 Queen.
ReplyDeleteLepas tu tengok dorang kat tv, main lagu more than words tapi bassist ngan drummer main pakau kat belakang.
Lagu2 lain tak tahu. Tapi yang Van Halen III tu kan? aku menyesal beli cd waktu keluar dulu. cam siol kecuali first song.
deaf-angel> salam bro,tentang album van halen III tu rasa nya bukan bro je,tapi semua fan van halen pn frust dgn rilisan tu...
ReplyDelete