bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Monday, March 14, 2011

VINCE NEIL 'EXPOSED'

                                Aku sebenarnya bulan ni memang busy tahap tenuk.Alangkan waktu rehat pun tak cukup ni kan pulak nak posting dalam blog (alasan!!).Tapi lepas maghrib tadi sempat lah buka blog2 jantan lain kat luar sana..adoii..memang tak boleh tahan,citer pasal putus tunang lah,cinta bertepuk sebelah tangan lah..Memang tak mampu aku nak baca sampai habis..hahaha..so sebagai anak jantan biarlah posting ni sebagai jawapan aku untuk blog hebat jantan2 berkenaan..hahaha
                               Ok semua mat rock kat planet ni pasti tau lah sapa Vince Neil ni,frontman untuk rock band paling jahat kat dunia,dan dia ni lah cermin sebenar gaya hidup sebagai seorang Rockstar.Tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal dia tapi nak review album yang dah lama aku dengar kehebatan produksi nya (melaui kawan2) dan sekarang berpeluang mendengar sendiri (dalam format kaset!!!tape still rulez!!).Album solo pertama Vince Neil dirakam sekitar tahun 1992 dan mula menjengah pasaran pada 1993.Hasil sulung Vince Neil turut disertai oleh Steve Steven (lead guitar),Vik Foxx (drum),Dave Marshall (rhythm guitar),Robbie Crane (drummer).  


                     Serious album ni memang PUKUL habis.Jangan bayangkan riff2 catchy hard rock Motley Crue tapi bayangkan ni adalah sebuah band amateur tapi lengkap serba serbi.Mereka mungkin memainkan direction genre music Hard Rock namun cukup berbeza dengan Motley Crue.Lagu2 yang terkandung semuanya boleh diangkat sebgai penjelmaan semula 80s rock ke dalam dunia komersial rock 90s.Ianya memang sebuah album yang cukup hebat.Ditambah dengan penggunaan double paddle drum dalam lagu2 yang fast.Makna nya betul lah cakap kawan2 aku yang album ni memang terbaik.Aku suka lihat cover line up dalam ni.Semua nya muka ala2 model seluar jeans je (pada time tulah,sekarang dah tua kutuk dah!!) tapi hebat dalam kreativiti rock n roll.

Track:
  1. Look In Her Eyes 
  2. Sister In Pain
  3. Can't Have Your Cake
  4. Fine,Fine Wine 
  5. The Edge
  6. Can't Change Me
  7. Set Me Free
  8. Living Is Luxury
  9. You're Invited (But Your Friend Can't Come) 
  10. Getting Hard 
  11. Forever 
                        Tapi ni jelah album Vince Neil yang pada aku memang menarik untuk dilayan,album solo ke-2 dia CARVED IN STONE memang tak boleh bla.Dia nak eksperiment dengan sound2 fresh modern konon last sekali hasil macam celaka.Dan kalau tak silap album tu memang tak laku langsung.Album tu mungkin selamat dek kerana ada satu lagu khas Vince Neil untuk mendiang anak perempuan dia yang mati akibat kanser dalam lagu 'Skylar's Song'.Jadi pada sesiapa yang memang dah lama ada album ni jaga elok2, dan pada yang belum pernah dengar aku memang syorkan sebab album ni cukup,cukup,cukup hebat dan menarik.            

Note:Pada blogger2 jantan diluar sana dapat kan album ni jugak untuk mengubati kesedihan hati anda dek pukulan CINTA tak berbalas...wahahahahahahahahahahahahahahaha

4 comments:

  1. tak berapa follow album ni...walaupun aku suka Steve Steven...tapi lagu "You're Invited (But Your Friend Can't Come)" tu aku suka...dulu rancangan MTV kat tv Spore selalu bukak lagu ni...lagu ni asalnya dari soundtrack filem "Encino Man"...Jack Blades dan Tommy Shaw dari Damn Yankees yang main asalnya...tapi kat album ni Steve Steven rakam balik part gitar dan solo Tommy Shaw tu...tak kisah la mana2 versi pun...dua2 gitaris pun best...

    ReplyDelete
  2. owh yeke..wah banyak juga info ni..thank bro...

    ReplyDelete
  3. yeah! album yang hebat dari vince neil dan ramai yang tak tahu akan kehebatannya. gua dah lama dengar album ni. terangkat! antara sebab vince kuar dari motley pasal nak buat album bersemangat metal 80an cam ni. sedangkan nikki nak membawa perubahan pada hala tuju muzik motley crue.

    ReplyDelete
  4. saya stuju cakap bro..album ni memang dah maju lebih dari zaman nya..sebuah album hard rock 80s yang telah dimodernkan bunyi nya..cukup syarat..dan kemas..album yang memang diteliti barangkali

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...