Jadi antara puluhan lagu2 yang terkandung dalam vcd tersebut ada satu lagu yang betul2 menangkap pemerhatian aku yang pada waktu itu cukup mentah dan masih setahun jagung dalam mencari kepuasan dalam music.Lagu tersebut ialah lagu 'Psycho Love' dari Skid Row.Aku tak tahu apasal,rasanya memang lain sangat nak dibanding antara yang lain dalam vcd tu,makanya Skid Row secara tak langsung telah menjadi sasaran aku.Aku bertanya pada brother2 yang lebih dewasa tentang lagu ni,dan mereka menyatakan yang lagu 'Psycho Love' ni adalah lagu yang terkandung dalam album kedua mereka yang dirilis pada tahun 1991 iaitu album 'Slave To The Grind'.
Aku mulanya hanya memiliki album ni dalam format kaset je,tapi 3 bulan lepas terjumpa pulak CD album ni yang pada aku cukup murah iaitu dalam RM25.Tanpa banyak cakap rembat tetap rembat!!!hahaha.
Pengalaman mendengar album ni,apakah berbaloi aku membeli??apakah semua lagu dalam album tersebut semuanya sedap macam lagu 'Psycho Love'??jawapan aku ringkas,memang berbaloi,dan semua lagu dalam album ni memang sedap dan cukup sempurna.
Aku sendiri pun tak tahu apa yang membezakan Skid Row dengan band lain yang sama time dengan dorang,setelah teliti punya teliti,dengar punya dengar akhirnya aku dapat jawapan.Jawapan dia adalah Dave Sabo..ya Dave Sabo guitarist band ni lah sebenarnya yang membentuk agar Skid Row ni diletakkan terkedepan atau pun sedikit berbeza dengan yang lain.Mamat ni bukan lah termasuk dalam kategori guitar hero pun tapi trademark riff dan cara permainan yang agak simple dan minimum (waktu tu semua guitarist memang mabuk solo2 berapi) disertakan dengan melodi yang catchy dan berat makanya trademark Skid Row telah dibina dengan dasar2 yang aku sebut kan tadi.
Line Up:
Sebastian Bach (Vocal)
Scotty Hill (Guitar)
Dave 'The Snake' Sabo (Guitar)
Rachel Bolan (Bass)
Rob Afusso (Drum)
Track :
- Monkey Business
- Slave To The Grind
- The Threat
- Quicksand Jesus
- Psycho Love
- Beggars Day
- Living On The Chain Gang
- Creepshow
- In A Darkened Room
- Riot Act
- Mudkicker
- Wasted Time

Slave To The Grind adalah salah satu dari album2 rock yang dapat no 1 kat US Billboard pada tahun 1991...selain Metallica,GNR dan Van Halen...tahun gemilang tu...
ReplyDeletePada aku...selain Snake Sabo...vocal power Sebastian Bach adalah kekuatan Skid Row...tengok la apa jadi pada Skid Row lepas dia blah...
album terberat pernah dihasilkan skid row bersama sebastian bach!
ReplyDeletedengar saja lagu 'slave to the grind". arghhh!
berteromber> saya akui sebastian bach punya trademark besar dalam skid row,tapi hakikat nya setiap vocalist mmg kn punya trademark agar dapat dibeza dgn band2 lain..beza dgn guitarist,kebanyakkan guitaris pada time tu semunya lebih interesting nak bermain secara teknikal,namun dave sabo ambik pendekatan pulak teknikal dikurangkan dan lebih kepada sound dan riffing yang menarik..jd kat situ lah watak dave sabo yang saya maksudkan...btw thanks for yr good comment..
ReplyDeletegayour> setuju bro..antara riffing heavy rock yang cukup menarik.Rasanya tak banyak band sebegini pada waktu tu.Kalau ada pun tidak seperti Skid Row (pendapat saya lah..haha)
aku jadi gila dan minat Skid Row pada "18 and life"
ReplyDeletedua lagu slow wasted time dgn in a darkened room memang sedap..
ReplyDeleteya sebastian bach punya suara memang power!