Ada tengok itu tajuk???hahaha..dah macam cogan kata dalam iklan kementerian pengguna pulak kan??tak kisah lah janji ada bunyi dah lah.Ok,start serious..terdetik kat hati nak posting perkara ni yang pada aku ada sesetengah individu kurang faham dan agak kabur barangkali dengan erti maksud HAK mahupun KUASA MEMILIH.Aku tafsirkan disini bahawa mereka2 ini (yang kebanyakkan nya dalam sebuah band) telah MENCABUL hak2 masyarakat umumnya demi mencapai target mereka sebagai sebuah group band.
Aku lama dok perhati gelagat2 band2 ni,dia dok promosi maut dalam semua medium tak kira lah di Facebook ke atau di Tweeter ke.Mempromosikan tu tak salah,menjual tu tak salah,mahu menjaja nama tu pun tak salah,memang kita tahu yang setiap band harus melakukan apa juga promosi bagi mengetengah kan nama mereka.Namun dalam keghairahan mempromosi produk jangan sesekali kita cuba MENIDAK kan HAK individu2 lain hanya kerana nak mencapai TARGET pasaran.Ini salah dan tindakan kamu itu adalah perbuatan yang tidak BERMORAL.
Kerap juga aku melihat dimana sesebuah band ni bilamana ada individu2 yang menyokong mahupun membeli semua produk mereka maka dorang pun cakap 'you're the real metalhead..and im so glad to know both of you metal brother'..tapi pada yang kurang minat pula atau pun langsung tak beli stuff2 dari mereka dorang cakap macam ni pulak 'if you never like or buy our stuff,for us your metal FALSE and one of the million POSER'.Jelas tak gambaran yang cuba aku nak terang kan??kalau tak jelas korang memang bengap!!.ini bermaksud mereka sudah melanggar HAK setiap individu.Mereka CUBA nak jadi remote control untuk mengawal TASTE atau selera music orang lain..mana boleh,itu dah kira paksa dan bukan TRUE lagi dah cara pemasaran yang sebegitu.
koleksi yang tak seberapa adanya!!
Kita harus faham dengan konsep atau erti HAK kerana HAK itu merujuk kepada erti memberi ruang kepada umum untuk MEMILIH apa juga yang mereka suka dan apa saja yang mereka minat.Bukti nya sebagai contoh.kerajaan pernah menyekat kemaraan kumpulan2 Rock tahun 80an,kumpulan2 ni di sebut sebagai pembawa anasir2 yang tidak sihat pada golongan remaja pada era itu,dan kerajaan berjaya menunduk kan kemaraan band2 Rock pada waktu itu,tapi apakah hanya kerana sekatan itu makanya Rock itu terkubur???jawapan nya TIDAK..kerana mereka hanya mampu menyekat atas dasar PERGERAKAN sahaja,namun mereka tidak mampu menyekat HAK rakyat untuk memilih music apa yang mereka sanjungi atau sukai,ini kerana KUASA MEMILIH itu adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan sesiapa pun dalam dunia ni.Dan buktinya,walaupun 20 tahun dulu kumpulan2 rock ni diberi tekanan yang kuat namun mereka tetap mampu berdiri lagi sampai ke hari ni.
Begitu jugak dengan maksud SOKONGAN.Kita mana boleh main paksa2 orang lain menyokong band kita.Giler ke??suka hati orang tu lah nak minat ke tak dengan band kau.Kalau kau betul2 bagus dan deliver music yang berkualiti mustahil peminat tak memilih band kau sebagai band peberet dia.Adakah patut kau boleh melabel kan orang2 yang tidak menyokong band kau dengan gelaran2 yang tak sepatutnya kau label pada seorang manusia??jadi kalau esok lusa aku dah ada band dan mak bapak kau pulak tak suka dengan band aku tu,boleh tak aku label kan mak bapak kau tu dengan gelaran yang sama kau beri pada kelompok yang tak menyokong band kau tu??jawab lah!!.Ini soal MORAL,dan jangan nampak sangat kau ni datang dari kelompok yang sahih takde ilmu.
jutaan produk..hanya yang bagus akan dipilih..itu lumrah!!
Aku bukan nak memaki hamun sesiapa,jauh sekali aku nak mencaci,tapi adakalanya tindak tanduk sesetengah kawan2 kita ni agak melampau dan keterlaluan.Mereka menolak terus sifat tolak ansur dan buang jauh perkara2 yang bersifat budi bahasa dan moral.Ingat,kita dalam rumpun asia ni berpegang teguh pada nilai kesopanan,ini penting kerana andai sekali sahaja band korang dilabel sebagai BIADAP makanya sampai 20 tahun akan datang pun (kalau masih hidup lagi lah) tetap dilabel sebgai BIADAP,dan apakah itu yang kalian mahu??kalau tanya pada aku,biarlah band kita ni tak sehebat mana,namun kita cukup menjaga keutamaan penyokong band kita dengan cara merendah diri di depanmata kelompok peminat kita walaupun jumlah nya kecil.Apapun aku sebagai individu yang memang obses dengan music ni tetap mendoakan yang terbaik untuk semua band2 tak kira baru mahupun lama.


ui ada manggas/maar split cd tu~
ReplyDeleteyes bro..split tu saya dapat free dari kawan
ReplyDelete