bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Friday, August 12, 2011

MOTORHEAD vs JUDAS PRIEST

                 Umum nya tahu pada peringkat pertengahan abad ke 21 ni,budaya sedut menyedut lagu di internet adalah trend masyarakat dunia.Kepuasan bukan lagi pada memegang pada satu2 stuff tapi PERCUMA adalah segalanya.Faktor ini mungkin kita boleh kait jugak dari segi ekonomi sesebuah negara,perkara ni aku rujuk atas sebab mana2 negara maju di dunia,margin masyarakat yang mengguna pakai sistem DOWNLOAD ni amat lah kecil bilangan nya jika dibanding di negara yang KONON2 maju mahupun memang dasar negara mundur.Dan aku tidak ada masalah untuk sistem DOWNLOAD ni,pada aku mana yang untungkan duit poket kita ikut je..
                 Mungkin atas perkara ini jugalah SONY/BMG telah merilis kan beberapa nama artis antarabangsa yang gah untuk dikeluarkan album kompilasi mereka dalam bentuk Minimum Released,jadi beberapa nama artis yang popular telah dikeluarkan album nya dan dijual dengan harga yang cukup murah iaitu sekitar RM15 sahaja.Selain artis2 komersial yang memang punya daya tarikan pembeli,ada beberapa gergasi2 dalam dunia Rock/Metal turut dikeluarkan album kompilasi nya antaranya kalau tak silap Deep Purple,Uriah Heep dan macam2 lagi lah.Tapi antara puluhan band tersebut aku ada membeli dua band melalui rilisan ni iaitu MOTORHEAD dan juga JUDAS PRIEST.

                                 JUDAS PRIEST 


                                 MOTORHEAD 


                  Aku rasa brother2 blogger yang punyai koleksi2 hebat pasti nya TIDAK akan suka dengan rilisan sebegini,apatah lagi ianya dikempil dengan Inlay Sekeping ...hahaha..tapi buat orang yang pendapatan bulanan nya sama seperti bernafas dalam lumpur rilisan sebegini bagai satu rezeki jugak lah,kerana kami bisa mengamati music dari legend2 dengan harga yang cukup rendah dan yang lebih penting ianya ORIGINAL.Produk dari SONY/BMG ni telah mula diperkenal kan di pasaran pada tahun 2007 lagi.Sekarang ni tak tahulah masih ada atau tidak lagi album2 Rock mereka,kalau ada pun mungkin album kompilasi Jackson 5 jelah kot..hahahaha

JUDAS PRIEST

  1. Breaking The Law
  2. Living After Midnight
  3. Out In The Cold
  4. Love Bites
  5. Rock You All Around The World
  6. Diamonds And Rust (Live) 
  7. Rock Hard,Ride Free
  8. Turbo Lover
  9. Deal With The Devil
  10. Worth Fighting For
MOTORHEAD

  1. The One To Sing The Blues
  2. Hellraiser
  3. 1916 
  4. Stand
  5. Ramones
  6. Going To Brazil
  7. Bad Religion
  8. Name In Vain
  9. You Better Run
  10. Shut You Down



7 comments:

  1. OK la untuk pengenalan kepada band

    ReplyDelete
  2. takper beb...pelan2...janji ada...yang penting kumpul sikit duit tu untuk kawin...hahaha..

    ReplyDelete
  3. Dr Ben > ya saya setuju..for a new listener

    Berteromber > ada rezeki boleh lah nk membeli...klu xde tengok org pnya pun dah cukup..duit nak kawin mmg ada simpan walaupun calon xde lagi :p

    ReplyDelete
  4. kalo orang nak dengar studio album..aku rekemen untuk ni dua band

    Motorhead ko try album Inferno - baru jugak last few albums,
    Judas Priest ko try Defenders Of The Faith - traditional heavy metal 1984 ngan duel gitar best giler dan semua pun best giler

    ReplyDelete
  5. HAH!! skarang dah boleh dah hahaha

    ReplyDelete
  6. yang penting beli dengar dan appreciate. murah mahal belakang kira.

    ReplyDelete
  7. deaf > Motorhead mmg dr dulu kurg minat...psl JUDAS PRIEST plk album fav saya adalah "Painkiller" ...tapi saya akan cuba explore album2 yang bro cadangkan...syukur dapat jgk komen kat sni..tq..

    Portdy > saya setuju...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...