bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Thursday, August 4, 2011

Kaset Oh Kaset !!

                  Walaupun raya lambat lagi,namun sikit2 persiapan nya family aku dah pun buat..dan salah satu persiapan yang paling besar adalah bila dorang mula nak lapangkan sikit RUANG dalam bilik aku,katanya nak tumpang letak barang2 lain katanya.Almaklumlah kami ni keluarga susah yang tinggal di flat bandaraya yang ruang rumahnya CUKUP terhad dan sempit sekali.
                   Aku tak kisah kalau bilik aku dijadikan tempat tumpangan barangan lain andaikata diperlukan,aku faham keadaan keluarga kami macam mana rupanya,cuma aku tak boleh terima bilamana ahli keluarga aku keluarkan kenyataan yang dorang suruh aku jual je semua KASET lama aku,dorang cakap zaman ni mana ada orang melayan kaset lagi.Mungkin dorang melihat betapa semak nya bilik aku sebab penuh dgn KASET yang tidak disimpan rapi..macam aku cakap tadi,memandangkan ruang rumah aku yang cukup terhad,aku hanya mampu meletak kan rak untuk cd sahaja,tapi kaset memang bersepah2 lah..bawah katil ada,dalam almari baju pun ada, tepi pintu bilik pun ada..mungkin ni yang membuat tekanan di mata dorang barangkali.
                    Lepas je isu MENJUAL ni dipangkitkan, yang ada dalam kepala otak aku ni satu je..iaitu AMCORP MALL..ye AMCORP MALL jelah tempat kalau aku nak Let Go semua khazanah ni.Jadi nak dipendekkan kan cerita,beberapa hari lepas masa balik dari kerja,aku ke pasaraya GIANT di Shah Alam,saja je jalan sorang2 nak habis kan waktu..masa kat situ tergerak pulak kat hati untuk jengah bahagian perabot kat dalam pasaraya tu.Pusing punya pusing aku jumpa sebuah kabinet yang rekabentuk nya sesuai untuk meletak barangan2 kecil di rumah....aku belek habis2 kabinet ni,aku ukur baik2 agar ianya kalau dibeli boleh aku GANTUNG mahupun tumpang letak diatas mana2 kabinet rumah tanpa perlu penambahan RUANG dibuat..lepas ukur punya ukur..yes memang NGAM untuk diletak kan segala peluru2 KASET aku kat kabinet ni..RM60 adalah besar buat orang yang gaji kecil macam aku,tapi dalam otak aku pulak cakap harga tu cukup MURAH demi nak selamatkan segala koleksi yang punyai banyak sentimental value dalam hidup aku selama aku menjadi peminat music ni.

                                 Amacam??ok tak??selesai masalah..hehe 


                 Sebenarnya bukan lah penting sangat untuk aku lakukan semua ni,cuma bila diingat kan balik zaman2 sekolah dulu yakni zaman terpaksa mengikat perut demi memiliki material music,semua kenangan tu cukup mahal buat diri aku.Aku berlapar,belajar berjimat cermat pada waktu tu (zaman sekolah) semata2 nak beli kaset dan begitu teruja dengan setiap pembelian melalui titik peluh sendiri dan bila diimbas kan balik kenangan2 semasa nak membeli album2 band pujaan ni membuat kan aku rasa muda SEMULA macam remaja belasan tahun..hahahahahaha.

perihal KASET :

  1. Kebelakangan ni aku lihat fenomena KASET ni macam dah naik semula,ramai rakan2 seusia aku yang dulunya KONON2 malu nak dengar kaset (konon trendy) sekarang ni sibuk pulak nak mengumpul kaset.Bahkan ada band2 (kebanyakkan Underground) yang mengeluarkan SPECIAL EDITION kaset bagi album mereka yang sebelum ni dikeluarkan melalui format CD..hahaha..dulu aku dengar orang convert kaset ke cd,tapi sekarang dah terbalik.. 
  2. Aku sebenarnya secara peribadi lebih suka kan sound kaset dari cd..ini kerana bunyian ANALOG dia lebih keras menerjah gegendang (especially METAL) telinga jika nak dibanding dengan CD yang mana bunyian nya terjerumus dalam kategory Crystal Clean. 
  3. Tapi satu jelah,kaset ni memang SEKSA nak menjaga nya..banyak album2 aku yang best tapi dah tak boleh main,antara yang dah JAHANAM macam album IRON MAIDEN "A Matter Life And Death", ROB HALFORD "Resurrection" YGWIE MALMSTEEN "Attack",METALLICA "The Unforgiven Greatest Hits"..ni semua album yang memang dah tak boleh nak diselamat kan lagi lah.... 
  4. Aku cukup pelik,boleh dikatakan semua kaset2 ORIGINAL yang aku beli,mudah sangat nak jahanam,tapi yang heran kaset2 COPY ataupun yang aku beli PIRATE sampai hari ni boleh lagi dimainkan dan masih dalam keadaan elok..hahaha..jadi bagi kutu2 kaset diluar sana,sila lah support industry kaset yang COPY/PIRATE kalau anda punyai cita2 nak distro kan kaset buat band  anda suatu hari nanti..hahaha

7 comments:

  1. kaset ni kulit layout dia pun payah nak jaga... kena yang tebal2 tu, sure koyak rabak cepat.

    ReplyDelete
  2. mujurlah koleksi kaset aku xbyk mana...

    ReplyDelete
  3. aku pun ada masaalah storage...dulu tumpang kat bilik anak...sekarang anak makin membesar...barang dorang pun makin banyak...kalau ikut orang rumah...memang suruh ke tong sampah ajer la..heheh...

    ReplyDelete
  4. dr.Ben > kulit kaset yg ori rasanya ok..cuma kaset2 DEMO yg inlay pkai kertas XEROX tu mmg problem skit lah

    Ijau > kaset mungkin bro xbanyak..tapi cd pulak??

    Berteromber > tulah dia..nak dibuang rasanya sayang..nak dijual harga xdelah setinggi mana,nak disimpan ruang pulak takde..adoiii

    ReplyDelete
  5. cd2 pun dah byk jual waktu nak kawin aritu, skrg ni tggl 2 kotak je

    ReplyDelete
  6. member aku sorang kaki simpan kaset..takcukup kotak abis dinding bilik dia renovate jadi tak kaset cam kat kedai kaset..bila masuk bilik dia dah macm kedai kaset..kaset jd wallpaper

    ReplyDelete
  7. ijau > yg dua kotak tu mesti semua release yg masterpiece punya album kan??haha

    matakucing > wow..kalau dah bnyk mcm tu mampu ke kita nak layan semua sekali...bila sebut psl wallpaper dinding dari kaset ni,teringat dekat editor zine metal dr thailand,bilik tidur dia satu dinding penuh kaset..sampai atas siling pun ada...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...