Bulan Ramadhan ni apa lagi agenda yang penuh dalam diari kalau bukan majlis berbuka puasa samada bersama keluarga dan sanak saudara,mahupun sahabat handai satu tempat kerja,lagi menarik kalau ada pulak Gathering sesama rakan sekolah.Sebelum Ramadhan lagi segala jenis jemputan telah diajukan kepada aku untuk menghadirkan diri (majlis berbuka puasa) namun satu persatu aku tolak dengan tertib,ini kerana biarlah awal Ramadhan ni aku berbuka dengan ahli keluarga dahulu baru dengan individu2 yang lain nya.
Diam tak diam,dah seminggu dah kita berpuasa,makanya jemputan dari rakan sekerja untuk berbuka bersama aku ikutkan juga,nak jaga hati member2 lah kira nya.So,bincang punya bincang akhirnya kami memilih untuk berbuka di sebuah Restaurant yang mana menu utamanya adalah masakan "Asam Pedas".Kalau nak diikutkan aku memang cerewet sikit dalam masakan Asam Pedas ni,sebab nya ayah aku adalah Champion dalam masakan Asam Pedas,oleh sebab tu aku memang tak kan makan menu ni diluar.Tapi oleh kerana suara majoriti mahukan tempat itu dijadikan tempat berbuka so aku mengalah jelah.
Ok,gambar2 kat atas ni merujuk pada menu masakan buffet yang kami pilih...so antara juadah nya adalah Asam Pedas ikan pari,siakap masak 3 rasa,rojak buah,sayur kacang panjang goreng,sawi goreng dan ayam goreng berempah.Minuman pula disediakan dua jenis iaitu Teh o ais dan juga sirap.Pencuci mulut kami adalah vanilla ais cream yang disaluti dengan jelly blackcurrant.Harga yang ditawarkan bagi set buffet yang kami pilih ini adalah RM22 bagi setiap seorang.Jadi kalau korang nak mencuba menu masakan ala kampung ni boleh lah datang ke restaurant ni yang terletak di Ampang....nak tahu ke restaurant apa??restaurant My Asam Pedas Shop yang dimiliki oleh deejay terkenal iaitu Linda Onn.Lokasi nya tidak lah sukar dicari kerana restaurant ini terletak betul2 bersebelahan dengan pasaraya TESCO di Ampang....so selamat bersahur semua!!!


melelehhhh
ReplyDeletekesian org di perantauan... semua pakat buat entri pasal makanan
ReplyDeleteDr Ben > xde apa yg special pun..juadah simple untuk pekerja yg gaji ibarat bernafas dlm lumpur
ReplyDeleteIjau > org perantauan tu punya menu pun boleh tahan jgk tu..sakan jugak menu2 dia
power!!! perggh!!!!
ReplyDelete