bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Wednesday, January 11, 2012

DEEP PURPLE "California Jam" 1974

              Sebelum ni aku pernah ulas perihal vcd Deep Purple Machine Head live 1972 jadi ni ada satu lagi vcd live dari Deep Purple yang dua tahun berselang dari tahun berkenaan iaitu "California Jam" live 1974.Konsert ni rasanya pada yang memang kaki Deep Purple pasti tahu kerana antara konsert nostalgik selain dari konsert "Come Hell Or High Water"...dan ia dibarisi oleh the second wave line up iaitu David Coverdale (Whitesnake) sebagai vocalist menggantikan Ian Gillan dan juga Glen Hughes sebagai bassist/back up vocal menggantikan Roger Glover.


               Sebuah show yang cukup klasik,energetik nya Deep Purple tidak sama seperti line up terdahulu.Kiranya perancangan Blackmore membawa masuk dua personal baru (Coverdale/Hughes) adalah tepat.Sepertimana woodstock show ini juga dihadiri lautan manusia hippies yang taksub dengan dendangan Rock N Roll.
               Stage nya pun cukup tinggi...cuma visual agak keperang perangan sikit,mungkin teknologi warna bergambar belum cukup hebat lagi waktu itu,namun sudah memadailah untuk ditonton.Bila menonton live2 Deep Purple pasca Coverdale/Hughes ni aku paling suka bilamana ada sesetengah lagu kedua2 personal ini akan berganding bahu...dimana Coverdale akan menyanyi dalam tone blues yang memang jadi trademark dia manakala pada part2 yang high pitch atau bahagian kena pekik tugasan itu akan diselesaikan oleh Glen Hughes dan ia secara tidak langsung membawa Deep Purple ke satu level iaitu VOCAL HARMONY (walaupun bukan sehebat QUEEN)...ini berbeza dengan sebelumnya yang mana semua part2 vocal hanya dipikul oleh Ian Gillan.


              Aku letak show ni antara yang paling kult disebabkan aksi2 yang sebelum ini jarang betul Deep Purple persembahkan (kalau salah tolong betulkan info ni)..antaranya aksi solo John  Lord bermain keyboard sampai punah ranah keyboard tu dia kerja kan....macam tu jugak aksi Blackmore yang buat aksi guitar solo dengan macam2 gaya...dari pijak guitar lepas tu dok pecahkan pula guitar tu...tak cukup dengan tu dia bakar pula fender dia tu atas stage...gila kan??...
         
Track

  1. Burn
  2. Might Just Take Your Live
  3. Mistreated
  4. Smoke On The Water
  5. You Fool No One
  6. The Mule
  7. Space Truckin 

5 comments:

  1. ..aku tengok video nih masa zaman VHS lama dulu...

    ReplyDelete
  2. mula2 solo cam biasa, pas tu gigit gitar, tak puas hati... pijak plak gitar. kasi hempuk bagi pecah! last sekali kasi bakar sama dia! itu la gimik yang dibuat oleh mr. ritchie dan mr. jimi hendrix masa live yang mempersonakkan. gimik yang hebat walau membazir! fander tu!

    deep purple... semua murid2 (melayu)sekolah rendah dan baru masuk menengah awal 80an memang tahu dan hafal lirik hampir semua lagu deep purple. semua membesar bersama deep purple dan scorpions.

    live yang hebat bersama mr. coverdale

    ReplyDelete
  3. mula2 solo cam biasa, pas tu gigit gitar, tak puas hati... pijak plak gitar. kasi hempuk bagi pecah! last sekali kasi bakar sama dia! itu la gimik yang dibuat oleh mr. ritchie dan mr. jimi hendrix masa live yang mempersonakkan. gimik yang hebat walau membazir! fander tu!

    deep purple... semua murid2 (melayu)sekolah rendah dan baru masuk menengah awal 80an memang tahu dan hafal lirik hampir semua lagu deep purple. semua membesar bersama deep purple dan scorpions.

    live yang hebat bersama mr. coverdale

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...