bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)
BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!
Saturday, September 3, 2011
Mengikut Biar Pakai Otak!!
Minggu ni segala macam hal berlaku,disaat semua umat Islam menyambut lebaran dari satu sisi music lain pula kisahnya.Pernah dulu aku memaki hamun perihal sesuatu isu kerana dek ketidak puasan hati aku.Tapi kali ni aku memilih untuk memerhati kerana melalui pandangan aku masalah ini memang tiada penghujung.Apa yang bakal aku tulis selepas ni boleh lah dianggap sebagai satu komentar peminat music sahaja (bukan sebagai pendokong scene).
Sebenarnya dari dulu lagi aku memang tak setuju apa juga SEKATAN dibuat terutama berkaitan music yang konon nya atas dasar kebaikan lalu SEKATAN harus dibuat...sekali lagi aku ulang aku TIDAK SETUJU...music itu bebas,music itu untuk semua dan music adalah hadiah buat manusia..tiada satu undang2 sekalipun dalam dunia ini yang boleh MENGAWAL seseorang itu dari meminati music apa yang diminati nya. Aku jamin jika berbicara tentang SEKATAN dalam music pastinya ia adalah sesuatu yang NEGATIF (merujuk dari definisi kebebasan bermusic).Kita singkap semula,ingat tak dulu ketika negara ini mencadangkan kuota 99:1 terhadap lagu2 Indonesia yang masuk kesini??ya, itulah dia SEKATAN..apa yang mereka cakap berkanaan isu itu,konon2 kita tidak mahu karya anak watan tenggelam...bunyi nya indah bukan tujuan SEKATAN tu??tapi hakikatnya ia adalah satu alasan dari ketidak mampuan mereka menjana music menarik makanya SEKAT dan SEKAT adalah jalan mereka...sekali lagi aku ulang AKU TIDAK SETUJU.
Begitu juga perihal beberapa isu lain.Begitu juga apabila music extreme metal difatwakan haram beberapa tahun lepas,atas alasan akidah dan moral serta akhlak,mana bukti??sampai ke hari ini kita masih menunggu rakaman visual jika benar ada anak melayu yang melanggar sifat2 manusiawi melalui music seperti yang digemparkan oleh media2 pendusta sebelum ni.Namun hari demi hari bukti tak kunjung keluar tapi undang2 sekatan dah diluluskan terlebih dulu.Jika sesiapa ada memiliki album dari lagenda Death Metal kita iaitu kumpulan LANGSUYR dimana satu rangkap ayat melalui special thanks mereka didalam album ASYIK ada mereka nyatakan "...MANA MUNGKIN KERANA MUSIC PERKARA INI(perbuatan negatif yg dimomokkan media) BOLEH BERLAKU"...aku setuju dengan baris ayat berkenaan,ia ringkas tapi punya isi yang luas jika kita diamati.
Ini kerana aku cukup pasti yang mana asalkan nama mereka itu adalah melayu,makanan mereka itu makanan melayu,denyut nadi dan nafas mereka itu adalah melayu juga mimpi malam mereka adalah mimpi malam melayu aku yakin dan cukup2 yakin mereka tidak akan sesekali melanggar batas2 kemelayuan mereka hanya kerana music biarmana sekalipun yang masuk kesini itu adalah barisan2 pemuzik yang umumnya tahu mereka yang telah hilang pedoman hidup.Usah risau dan khuatir kerana kita mampu menilai baik buruk.Berbalik pada soal SEKATAN tadi,suka aku ingatkan bahawa,apa juga SEKATAN yang dikenakan pada music ia adalah NEGATIF.....lihat siapa dia disebalik sekatan itu....apakah mereka disebalik sekatan itu adalah orang2 yang benar tahu perihal pro dan kontra atau sekadar malu kerana duduk tidak sama rendah berdiri tidak sama tinggi makanya sekatan demi sekatan dibuat bagi menyelamatkan maruah mereka atau yang lagi memalukan jika ia hanya menangkuk di air keruh semata mata...malu bukan??
NOTA : Maaf jika ada yang tidak faham mengenai apa yang ditulis,namun pada mereka2 yang rapat dan mengenali aku pasti tahu apa tujuan ia dinyatakan disini....salam syawal semua!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

komen aku adalah atas tuduhan bakar Al-Quran, sembelihan kambing minum darahnya...
ReplyDeleteTetapi aku tidak komen tentang kemungkinan akidah boleh tercabut dengan meminati muzik.
Untuk itu, kena study bab perkara yang boleh membatalkan akidah. Ada tajuk khusus dalam agama bab ni.
saya juga berpendapat yg sama seperti Dr.Yang saya mksd dekat sini adalah perihal pesaing yg tak mampu bersaing dan guna solution SEKATAN!!
ReplyDeletesaya juga tidak menyatakan ttg akidah boleh tercabut dgn meminati muzik...namun harus ingat ia tetap diguna pkai oleh org luar sehingga saat ni..
perihal bab pelanggaran akidah saya tiada masalah jika dilakukan sekatan sekalipun....ia adalah undang2 perikatan yg wajib diikuti bagi semua mereka yg melafaz dua kalimah syahadah!!! tq for your komen bro!!