bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Sunday, September 25, 2011

Magazine Still Rulez!!!

                       Dulu aku ada cerita pasal rak kaset yang aku beli dekat pasaraya di Shah Alam,so sebenarnya ada satu lagi rak yang aku beli pada waktu tu bagi tujuan menyelamatkan beberapa helaian naskah majalah music yang ada dalam simpanan aku.


               Hehehe ini lah dia rak tu (macam reban ayam kan??) bagi mengisi atau dalam ertikata lain menyusun agar lebih terurus lah bilik tidur aku.Sebenarnya ni rak kasut dan bukan lah rak majalah,tapi masalah bagi aku sekarang ni iaitu rak2 yang diciptakan khas untuk majalah selalunya adalah rak yang jenis berkain,mana lah dapat nak tampung majalah2 aku (kerana majalah music selalunya tebal!!) jadi aku pilih lah rak kasut ni sebagai jalan akhir...rak kasut pun rak kasut lah,janji orang tua aku tak bising sebab bilik bersepah dah lah!!


                      Sebelum ni memang banyak yang aku simpan,tapi ada yang dah kena rembat dengan member2 yang datang melepak dalam bilik dan ada yang aku dah jual,tapi mana2 isu yang special tu masih aku simpan dan jaga dengan rapi.Sedikit menyentuh perihal majalah ni,ada yang kata sekarang ni info apa juga (termasuk music) boleh didapati dihujung jari,tapi itu korang bukan aku.....aku masih suka membaca,aku suka liputan penuh,aku suka ulasan yang detail dan aku juga suka membaca komentar dari editor yang berpengalaman bukan ulasan dari web master yang dok belasah bagi info.
                      Lagipun aku suka kan feel membaca dengan memegang bukan menatap.Cuba bayang kita baca majalah sambil baca review2 informasi yang kita suka sambil dengar radio,dalam masa yang sama pekena kopi o panas bukan kah menarik???mungkin aku budak kampung sebab tu mentality kurang rugged tapi macam yang aku sebut aku masih suka cari informasi melalui pendedahan zine bukan web....

5 comments:

  1. mengumpul majalah ni kalau terasa ada issue yang hilang memang geram. bukan senang nak menunggu sebulan sekali..

    ReplyDelete
  2. koleksi komik djaman 90an aku (raja rimba, jejak wira, etc) belambak di kmpg, aku belikan rak buku pun xmuat... kena beli satu lagi rak buku

    ReplyDelete
  3. Kaboi Tanduk > betul tu...klu yg local pnya ada ampun lg sbb boleh cari balik..kena yg luar pnya yg missing??tu yg sll jd punca putus kawan tu..hahaha

    Ijau > bila lu sebut nama2 komik tu terbayang zaman2 duduk lepak kat bus stop sambil curi2 baca komik tu kat kedai majalah di sebelah bus stop..

    ReplyDelete
  4. aku punya fanzine2 lama ada member pinjam cakap nak photostate...tapi sampai sekarang bertahun2 dah tak pulang...nak minta aku pulak yang naik segan...

    ReplyDelete
  5. best tapi bila dah ada anak2 kecil memang susah sikit la nak maintan kekemasan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...