Masih ingat tak dengan majalah komik Bersama Selamanya yang pernah menjadi tatapan kita dulu?? sedih untuk aku ceritakan bahawa aku dah hilang semua koleksi komik berkenaan semasa banjir besar melanda Kuala Lumpur pada tahun 2003 dulu.Semua simpanan aku lesap macam tu je.Yang tinggal hanya babak2 dalam kronologi kisah2 nya sahaja yang masih ada dalam ingatan aku.
Tapi selain dari itu,ada satu lagi cebisan khazanah dari komik berkenaan yang masih sempat aku selamatkan semasa banjir dulu,iaitu kaset Bersama Selamanya "The Album Vol.1".Perghhh kalau yang ni pun hanyut dulu memang meleleh lah aku.
Kaset ni aku beli pada tahun 2002 kot (dah tak ingat!!) masa tu kalau tak salah ada karnival jualan di Central Market secara besar-besaran untuk majalah2 seperti Ujang,Lanun,Apo..dan juga dua majalah komik ni iaitu Bersama Selamanya dan juga Blues untuk aku.Yang menariknya bagi dua majalah komik berkenaan disertakan setiap pembelian dengan sebuah kaset.Jadi aku yang masa tu memang kerap lepak di Central Market (port kutu2 Rock sekolah melepak) terus sambar kedua dua sekali majalah komik berkenaan.
Aku tak nak cerita pasal majalah Blues untuk aku sebabnya aku memang kurang sikit follow jalan ceritanya,barangkali tidak cukup Heavy Metal untuk aku..hahaha.Tapi untuk Bersama Selamanya ia memang seronok dibaca kerana ia kena dengan aku yang tatkala tu cukup rebel dengan pegangan Metal Extreme nya..hahaha.Mana tidak nya,setiap karikatur,setiap dialog,setiap situasi keadaan yang berlegar dalam plot2 komik berkenaan semuanya berkisar tentang Rock/Metal mau nya tak seronok aku baca..
Aku tak nak ulas perihal album ni,memadailah ia diangkat sebagai karya Heavy Metal Modern yang kena dengan Plot cerita dalam komik berkenaan.Ketika aku masih memiliki majalah komik berkenaan,aku akan pasang kaset ni semasa membaca nya,cukup nostalgik dan menarik sekali mood pada waktu tu (masa muda!!).Ini bukan sebuah album picisan,kerana ia dipersembahkan dengan cukup baik sekali bagi setiap lagu.Dan satu lagi kita harus tahu bahawa setiap petikan guitar dalam album ni adalah dari hasil tangan Hillary Ang (Ex-Search,Cromok) ..jadi nak pertikai apa lagi kalau guitar hero malaya yang main dalam album ni kan??Pada sesiapa yang masih memiliki album ini,putarkanlah semula tatkala ada kelapangan,kerana saya pasti ia akan terbangkan kita semula kezaman muda kita dahulu dimana sel2 Heavy Metal berselirat dalam urat nadi kita.....Heavy Metal Till Die!!!!arghhhhhhhh!!!!


tak tau pun ada album ni
ReplyDeletetanya brother Gayour..mustahil dia x tahu..hehehe
ReplyDeletesapa yang nyanyi dalam album ni?...aku tau pasal album ni tapi tak pernah dengar la...
ReplyDeletebuku Bersama Selamanya aku dulu siap ada otograph Gayour...tapi ntah mana pulak dah hilangnya...
yg nyanyi dlm album ni TAUGEH...
ReplyDeletesamalah kita bro...saya punya dah hanyut masa banjir tahun 2003 dulu
gua dioffer tulis lirik satu lagu dalam album ni tapi tak siap sampai ke sudah. harharhar!
ReplyDeleteterima kasih wahai peminat Bersama selamanya
"Brothers of metal
We are fighting with power and steel
Fighting for metal that's all that's real
Brothers of metal will always be there
Standing TOGETHER with hands in the air"
manowar
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNostalgia abis bila tgk kaset ne.. Haha.. Ingat zman skolah, lau x silap around 2001 or 2002.. Hahaha.. Hail bersama selama nya! Mat tepet dgn topi danzig lg.. Hahaha..
ReplyDelete