Semalam adalah satu sejarah besar buat aku kerana berpeluang menyaksikan LOUDNESS bermain didepan mata aku sendiri.Macam2 perasaan ada dan aku tak boleh nak bayangkan apa yang aku rasa tatkala menyaksikan mereka.Apa yang pasti ianya satu pengalaman yang cukup manis.Namun,sebelum aku membuat review perihal LOUDNESS semalam,ada baiknya aku review dahulu akan sebuah lagi lagenda Rock tanahair kita yang telah diberi penghormatan sebagai opening band untuk Tour LOUDNESS di Malaysia.Ada 3 kumpulan yang disenaraikan antaranya ialah SHEWOLVE (kumpulan rock kangkang gadis2),SATIRA iaitu sebuah kumpulan Rock lama namun mempersembahkan konsep music yang baru,dan satu lagi adalah SOFEA.
Sebelum tu aku nak terangkan disini,walaupun ada 3 opening band namun hanya SOFEA sahaja yang aku layan,makanya memang tiada sebarang review bagi SHEWOLVE mahupun SATIRA disini..harap maklum.Baiklah,ini adalah persembahan ke 3 buat SOFEA selepas mereka kembali aktif,show pertama mereka adalah pada bulan april yang lepas bagi siri KL METALCAMP kemudian yang kedua mereka turut diberi peluang menjadi Band pembuka bagi showcase Anniversary kumpulan MAY dan kali ini adalah show mereka yang ketiga......
Menarik nya tentang persembahan mereka kali ini adalah kerana mereka mengenakan Custom Glam Rock yang ala2 MOTLEY CRUE sama seperti aksi mereka pada lewat 80an dahulu.Ini tidak seperti dua show mereka yang lepas dimana mereka hanya selesa berpakaian simple.Mungkin ini kerana pada malam tersebut SOFEA telah memberitahu semua bahawa mereka telah bersetuju untuk KEMBALI..makanya mereka ber Dressing seperti itu.Pada aku ianya cukup nostalgik.Aku memang mahu menonton SOFEA yang sebegini iaitu SOFEA yang berani dan cukup rasa Rock nya,bukan seperti SYJ'08 yang cuba dihidupkan semula oleh Alang dengan bantuan budak2 hingusan.
Tanpa bicara panjang lagu Hati Syaitan disampaikan dengan cukup baik,diikuti dengan lagu Boneka Pentas sebelum sesi akustik bagi lagu Bunga Padang Pasir yang disampaikan oleh Man Rani.Masa ini keadaan sudah tiada kawalan,baik yang muda mahupun yang tua semua telah hanyut dibawa oleh seleksi2 nostalgia dari SOFEA.Satu persatu lagu disampaikan dengan cara yang paling maksimum selaras dengan title lagenda mereka.
Man Rani
Sesi akustik Bunga Padang Pasir
Mereka menyudahkan persembahan pada petang itu dengan lagu Orang Timur,pada waktu ini Amir telah membawa bendara Jalur Gemilang bagi menaikkan mood pada lagu tersebut dan ia sekaligus mendatangkan bunyi2an coir dari penonton yang turut sama menyanyikan lagu berkenaan.Pengalaman yang cukup indah malam tadi,sebuah persembahan daripada kumpulan yang punyai sejarah yang cukup panjang dalam rentetan music Rock tanahair.Aku berharap agar dapat sekali lagi hendak nya untuk melihat SOFEA beraksi di pentas...apa yang nyata ini adalah bukti mereka adalah pejuang music yang sejati.
Antara VIP rock yang turut hadir semalam seperti MAN KEEDAL,SEARCH,ALI (Empire),dan juga MAY...agak2 nya apa perasaan mereka ye tatkala melihat SOFEA didukung oleh ribuan peminat yang rata2 nya berumur bawah 25 tahun seperti aku??ini yang dipangkil KUASA sebenarnya..SOFEA yang baru ini (Reunion) adalah SOFEA yang terlahir atas desakan PEMINAT...manakala band2 Rock yang lain kebanyakkan nya Reunion semula atas desakan Recording Company...




tengok kat youtube memang terbaek arr SOFEA ni...band2 camgini patut diberi lebih banyak peluang...ni balik2 search/wings jer kan...
ReplyDeletethanks review bro...
seronok juga sekali sekala dapat tengok lain2 rock legend perform...cuma saya rasa SOFEA reunion ni tak kan pergi jauh jugak lah...sekadar mengisi slot2 show je kot
ReplyDeletebesor bass Man Rani tu banding dengan badan heheh
ReplyDeletetapi malam tu Man Rani antara yg menarik perhatian ramai lah selain dari bro Amir
ReplyDelete