Jadi bertempat di Stadium Negara sebuah konsert yang dipanggil "Konsert Evolusi Search" telah berlangsung disamping mereka membawa sekali lagenda Rock Indonesia GODBLESS sebagai opening band bagi konsert bersejarah ini.Sedikit mengenai persembahan GODBLESS pada malam itu,dimana Awie (Wings) dijemput melakukan persembahan bagi beberapa buah lagu disamping Achmad Albar (Vocalist GODBLESS). Makanya atas dasar business barang kali konsert ini dirakam untuk tatapan umum.
Untuk pengetahuan semua,gambar diatas ni adalah FIRST PRESSING bagi vcd konsert ni.Ianya dijual dalam kadar yang cukup sedikit.Ini kerana vcd yang rasmi keluar selepas pada ini adalah sebuah rakaman penuh,manakala yang aku beli ni hanya ada beberapa track sahaja lagu.Kalau tak silap jarak masa diantara vcd yang aku beli ni dengan vcd yang rasmi agak lama juga.Mungkin atas sebab teknikal editing untuk vcd yang rasmi makanya Mcat (Online music distro) mengeluarkan dahulu versi ini bagi memenuhi tuntutan mat2 Rock yang dah tak sabar nak layan konsert ni.Vcd ni aku beli di Komplek Pertama dengan harga kurang dari RM15 rasanya.
Nampak tak dia tulis apa??hehehe
Kalau nak diikutkan bukan lah untung sangat sebenarnya memiliki versi yang macam aku ada ni,sebabnya bukan nya banyak lagu,ada lah dalam 5-6 track,tapi sebab masa tu dah tak tahan sangat nak tengok Konsert terbaru SEARCH (lepas reunion) makanya aku rembat jugak lah versi ni.Tapi akhir2 ni rasa macam dah Rare pun ada benda ni sebab aku tak pernah nampak pun mana2 mat rock yang upload gambar vcd versi ni dalam sesawang sosial..hahaha..
Antara yang menarik dalam vcd versi ni,kita boleh lihat dimana semasa SEARCH membawakan lagu berhantu dorang iaitu Pawana, Lola selaku drummer mereka telah melakukan kesilapan iaitu dia Rolling drum sebelum part yang sepatut nya..hahaha..time tu muka dia pucat habis,mana tak nya,yang dia main sekarang ni bukan kecik2 band tapi SEARCH lah weii..kalau korang ada memiliki vcd ni tak kisah lah samada versi ni atau yang rasmi,pasti korang akan perasan yang Nasir banyak monitor kepada permainan Lola waktu itu...pada aku lah,macam mana hebat atau metal pun drummer tu tapi kalau dengan SEARCH Yazid juga yang dapat jiwai semua lagu dengan baik,sebab tempoh perkhidmatan dia yang paling panjang selain Amy.
Cover sebenar Vcd yang rasmi .
Track
- Fantasia Bulan Madu
- Pawana
- Pelesit Kota
- Issabella
- Laila Namamu Teratas
- Di Pintu Sepi
- Isi Dan Kulit
- Pasti.



apsal tak keluar DVD ntah? VCD punya kualiti ni dah la teruk.
ReplyDeletep/s: bro kasi buang itu word verification supaya senang nak komen.
dorg x rakam dalam dvd sbb kualiti sound utk show ni adalah plg hampeh dalam sejarah rakaman konsert SEARCH
ReplyDeletesaya dah off kan dah..ada lagi ke??saya check balik nnt..mekasih
banyak jugak koleksi search ko ek...best!
ReplyDeletemana ada banyak bro..ada lah sekeping dua..mana nak lawan orang tu punya koleksi WINGS..
ReplyDelete